Showing posts with label Comparation. Show all posts
Showing posts with label Comparation. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Dulu-dulu

nilai duit...
dulu 15sen mak boleh dapat secupak beras. kalau bagi anak-anak belanja 10sen tu kira kaya sangat dah. boleh beli nasi lemak, air dan ballance boleh simpan dalam tabung buluh. sekarang?

teknologi...
ayah cakap, orang yang buka kedai makan jer yang ada tv. ayah dengan mak dulu sanggup bawa pundung api, redah malam, bayar 20sen nak tengok cerita Bobby atau Sanggam. cerita tu memang famousdalam family aku. sejak abang aku dalam perut aku dah diajar tengo hindustan. aku pun boleh terhafal lagu-lagunya. tapi masa tu tv hitam putih. kecik jer skrin nyer. petinya jer yang besar nauzubillah. sekarang?

sosial...
mak dulu mandi sungai lagi masa umo sekolah rendah. mandi ramai-ramai bercampur lelaki-perempuan. alhamdulillah, tak ada lagi kes rogol, liwat, cabul atau bunuh. sekarang?

makanan...
dulu nak makan kena gali (sayur tanam sendiri), kena sembelih (ayam itik, lembu kambing pelihara sendiri) sendiri. kalau tak ada sendiri punya, harap ehsan jiran-jiran yang ada kalau dia nak memberi. barulah merasa. sekarang?

pendidikan...
alang dulu pergi sekolah guna kalam dan kain buruk. dah tulis padam balik. harap ingat kat kepala jer lah. tahu tak kalam tu apa? bayangkan jer menulis guna arang atas papan. tapi sediakan kain buruk untuk pemadam. kira macam tu lah. sekarang?

guru dan anak murid
bila nampak jer cikgu masuk pagar sekolah, along berebut berlari dengan kawan-kawan mengejar cikgu, menolong cikgu bawa beg buku semua. kalau jumpa luar kawasan sekolah, jangan harap nak melintas depan cikgu. follow jer lah sampai cikgu tu lepas. takut dengan cikgu. hormat cikgu sangat-sangat. tapi sekarang?

penderaan...
kalau nak cerita bab pukul, dah lama mak dengan ayah kena penjara seumur hidup. along dan alang dulu separuh nyawa kena balun dengan ayah. lepas tu siap tak bagi makan minum sebagai denda. birat-birat, lebam-lebam tak usah cakap lah. memang tak heran dah tengok. alasan nyer... "aku rotan nak jadikan kau jadi orang, bukan nak membunuh". padahal nyawa-nyawa ikan dah. alhamdulillah hidup juga lah sampai sekarang. tapi sekarang?

suami isteri
mak tak pernah tengok bapak mak dulu turun ke dapur. tapi nenek kau cukup hormat datuk kau tu. tak berani nak bermesyuarat tingkap apetah lagi tidur meninggi hari. perempuan dulu-dulu patuh suami, tak ada melebihkan anak-anak. suami sudah makan, isteri yang tolong basuhkan tangan. punyalah hormat dan sanjung suami. sekarang?

anak beranak
ateh pernah kena rotan dengan ayah sebab merokok. tapi ateh lari. puas ayah kejar dengan rotan. agak-agak dah jauh dari ayah, ateh tunggu, takut ayah jatuh ke masa mengejar ateh. bila dah dekat ateh cabutttt.. sekarang?

PIBG... (Persatuan Ibu Bapa & Guru)
masa adik dulu ayah daftar masuk sekolah menengah bawa rotan sekali. ayah bagi rotan kat cikgu tu dan cakap "cikgu, hari ni saya hantar anak saya dan pertanggungjawabkan cikgu mengajar dia. ni rotannya. kalau dia buat tak elok, jahat kat sekolah cikgu rotanlah. jangan sampai mati, patah riuk sudah. kalau balik rumah dia mengadu, tahulah saya nak buat apa"


                                                       *****
alaaaa kalau nak bandingkan dulu dengan sekarang memanglah banyak beza nya.... DULU..... aku pun belum lahir lagi.. ape daaaaa. (ayat nakal)

hurmmmm

Thursday, February 10, 2011

old friend but shi's too young

sepuluh tahun dah berlalu. tapi aku tak pernah melupai mu. wajah, nama dan suaramu kdang aku rindu. kita akrab sekali. jarang sekali kita betikam lidah. segala kekhilafan kau fikirkan positif sahaja tentang aku. namun kini hampir setengah dekad kita tak bertemu. kita melangkah membawa haluan sendiri. kau bersama suami, lelaki yang kau kenali sejak kau merantau selepas spm.

bercerita pasal suami aku teringat sesuatu tentang itu. kau bilang kau mahu lelaki anak tunggal yang tak punya ibu bapa. kata kau, lelaki begitu mudah di ajak berunding. tak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung siapa bila hari raya, kau tak perlu makan hati bila lelaki itu yakni suamimu melayan lebih ibunya. kau berpendapat lelaki begitu tiada tanggungjawab kepada keluarganya, selain kau sahaja. pelik betul pandangan kau. aku benar-benar terkasima. bukan tidak bersetuju, tapi aku kagum dengan cara kau berfikir. teliti, sistematik dan penuh hati-hati.

beberapa purnama lepas aku dikejutkan. ayahandamu pergi dijemput pencipta kita. berita yang benar-benar menambahkan rinduku yang sedia menggunung. aku cuba meringankan jemari menghubungi dirimu yang pasti masih bersedih.

alhamdulillah. kau masih mengenali diri ini. kau katakan kau kini yatim dan piatu. ya, aku tahu. ibumu pergi hampir dua dekad yang lalu. tersentuh dengan kata-katamu. ku beritahu, kau masih ada aku, kau ada saudara darah dagingmu dan paling penting, kau punya suami. punya mentua yang sangat menyayangimu, punya ipar-ipar yang menghormatimu.

telahanmu tersasar jauh kawan. suami yang kau kahwini berbeza dengan kata-katamu sedekad yang lalu. sebaliknya, kata-kata itu berbalik kepadamu. wallahhualam. suami mu anak sulung yang tentunya punya tanggungjawab pada keluarga. dan tentunya kini kau tak perlu bising mengatur giliran kampung siapa untuk berhari raya. kau  yang perlu beralah kawan. kau seorang isteri sayang. kau tak mampu menguasai suamimu. kau hanya manusia. tak berupaya menongkah langit mennetukan jalan hidupmu. kau perlu berpijak di bumi yang nyata. di mana bumi di pijak, di situ langit perlu kau junjung. ingat tu kawan..

Thursday, October 21, 2010

oh anak oh pontianak

salam satu malaysia... eheh

macam bese. benda pertama yang aku buat lepas punch card, adalah buka pc pehtu tengok akhbar online. first, metro, pehtu kosmo dan last sekali berita harian. jarang aku nengok utusan, NSTP, apatah lagi nyiang-nyiang siang pow (chinese news paper).

tapi ari ni aku jadi taufan balik. baru jer reda angin timur tengah aku semalam. ari ni ribut balik dah bila baca kisah "sembilan jahanam, hantar ibu kuat makan ke rumah orang tua" (metro), "curi emas ibu demi kekasih" (kosmo) dan "jual bahulu pelihara 9 anak" (berita harian)

WTH lah semua anak-anak kat dalam dunia ni. tengoklah si ibu, sanggup jual bahulu nak bagi makan kat anak. itupun kalau sempat jual. silap-silap, anak-anak dah balun 10 biji bahulu setiap sorang. tak ada plak mak nak hantar anak pergi umah kebajikan. itu belum lagi duit belanja sekolah, beli buku, baju, makan minum sakit. eloknya bila sakit tak payah bagi ubat. bia jer dia mati kering. huh kejam kan aku?

bukan apa, bila dah besar nanti macam cerita kat metro ngan kosmo tu lah. buang mak ayah, curi barang kemas, rembat kwsp n pencen orang tua tu, sembelih orang tua sebab nak harta pusaka atau duit juta-juta. tak ke gila dapat anak macam tu? kecewa orang tua bila anak yang comel-comel, jaga elok-elok macam puteri raja. buat dajal. bukan anak dah tu. pontianak dah gamaknya.

patut pun mak ada cakap. elok juga orang buang bayi tu. kalau jaga sampai besar pun belum tentu jadi budak baik. silap-silap mak ayah yang dorang buang plak. tulah kan, naluri seorang ibu.punya kecewanya dengan sikap anak-anak yang tak kenang jasa.

pakwe kat balai sanggup dijamin dengan duit mak yang dicuri. mak yang melahirkan tu berapa kali kau cium? pernah kau peluk mak ayah macam kau peluk pakwe atau kawan-kawan kau? pernah cakap rindu dan sayang kat mak ayah? rasa-rasa sanggup tak kau duduk sebelah mak atau ayah yang tengah tidur, kucup dahi dia, cium tapak kaki dia, minta ampun maaf, minta halal susu yang mengalir dalam badan kau, darah yang tumpah masa lahirkan kau. sanggup tak? mesti nak pikir 100 kali kan? kalau pakwe? tak payah cakap lah, 100 kali pon kau sanggup yer tak?

kes buang bayi termaktub dalam aktakanun keseksaan, dan sekarang boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. macam mana pulak dengan yang buang mak ayah? tak ada kene sabit-sabit ke? bagilah sabit sekali, biar dirasakannya.

tampalan ini untuk semua anak-anak dalam dunia, termasuk aku!

Tuesday, October 19, 2010

aku ker?

bila difikir-fikir balik baru aku sedar, betapa nikmatnya hidup jika....

menikmatinya atas usaha dan kerja keras dari orang lain. tak payah fikir nak keluarkan tenaga, masa dan wang ringgit. just goyang kaki, tunggu orang bagi hasil. bila orang tu taknak tolong, anggap jer dia sebagai musuh. fikirkan yang dia tu penting kan diri sendiri, tak mahu tolong kawan paling tidak pun ungkit balik apa yang aku dah buat untuk dia. senang jer. mesti dia rasa bersalah. lepas tu dia akan tolong dan tunaikan apa yang aku minta. tak kisahlah dia terpaksa pon. janji masalah aku selesai.

dia sempurna, dia ada seseorang di sisi, dia punya segala kemudahan mana mungkin dia boleh mengelak untuk tolong aku. batul tak? kalau dia cuba mengelak, aku pasti dia sengaja mencipta alasan. bukan aku tak tahu perjalanan hidup dia. aktiviti harian dia pun aku tahu. tak payah ade hati nak 'kencing' kan aku.

aku peduli hapa? duit minyak ke? kesihatan dia ke? hal peribadi dia ke? hal keluarga dia ke? dia makan ke tidak? duit poket dia ke? hubungan dia goyah sebab aku ke? aku langsung tak ambil tahu. yang pasti aku akan terus mendedami dia jika dia menolak setiap permintaan aku.

tapi aku memang benci orang aniaya dia. cuba pijak-pijak dia. aku tahu dia tersiksa. kesian dia. dalam tak sedar sebenarnya aku lagi kejam dari orang tu. takpe lah. aku terpaksa. bukan aniaya pun. dia tak pernah merungut pun. seronok ade dia. semua perkara selesai. dia tak pernah merungut. senyum jer. harap-harap dia terus macam tu. bia senang semua kerja-kerja aku.

Monday, October 18, 2010

perasan kekadang

sehingga dewasa kini, adik tidak pernah mendengar luahan emak mengenai perihal adik. seronok ke punya anak seperti adik? benci ke? kecewa ke?.. tapi tidak pernah sesekali emak bercerita tentang itu. kadang, adik sengaja melengah-lengahkan bangun pagi, mencuri dengar perbualan emak dengan ayah atau dengan adik kesayangan emak. namun hampa. kisah antara emak dengan adik bagai disimpan dalam fail sulit tidak boleh dilupus akan disimpan di arkib hatinya.

hari ini adik terpanggil untuk membaca beberapa tampalan dari ibu bapa si anak sepastik. anak-anak seperti adik juga. bezanya, mereka tidak mampu mengurus diri seperti adik. mereka kekejangan dan sentiasa terbaring. perlu pengawasan setiap masa. hurmmm... kisah mereka betul-betul menyentuh hulu hatiku yang sememangnya sebak tentang kisah-kisah seperti itu.


kebanyakan tampalan megharapkan keajaiban, si anak mampu mengurus diri sekurang-kurangnya. mahu melihat anak-anak senyum, terkekek-kekek ketawa, lincah berlari, dan bersera makan. mengimpikan si anak memanggil nama ibu, mama, ummi, abi, ayah, @ papa. ke sekolah, mengejar cita-cita dan bekerja mengurus kerjaya pasti cukup membanggakan orang tua.

tiada satu tampalan yang ku jengah meluah rasa keluh kesah menjaga si anak. tiada ibu yang merungut tak cukup tidur melayan karenah si manja istimewanya. melainkan, harapan doa dan impian melihat anak terus bernyawa dan semakin baik dari semasa ke semasa. tiada ibu yang mengizinkan si anak dijemput illahi.

hanya kesabaran yang bergunung-gungung, kekuatan yang berbakul-bakul, kesungguhan seluas lautan dan doa yang berpita-pita diperlukan. DIA MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA BIJAKSANA.

sesuatu yang masih berbekas dalam ingatan adik. 5 tahun kebelakang. sememangnya sepurnama sebelum itu adik mewakilkan emak ayah mengambil sumbangan untuk OKU di sekitar kampung. sumbangan berupa kain pelikat, beras dan sedikit makanan ringan. hari itu emak menghubungi adik menggunakan talian TELEKOM (sekarang dah tukar ke TM).

emak bertanya khabar dan perancangan untuk pulang ke kampung. namun aktiviti harian yang penuh kerana adik baru sahaja berdaftar masuk ke asrama terpaksa membatalkan semua perancangan ke kampung. tiba-tiba emak senyap.

adik : kenapa mak diam?

emak : maso omak ambik sumbangan OKU dongan ayah kau aghi tu, ado bogheh (beras) skali. kalau simpan lelamo kang, dimakan dek bubuk tak pon kumbang bersarang.

adik : abih tu, mak masak lah. makan dongan ayah. yang poie simpan sapo soghoh?

emak : takpo ko omak masak? ayah kau maghah kang. itu kan ahmad albab yang punyo, eh, kau yang punyo.

adik : laaa hai. bogheh yo pon. mak makan lah, dah jimat. tak payah boli. kalau baghi kek adik pon camno adik nak masak kek asrama ni?

emak : tak do lah. itu kan sumbangan untuk kau. bodoso kalau orang lain yang makan. sodangkan sisir rambut anak yatim bosar pahalo, nikan pulak, rambut ea gugur. tak ko bosar doso ea?

adik : itu anak yatim. adik anak Kadir. tau dek ayah mak tukar2 namo ayah, mau di paghang (parang) dek ayah kang.

emak : ayoooo botuah boto lah. omak cakap boto ni. mak tak nak bodoso.

adik : mak ayah yang lahirkan adik. makan yolah. tak do salah ey do. kain pelikat tu, bg kek ayah. tak payah pikir2 lah.

emak : kau halalkan kan yo? omak minta maaf banyak2. omak terpakso. kang simpan lamo2 bogheh tu, langsung tak buleh makan.

adik : makan yolah... jangan beghobot (berebut) dengan ayah sudah. tu laie bodoso.

*************************

Thursday, August 19, 2010

cerita ateh

ingat masa kat kampung ...... asyik ingat kampung yo tak? hahahaha

ateh rajin pergi kebun cari kayu nak buat tempat letak pelita. buloh susah nak cari, so pelita beli jer kat kedai. cuma buat tempat letak pelita jer. pelitanya paras-paras dada jer. tanam sepanjang tepi jalan naik ke rumah. ( yo lah kan, lotak topi jalan lah. tak kan nak lotak tongah jalan. mau di cabut dek ayah, peh tu tanam kek kepalo)

pelita beli kat kedai. bekas plastik. ada warna kuning, merah, biru dan hijau. mula-mula ateh letak paku kat pangkal kayu tu. nanti senang nak sangkutkan pelita. pas tu, ateh masukkan sumbu pelita. ada separuh kedai dia sediakan sumbu siap-siap. kalau dia tak sediakan, alamatnya habislah mop umah jadi togel sebab nak buat sumbu pelita. duit untuk beli minyak minta kat mak. sebelum buka pose, ateh masukkan minyak dalam pelita. bukan minyak masaklah. minyak api atau minyak diesel(kalau duit banyak)

lepas jer buka pose sebelum langit gelap, ateh pon memulakan operasi. menolak kereta sorong yang berisi pelita untuk disangkut pada kayu yang dah ditanam di lokasi-lokasi strategik. pasang pelita tu sebenarnya trik atau alasan jer sebenarnya. tujuan utama yang sebenar-benarnya adalah untuk keluar bermain mercun atau datting kat jambatan rumah.

bukan rumah kami jer... setiap rumah yang ada anak-anak muda memang rajin pasang pelita bila time ramadhan. tak pasang lapu jalan pun tak pa. kalau ronda-ronda waktu malam tu memang cantik tengok nyalaan tepung pelita eheh cilap, nyalaan api pelita. yang mana berkemampuan lagi bayak pelita dipasang. ada yang letak keliling rumah. berseri-seri tengok.

itu dulu-dulu. zaman duduk kat kampung. sekarang mak ayak aku letak lampu kelip-kelip. liplap-liplap warno ea... lebih-lebih lagi dah tinggal berdua jer kat kampung. yang masih ada anak-anak kat kampupung pun dah moden dah. tak nak guna pelita dah. diorang sumer guna lapu kelip-kelip tu. dunia dah berubah, zaman dah maju. huhuhu

selamat berbuka puasa dan salam aidilfitri.

Friday, August 13, 2010

3 ramadhan

baru je masuk tiga ramadhan. itupon belum betul cukup 3 ramadhan lagi sebab belum masuk waktu berbuka puasa lagi tapi aku dah hampir terseksa diserang migrain bagai watak SUN WO KONG dalam rancangan pilgrimage to the west yang tersiar di saluran 8TV jam 8.30 hingga 9.30 malam.

aku ni kunun-kunun nye diserang demam woo kong lah ni. menggantikan tempat gadis di depan kaca tivi. selesai berbuka puasa aku terus menunggu sun woo kong depan tivi. paling lewat jam 9.45 baru aku memejamkan mata untuk beristerirehat.. ngeh ngeh ngeh..

dan hari ini badan aku tak berapa sihat. mulalah aku terkenang mak dan ayah di kampung.

kalau di kampung, makan, minum tersedia tanpa duga. lazat, mengiurkan, menyelerakan, lemak berkrim disukai ramai eheh... lepas makan terus masuk bilik, tengok tv, guling-guling, gelak-gelak. tak payah fikir nak iron baju, nak basuh pinggan, nak kemas meja. esoknya jam 5 mak bangunkan untuk bersahur. lepas bersahur tak tido dah, ulangkaji. kalau dekat-dkeat nak raya plak, lepas sahurlah mak mula buat kueh. biasa kalau kueh yang dibuat bermula selepas sahur kueh bahulu.

dulu rumah papan, bergoyang satu rumah bila mak 'pukul telor' untuk kueh bahulu. bila hari dah siang, aku merah-merah mata gara-gara asap sabut kelapa untuk memasak kueh bahulu masuk ke segenap ruang rumah. malam tu pastinya tiada nyamuk. jangan kata nyamuk yang mati, aku pun boleh nyawa-nyawa nyamuk bila kena asap macam ni.

*sekian adanya*

itu kisah dulu-dulu. zaman muda-muda. zaman duduk rumah felda yang tinggi. ada 11 anak tangganya. bumbung bocor sana sini. sekarang tak dah.zaman dah berubah, dunia dah maju.

Tuesday, August 3, 2010

ayah

suatu masa dulu aku pernah mencemuh, mengetawakan kata-kata ayah. bagiku ayah umpama mengejek fizikalku atau mungkin ayah cuba mencabar keupayaanku. tapi kini aku mula sedar. aku insan paling hampir dengan ayah. segala semua yang ditutur bagai alat kawalan jarak jauh yang mampu melakonkan semula kata-kata ayah dulu. menyesal tak belajar sampai khatam dengan ayah. jika tidak, mungkin kini aku lebih kental mengawal perasaan dan lebih yakin untuk melangkah.

kebenaran kata-kata ayah dulu menginsafi aku. setiap apa yang berlaku kini mengingatkan aku pada ayah. ayah umpama mengetahui setiap apa yang bakal berlaku. ayah seperti nampak segala macamperjalanan hidupku. adakah ayah tahu apa yang kualami kini. jika ya, harap ayah doakan aku lebih tabah dan banyakkan bersabar.

kejanggalan aku menyesuaikan diri dengan dunia baru, gara-gara berpunca daripada didikan ayah. bukan menyalahkan. tapi aku berbangga jadi anak ayah. penuh adab, sopan, didikan, pantang larang dan pengetahuan.

terima kasih ayah.

Tuesday, June 29, 2010

OKU 6 BULAN

LOKASI - HOSPITAL SERDANG
WATAK - 1). DOKTOR WAN (D)
2). LELAKI TUA (L.T)
3). PENULIS (P)
***********

L.T : tolonglah dokter, bukan lama pon. untuk 6 bulan jer. puas saya berulang alik ke JKM, tapi masing-masing tak layan. apa punya servis ntah. kerajaan memang zalim. langsung tak ada perikemanusiaan.

D : maaflah pakcik. bukan saya tak mahu tolong. tapi semua ni mesti ikut prosedur dan kelayakan. kesian kat orang lain. mereka yang lebih memerlukan semua ni.

L.T : bukan lama pon doktor. 6 bulan jer. saya tak sanggup nak parking jauh-jauh bila nak membeli belah dengan family saya. tak kan doktor tak boleh tolong.

D : macam ni lah pakcik, saya bagi pakcik pelekat OKU ni. tapi lepas 6 bulan pakcik kena tanggalkan pelekat ni iyer. pakcik tak boleh rampas hak mereka.

L.T : terima kasih.

D : hmmm. teruk betul.

P : kenapa dengan orang tua tu doktor wan?

D : dia suruh buat laporan kesihatan untuk kelayakan status OKU selama 6 bulan. logik tak? mana ada limit untuk OKU.Oku yang layak mendapat keistimewaan kalau dia mengalami kecacatan kekal.

P : pakcik tu sakit apa dok?

D : kalau saya bagi tahu awak, mesti awak sakit hati. dia sakit lutut. sebab tu minta kelayakan oku. tahu kenapa?

P : tadi dengar dia cakap sebab nak pergi shopping.

D : ha! awak saksi. so ini bukan fitnah atau saja nak memburuk-burukkan dia. mahukan kelayakan status OKU sebab nak hidup senang. awak pun OKU, mesti awak tahu apa keistimewaan untuk awak bila ada kad OKU, betul? sebab tu pak cik tu minta kami keluarkan laporan kesihatan, nak hantar ke JKM.

P : kesian kat kami dok. patutlah susah sangat kami nak dapt bantuan. rupa-rupanya ada 'ulat'. semua orang nak dilahirkan normal, tapi tak sangka ada pula yang sanggup turun naik pejabat dan hospital sebab nak GELARAN OKU. dah tu minta kad OKU hanya untuk 6 BULAN atas alasan susah nak BERSHOPPING.

D : ntahlah. manusia sekarang pentingkan diri sendiri. agak-agak awaklah. lepas 6 bulan dia tanggalkan tak sticker oku yang saya bagi tu?

Wednesday, May 19, 2010

ada aku kesah bhg3

kalau aku cantik

yer aku akui aku punya kelebihan pada paras dan rupa. inilah ciptaanNYA. aku peminjam sementara. sampai satu ketika, DIA punya kuasa mengambil keistimewaan aku ini.

lurah manusia sukakan kecantikan dan kesempurnaan. lumrah juga untuk setiap manusia yang sukakan pujian. begitu juga aku. tapi andai pujian terlalu melambung tinggi, pasti ada sesuatu yang tak kena. aku berasal dari kampung, so, memang standard orang kampung berwajah comot dan tak terurus. demikian maknanya aku juga biasa dikeliling orang yang punya paras rupa sendiri (mengikut cara mereka menguruskan penampilan). apa yang kita miliki bukankah milik DIA? DIA yang mencipta. apa sahaja bentuknya, bersyukurlah. menghina ciptaanNYA, bermakna kita menghina DIA.

lelaki!... lelaki memang suka perempuan yang cantik. perempuan pun macam tu juga. suka lelaki yang cantik. tapi bab kawan memang aku tak memilih. selagi dia tahu batas-batas dalam hubungan semua aku kawan. sebab tu aku punya ramai kawan.

ada aku kesah bhg2

kalau aku ada PhD

terima kasih mak ayah sebab hantar adik pergi sekolah. mak ayah kerja pagi petang cari duit belikan baju sekolah, bayar yuran, bagi duit belanja. itu tak kira lagi bila tahun adik exam exc: upsr, pmr dan spm. mak ayah terpaksa cari duit lebih untuk kelas tambahan dan buku rujukan. paling adik ingat masa adik tingkatan lima. rezeki adik dapat kelas sain. so, banyak buku rujukan yang kena beli (baca:diwajibkan beli)
dekat rm200 harga semua buku. tak masuk buku latihan, calculator saintifik dan duit belanja pun emak kena bagi lebih sebab tengahari adik tak balik rumah. ada kelas tambahan.

terima kasih pada cikgu-cikgu yang mengajar, memberi ilmu pengetahuan. tanpa kalian siapalah saya. pada kawan-kawan yang banyak bagi copy paste homework. hurmm kesimpulannya bila aku dah berjaya memang aku tak boleh berlagak. aku berhutang jasa bakti kalian. dan jika izin tuhan aku seboleh-bolehnya akan menolong orang lain yang tak bernasib baik. denagn kuasa tuhan juga mungkin aku seperti mereka. semua ini sementara. hanya pinjaman. tak guna aku nak berlagak. ada yang lebih berkuasa lagi. lebih bijaksana. ALLAH MAHA BIJAKSANA.

Thursday, May 13, 2010

lulus ujian seminggu

alhamdulillah.. cukup setakat ini aku exercise untuk menguatkan kakiku yang semakin lemah. aku akan kembali berehat dan bermanja-manja selepas ini. tiada lagi bangun sebelum subuh, terpacak tepi jalan, tehegeh-hegeh panjat tangga bas, terketar-ketar lintas jalan, kehulu-hilir dengan payung biru dan masuk awal pagi sebelum jam 7.

aku pasti kembali seperti dulu. di layan bagai puteri raja. dimanja, ditatang bagai minyak yang penuh. tiada lagi peluh membasahi celah lenganku. boleh bangun lewat. tak risaukan hujan waktu pagi atau petang. aku kembali ke dapur. berperang dengan senduk, kuali dan dapur gas. melayan karenah spesis kuat makan di rumahku. bangga bila melihat hidangan masakanku habis dilantak tanpa aku berpeluang menambah kali ke2.

tapi aku tak boleh lupa diri. perlu sentiasa beringat-ingat. pasti suatu hari aku kembali mengatur janji dengan nadi putra. tapi bukan masa terdekat ini. kerna aku hampir tumbang menyembah bumi gara-gara seminggu menyahut seruan kementerian belia sukan, larian belia. ya! seminggu aku berlarian :(

Wednesday, May 12, 2010

different version

NAMA BRUTAL GUA ABONG. GUA MEMANG SPESIS GANAS. HOBI GUA MEMBUNUH...... nyamuk. BAB BANGUN PAGI MEMANG GUA MALAS. KALAU BOLEH GUA NAK SETIAP MASA MALAM. GUA KALAU DAPAT TIDUR MEMANG TAK HENGAT DUNIA. GUA RASA KALaU GEMPA BUMI PON GUA PIKIR ORANG BUAIKAN GUA TIDOR.

TAPI APAKAN DAYA GUA KAN. KENE KEJE GAK LAH. KALAU GUA TAK KEJE SAPE NAK TANGGUNG GUA MELANTAK. TAK KAN GUA NAK MEMBUTA BAWAH JAMBATAN KOT. LU KENE PIKIR GUA BUKAN PET OKEY...

SUBUH-SUBUH ALAM GUA BANGUN. GUA GIGIL MACAM TENGAH GORENG LAGU METAL JER TIME GUA MANDI. MEMANG MENUSUK WA CAKAP LU. KALAU GUA CONTINUE SELAM KAT ATAS KATIL GUA KOMPEM PENGSAN BALIK. GILER PUNYA TAK SEDAR DIRI.

GUA GEMPAK CIKIT TIME TURUN DARI RUMAH. BARU KEJAP GUA PACAKKAN DIRI, BAS DAH SAMPAI. BROTHER NADI PUTRA AWAL PLAK PAGI NI. SAMPAI DEPAN MARKAS, GUA LONCAT TURUN BAS. BARU NAMPAK GEMPAK DAN GANAS SIKIT. GUA RELEAKS JER LINTAS JALAN. MEMANG GILER LENGANG JALAN TIME TUE. GUA RASE SEMPAT MAKAN NASI LEMAK SEBUNGKUS DUDUK TENGAH JALAN TUE. KOMPEM GUA RELEAKS LAGI. ROCK NEVER DIE. YEAHHH PEACE.

KALI NI GUA SERIUS GILER BABI PUNYER GEMPAK. GUA TENYEH-TENYEH BIJI MATA GUA. MEMANG GUA TAK CAYA APA YANG GUA TENGOK. GUA SEMPAT KOREK BIJI MATA GUA CUCI DENGAN ANTIBIOTIK BAGI CLEAR. MANA TAHU, NENEK MOYANG BAKTERIA, KUMAN ATAU KEJADAH VIRUS DOK TONGGENG-TONGGENG, GULING-GULING KAT MATA GUA. TAPI AKHIRNYA GUA REDHA. MEMANG JAM TEPAT PUKUL 6.45. WOW.. ADEK TAK PERCAYE NYAH.. EHEH SALAH SKRIP. GUA RESPECT TABIK SPRING KAT DIRI GUA SENDIRI. RASA NAK DABIK DADA MACAM GORILA JER TIME TUE.

KOMPOM SEJUK PERUT MAK GUA NGANDUNGKAN GUA BILE TENGOK GUA JADI MANUSIA. BUKAN JADI HANTU SEPERTI YANG DI WAR-WARKAN OLEH MEMBER-MEMBER GUA YANG TENGOK GUA TIME GUA LEPASKAN RAMBUT. HAHAHAHAHAHHA.

Tuesday, April 20, 2010

letak jawatan

gadis kata aku pakar penasihat peribadinya. segala macam bende gadis rujuk dan minta nasihat aku. dari hal keluarga, kerja, study, rumahtangga, pasangan kewangan, pakaian, percintaan hinggalah hal peribadi. kadang-kadang aku terpaksa jadi penceramah bebas yang tak berbayar untuk gadis atau sesiapa yang memerlukan seperti encik jejaka, puan mak angkat, dan kengkawan yang sespesis yang lain.

tapi aku rasa macam nak letak jawatan pula. ermmm...orang kata, banyak bercakap, banyak juga salahnya. so, aku bercadang nak tutup mulut dan angkat kaki jer. biarlah apa nak jadi pun asalkan tidak mengganggu-gugat hidup aku. aku perlu bersabar untuk beberapa purnama jer. lepas ni aku tak perlu lagi menyedekahkan air liur pada mereka. khidmat aku selepas ini adalah untuk emak dan ayah pula. terima kasih pada gadis bagi jawatan tu pada aku.

semoga lepas aku tiada nanti mereka ingat segala ceramah percuma aku tu dalam kepala masing-masing. memang aku tak pernah record kan semua ceramah-ceramah aku tu. buat membazir CD je. so, pandai-pandai lah nanti ye. pepehal kau orang cantact jer aku. masing-masing ade simpan nombor aku kan? kalu hilang, buatlah entry kat blog, nanti aku komen.

setiap pertemuan, pasti diakhiri dengan perpisahan sama ada berpisah hidup, atau mati. lumrah kehidupan kita sebagai manusia.