Wednesday, April 24, 2013

untuk diri sendiri dan orang lain

tak guna dah aku nak meroyan satu badan. rasa-rasanya cukuplah aku simpan untuk pengajaran dan pedoman pada diri sendiri. apa guna betepuk sebelah tangan. kalau kita seorang jer yang terhegeh-hegeh rasa macam tak ada maruah diri pulak.

macam mana aku bertekad sebelum-sebelum ni. hari ni aku nekad lagi. aku akan menghargai setiap segala yang aku miliki. aku panjatkan syukur setinggi-tingginya pada yang maha kuasa. kehidupan aku benar-benar lengkap dan jauh lebih beruntung dari orang lain.

aku tidak mahu terlepas yang aku kejar, tercicir apa yang dikendong. lebih-lebih lagi apa yang aku miliki hanya pinjaman. iyer! sekadar pinjaman. aku perlu menghargai semua yang aku ada, setiap orang sekeliling aku selagi mereka masih ada. tak guna untuk aku mencari kasih sayang lain atau mencurah kasih sayang kepada insan lain bak manusia tak bermaruah.

aku menjunjung maruahku setinggi langit. biar tiada rupa atau harta. maruahku harta paling berharga. buat orang lebih menghormati diriku. apa guna diharap pada mawar merah lain yang cantik mengharum sedangkan kaktus diriba lebih indah mekar jika dijaga dan disiram. apa guna memuji rama-rama pelbagai warna sedangkan kepompong di genggaman juga meungkin menjadi rama-rama yang lebih cantik dan berwarna warni. apa guna memuja indahnya rembulan, sedangkan disiang hari mentari juga yang kita cari.

alhamdulillah. syukur apa yang aku ada. aku mohon pada allah melindungi hartaku. melindungi insan-insan yang aku sayang dan menyayangi diriku. andai ini sekadar untuk menguji aku redha walau pada dasarnya tidak sedikit pun aku merelakan. sesungguhnya KAU tahu apa yang berlaku. cerah tak berpanjangan hingga petang. tak semua indah sepanjang masa. tak selalu kita kat atas. kehidupan bak roda yang berpusing. andai nasi menjadi bubur, jangan orang lain dilibat sama. hargailah apa dan siapa yang dimiliki sekarang. jangan tamak. manis mulut menabur janji sedangkan bila dah dimiliki, ianya hanya satu umpan.

aku sedar, hidup hanya sementara. aku ingat insan-insan yang menyayangi aku meletakkan harapan tinggi untuk aku. apa guna kasih sayang mereka jika aku sekadar menghisap madunya. apa guna aku mencari manisnya madu-madu debunga lain sedangkan hampasnya nanti ku lempar merata.