Friday, February 18, 2011

ANUGERAH DAN PENGHARGAAN

seronok tak terkira andai kita mendapat anugerah, penghargaan atau ucapan rindu kasih sayang daripada orang ramai. setidak-tidaknya daripada orang yang kita sayang. sedar atau tak sedar, anugerah dan penghargaan sebenarnya lebih tertumpu kepada orang yang sudah meninggal dunia. kalau tak percaya cuba renung-renungkan persekitaran kita.

allahyarham seniman dan allahyarhammah seniwati biasanya mendapat gelaran-gelaran terpuji, anugerah-anugerah besar atau penghargaan bagi perkhidmatan semasa hayat adalah selepas meninggal dunia. betul tak? masa hidup mereka pernah mereka menang apa-apa anugerah?

begitu juga dengan mak ayah. mak yang melahirkan, dan ayah yang membesarkan. hanya akan mendapat ucapan rindu kasih dan sayang daripada seorang anak selepas mereka diusung dengan keranda. ketika hanyatnya tiada sebarang kata rindu, tiada ungkapan kasih, tiada ucapan maaf bahkan tiada siapa mahu meluahkan keinginan untuk mencium pipi, memeluk erat, mahupun membelai rambut putih si tua itu.

setelah ketiadaan. bermacam anugerah diberikan. pelbagai gelaran pangkat dan darjat dianugerahkan. dengan alasan untuk mengenang jasa si mati semasa hayat.
setelah ketiadaan. dalam blog, dalam status laman sesawang ( tak kiralah fb, twitter, tagged, myspace dll) mengungkap perasan rindu yang tidak tertahan. kata kesal tidak sempat dan tidak pernah merasa mencium pipi si tua. teringin memeluk batang tubuh yang melahirkan dan membesarkan, rindu mahu mendengar suara dan gelak tawa, kesal tidak pernah memberikan wang, hadiah atau sekurang-kurangnya mengambil gambar bersama.

semasa hayat.. pernahkah dihargai segala titik peluh yang mengalir? adakah diambil pusing setiap khidmat dan pengorbanannya bersengkang mata? pernah difikirkan segala jasa, budi baik yang dikorbankan?
pernah terfikir untuk menerkam tubuh gempal si tua itu saat turun dari kereta? mencium pipinya dan meluahkan rasa rindu setelah sekian lama tak bertemu? pernahkah punya waktu mendail, menghubungi si tua itu untuk bertanya khabar, meluah rasa rindu, berkongsi cerita suka duka atau paling tidak bertanyakan menu santapannya?

tak ada masa untuk semua itu. ahh! malu lah.. gila? buang tebiat ke apa?, kalau aku buat macam tu gempa bumi dunia. orang tua aku bukan kisah pon kalau aku tak buat macam tu...

siapa kata tak kisah? malu? segan? persetankan sume tu. pernah terfikirkah anda apa yang dibuat @ dibualkan oleh mak dan ayah sebelum mereka tidur.? walau untuk lima saat sekalipun, mereka pasti terkenang anak-anak yang dilahirhan tak kira masih hidup atau tidak. sihat kah mereka, dah makan ke belum, macam mana mereka dah kahwin nanti, bagaimana rupa menantu mereka, anak cucu cicit.

tapi si anak? hanya selesa dan berkeinginan untuk memikirkan kekasih dan rakan-rakan seperjuangan. ruang untuk emak dan ayah hanya ada tika mahu berkahwin, jika sedang dalam kesusahan @ pabila mereka sudah 'pergi' dijemput illahi.

dan mualai sekarang... ciptalah puisi indah, anugerah besar dan pangkat istimewa untuk arwah dan arwahyarham insan disekililing anda. mereka pasti tersenyum manis saat menerimanya ketika di alam kubur nanti. manakala anda, hanya menangis seketika tanda kesal yang teramat. konon!

Thursday, February 17, 2011

nasib golongan yang tak bernasib baik

nasib golongan yang tidak bernasib baik. sudahlah ditinggalkan suami bersama anak-anak yang msih kecil, dan mungkin didera fizikal, mental dan seksual sepanjang usia perkahwinan, status perkahwinan pula tergantung begitu sahaja. laporan polis, laporan perubatan yang dibuat sekadar "ada" saja.

kaki dipotong akibat terbabit kemalangan jalanraya. tangan kudung selepas tersepit dalam mesin air tebu. kaki mengalami maslah polio sejak berusia 2 tahun selepas demam panas berpanjangan. kaki lumpuh, berpunca daripada saraf tunjang hancur selepas terjatuh dari siling bangunan semasa menjalankan tugas.

namun status dan keadaan fizikal mereka diatas telah mencuri perhatian pihak yang tidak berperikemanusiaan. mengambil kesempatan dan peluang untuk mencipta kekayaan dengan mudah. pujuk rayu, janji manis dan kemewahan hidup bakal menjadi kenyataan andai jalan mudah diambil untuk yang terdesak.

bukan tak tahu semua itu salah. namun apakan daya. bantuan yang di pohon di jabatan-jabatan kebajikan bersyarat itu dan ini. ber'appoinment berbulan-bulan. mahukan surat bukti dan pengesahan betimbun-timbun. itu tidak difikir kenderaan untuk kesana-dan ke sini. bantuan yang dipohon belum nampak, tapi terpaksa berhutang dengan saudara mara terdekat untuk berbelanja menguruskan dan menyelsaikan permohonan bantuan yang tak seberapa. itu tak termasuk dicaci, dimaki dan diherdik kerana sikap pegawai-pegawai bertugas yang besar kepala. sseorang insan menceritakan pengalamannya di sini. seterusnya langkah mudah perlu di ambil. mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan ahli keluarga yang sama-sama terbeban.

beritanya seperti Di Sini apabila golongan ini dijadikan Keldai Dadah. apakah keldai dadah? menurut pemahaman makissa sendiri, keldai dadah merupakan keldai yang memasukkan dadah ke dalam badan. ia berbeza dengan penagih dadah kerana penagih dadah adalah terdiri daripada manusia dan bukan keldai-keldai.

bukanlah sayang..... keldai dadah merupakan individu yang diberikan bayaran tertentu untuk membawa  sejenis bahan terlarang ini ke satu lokasi dan menyerahkan kepada individu yang telah diarahkan. bukan sedikit habuan yang bakal diperoleh, malah mungkin mampu memiliki rumah besar, kereta mewah dan percutian ke luar negara setiap bulan. mewah bukan?

namun, bak kata orang-orang lama - besar periuk, pesar juga keraknya. besar habuan yang diterima hasil menjadi keldai dadah, besar juga hukuman yang menanti kepada yang tertangkap. kemungkinan untuk ke tali gantung juga adalah tinggi kerana pada kebiasaannya keldai dadah akan membawa dadah dalam jumlah yang besar.

kalau dah nasi menjadi bubur? tiada apa yang dapat ditangisi lagi. mengalir air mata darah sekali pun tak mampu mengubah apa yang telah berlaku. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. maka sahutlah seruan kerajaan. belilah barngan buatan malaysia.

Friday, February 11, 2011

kecacatan dalam kesempurnaan

Iklim




Suci Dalam Debu



Engkau bagai air yang jernih

Di dalam bekas yang berdebu

Zahirnya kotoran itu terlihat

Kesucian terlindung jua



Cinta bukan hanya di mata

Cinta hadir di dalam jiwa

Biarlah salah di mata mereka

Biar perbezaan terlihat antara kita



Kuharapkan kau kan terima

Walau dipandang hina

Namun hakikat cinta kita

Kita yang rasa



Suatu hari nanti

Pastikan bercahaya

Pintu akan terbuka

Kita langkah bersama



Di situ kita lihat

Bersinarlah hakikat

Debu jadi permata

Hina jadi mulia



Bukan khayalan yang aku berikan

Tapi keyakinan yang nyata

Kerana cinta lautan berapi

Pasti akan kurenang jua

memaksa terpaksa dipaksa paksakan

Scan




Kau Dipaksa Aku Terpaksa



Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan

Setelah percintaan dihujani halangan

Sia-sialah aku berkorban selama ini

Andai dirimu tak mampu aku miliki



Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam

Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan

Tapi kini aku luka erti luka perasaan

Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah



Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini

Namun tak memberi erti

Jurang pemisah di antara kita

Makin hampir ketara



( 1 )

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu

Hingga sewenang tohmahan dilemparkan

Engkau hanya bisu melihat aku

Yang bermatian seorang menepis hinaan



Oh kasih andai ini kesudahan

Ikhtiarku tiada lagi

Walau kita saling sayang

Terpaksa kuundur diri

Agar tiada pihak terluka kerna kita



( ulang dari 1 )



Kau dipaksa lupakan aku

Dengan rela kau menurut

Ku terpaksa lepaskan mu

Walau sayangku bertaut

Thursday, February 10, 2011

old friend but shi's too young

sepuluh tahun dah berlalu. tapi aku tak pernah melupai mu. wajah, nama dan suaramu kdang aku rindu. kita akrab sekali. jarang sekali kita betikam lidah. segala kekhilafan kau fikirkan positif sahaja tentang aku. namun kini hampir setengah dekad kita tak bertemu. kita melangkah membawa haluan sendiri. kau bersama suami, lelaki yang kau kenali sejak kau merantau selepas spm.

bercerita pasal suami aku teringat sesuatu tentang itu. kau bilang kau mahu lelaki anak tunggal yang tak punya ibu bapa. kata kau, lelaki begitu mudah di ajak berunding. tak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung siapa bila hari raya, kau tak perlu makan hati bila lelaki itu yakni suamimu melayan lebih ibunya. kau berpendapat lelaki begitu tiada tanggungjawab kepada keluarganya, selain kau sahaja. pelik betul pandangan kau. aku benar-benar terkasima. bukan tidak bersetuju, tapi aku kagum dengan cara kau berfikir. teliti, sistematik dan penuh hati-hati.

beberapa purnama lepas aku dikejutkan. ayahandamu pergi dijemput pencipta kita. berita yang benar-benar menambahkan rinduku yang sedia menggunung. aku cuba meringankan jemari menghubungi dirimu yang pasti masih bersedih.

alhamdulillah. kau masih mengenali diri ini. kau katakan kau kini yatim dan piatu. ya, aku tahu. ibumu pergi hampir dua dekad yang lalu. tersentuh dengan kata-katamu. ku beritahu, kau masih ada aku, kau ada saudara darah dagingmu dan paling penting, kau punya suami. punya mentua yang sangat menyayangimu, punya ipar-ipar yang menghormatimu.

telahanmu tersasar jauh kawan. suami yang kau kahwini berbeza dengan kata-katamu sedekad yang lalu. sebaliknya, kata-kata itu berbalik kepadamu. wallahhualam. suami mu anak sulung yang tentunya punya tanggungjawab pada keluarga. dan tentunya kini kau tak perlu bising mengatur giliran kampung siapa untuk berhari raya. kau  yang perlu beralah kawan. kau seorang isteri sayang. kau tak mampu menguasai suamimu. kau hanya manusia. tak berupaya menongkah langit mennetukan jalan hidupmu. kau perlu berpijak di bumi yang nyata. di mana bumi di pijak, di situ langit perlu kau junjung. ingat tu kawan..