Thursday, February 25, 2010

coretan maaf untukmu

coretanmu ku hargai namun tanpa sedar seseorang telah terluka. melepas geram, menghempur marah pada diri ini. apa lagi mahu semua? kuturut segala mahu, ku penuhi impian kalian. namun, tatkala gelodak melanda, ombak menghempas pantai, calar mengguris luka diri ini dipersalahkan lagi.
penat. tiada ucapan yang mampu diri ini luahkan. penat...
maaf sayang-sebagai insan yang paling hampir dgn diri ini, kau segalanya. usah menambah pae yang sudah terlebih, usah mengambil ape yang sedia kurang. cukup kau disisi. aku selesa berkongsi.
ke man lagi tujuku? disini aku hilang syurga, merantau jauh dr ibu bapa, kalian pula mencorak derita.
kalian yang datang mencari aku-kini kalian salahkan aku pelbagai punca.

terlajak

makissa terlajak. sangkanya huru-hara seketika cuma. tapi kini makissa cuba sedaya upaya. menyelesaikan segala yang tergendala. huru-hara berehat seketika sempena maulidur rasul. mungkin sekembali dari cuti makissa dikecam sehebat-hebatnya.

sabar makissa, kau penjawat awam tetap, dia hanya sambilan. apa yang kau gusarkan? kau dipihak yang benar(kata hati penyedap jiwa).

Wednesday, February 24, 2010

sedaya upaya makissa cuba menyelesaikan tugasan tertangguh yang dah bertimbun. namun apakan daya. kudratnya membataskan segala. makissa makin gerun tatkala menyaksikan pelbagai 'cerekarama' di depan matanya. demikian makissa ambil keputusan singkat mahu rahsiakan segala yang tercela.

ALLAH maha mengetahui, maha adil dan maha bijaksana. segalanya terbongkar tanpa pengetahuan makissa. namun tiada apa yang memeranjatkan makissa. semuanya bagai dijangka bakal berlaku.

"berani buat, berani tanggung" demikian makissa menguatkan hati.

Friday, February 19, 2010

suara batin insan teraniaya

pedih jantung aku bila aku paksa diri menahan tangis. benteng air mataku semakin roboh, namun aku cuba bertahan.

aku masih sedar siapa diri ini. aku cacat sejak dilahirkan lagi. aku berasal dari keluarga serba kekurangan. emak ayahku tidak berpelajaran. tapi itu semua bukan alasan untuk aku menjadi seorang hina dan tidak berpelajaran. aku punya akal fikiran. aku masih mampu berfikir baik dan buruk. tapi apakan daya, kudratku membatasi segalanya. demi kesihatan yang umpama telur dihujung tanduk, aku bataskan pergerakkan dan tindakan.

engko ingat aku ni hina sangat ke sampai nak hilangkan dokumen-dokumen penting. bukan niatku semua itu. tapi aku sedang mengumpul sedikit tenaga yang ada demi kesihatan yang tinggal bersisa. demi allah aku tak lena tidur memikirkan tugasan yang tergendala. sampai hati korang pijak aku hingga penyek mencium bumi.

ya allah ya tuhanku. ampunilah segala dosa-dosaku. berilah aku kekuatan untuk menempuh dugaan ini.

Thursday, February 18, 2010

tawa dalam tangisan

tika itu dia tersenyum sakan. gembira jelas terpamer pada riak wajah tuanya. suara garaunya memanggil nama-nama insan sekeliling menyambut hari lahirnya. dia benar-benar gembira. namun hati ini bagai terguris luka. aku umpama pembelot yang cuba merebut takhta di hati dia. dia mungkin sedikit terusik. dalam hati insan itu yang membahagiakan. tapi telahannya benar-benar terpesong. insan ini yang hadir compang-camping membawa sebiji kek bersama sebungkus hadiah. dia menerima dengan senyum. tapi dalam hati ada luka terguris. dia rindukan insan itu. insan itu harapannya. insan itulah kebahagiannya. tapi dia silap. aku undur diri. duduk disebalik orang ramai. senyum sekadar ada. kepulangan insan itu dinanti. biarlah aku undur diri. aku mengatur langkah. keluar dari tempat itu. layaknya aku hanya sementara waktu.

Tuesday, February 2, 2010

kesian aku tengok makissa. mengeletar kepala lutut tatkala keganasan itu berlaku. tak sangka, hening pagi itu berubah menjadi pagi yang gelap dan menggerunkan. aku lihat makissa pucat lesi menahan takut. perasaan benci bercampur baur dalam hati. mengapa masih ada manusia begitu? punya segala. cukup kaki tangan dan sempurna paras rupa. langkah lurus, lengkap segala harta di dunia. apa lagi mahumu? aku lihat makissa melangkah lemah. penuh seksa melihat gaya langkahnya yang bagai orang menari dalam keadaan mabuk.

manusia itu terus bersuara lantang. melepaskan segala lumpur, dan keladak yang terkumpul di dalam hati. dalam wajah yang tenang, makissa pinggirkan diri. elak menjadi mangsa keadaan dan bermusuhan.

manusia, manusia, manusia. kuat di dalam hati makissamahu keluar dari tempat ini. tempat ini bukan tempat makissa. makissa tak layak berada di sini.