Sunday, October 30, 2011

Aku tengok.... Orang lain pun nampak juga.

banyak soalan yang aku nak tanya kat dia.. banyak sangat-sangat. bukan dengki. bukan iri hati. apa lagi benci. uma aku rasa malu. meluat dan menyampah. walaupun kau berhias bak tuan puteri, pakai berjenama dari itali, bercakap macam anak menteri, hakikatnya orang tahu

kantoi suda

dia pikir dia sudah hebat..

tak mahu berkongsi, takut kantoi. maklumlah.
 jarak umur mungkin membezakan pemikiran
 . maaflah sayang. walaupun aunty lahir tahun

Wednesday, October 12, 2011

Tazkirah Di Pagi Rabu

what you give you get back. aku suka betul dengan ayat ni. sememangnya aku percaya dengan ayat ni. memang betul pun. apa yang kita buat, apa yang kita bagi, itu akan berbalik kat kita.

dunia oh dunia lagi

Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah untuk menyebarkan / berucap mengenai agama. ish ish ish... makin dasyat dunia kita ni kan kawan-kawan? macam-macam hal. bob tu buat benda salah ke? berdosa ke? kenapa undang-undang makin mengharamkan yang halal, menyalahkan yang benar?

Artis 1 dan Artis 2 kenapa masih bebas bersuara bagaikan tidak takut dosa, tidak akan mati dan macam tak pernah belajar agama? sedangkan si Superman Malaysia yang kini popular dengan lagu Karma pernah melalui saaat kontroversi yang panas dan kalau tak salah pernah di gam kerana aksi beraninya.

setahu akulah kan, malaysia ni ada undang-undang berpakaian. ada akta yang boleh dikanakan kepada sesiapa yang berpakaian menjolok mata. kalau tak salah aku lah. korang yang baca artikel tolong google kan untuk aku boleh. kalau aku salah tolong betulkan yer?

berbalik kepada kisah penahanan bob lokman. bukan ke rasulullah ada berkata. 'berpesan-pesan walau dengan satu ayat'.. macam tu lah lebih kurang. wallahhualam. (kalau aku salah tolong betulkan iyer. kalau tak, kita sama-sama berdosa). salah ke apa yang si bob tu buat? sama juga macam penceramah-penceramah bebas yang lain. berhak bersuara, menyampaikan pesanan, berucap untuk sesama umat demi bangsa agama dan negara.

aku akui, aku pun jahil bab agama. sembahyang aku pun fail. tapi itu bukan alasan untuk korang amik mudah tajuk nie. kalau korang rasa ada info lagi kuat. please fikir-fikirkan kebenarannya. aku terlalu jahil, tapi aku takut dengan dunia sekarang.

subhanallah. wallahhuallam. sesungguhnya yang baik itu dari Dia, yang buruk itu dari aku seadanya.

Monday, October 10, 2011

agak-agak jer

mak ajarkan aku masak rendang ayam

bahan-bahannya
ayam (beli lah ikut badjet.. janji muat masuk kuali.. kuali besar mana?)
serai (ballance dengan ayam.. kang jadi rendang serai plak)
cili (ikut lah, kalau nak pedas, bubuh banyak, kalau tak pedas, letak sikit jer)
santan (dua kali ganda lebih dr jumlah ayam)
garam (secukup rasa)
kunyit hidup (ballance dengan bahan-bahan diatas)

peralatan,
gas yang mencukupi (kalau gne kayu api, buat stok lebih)
kuali (muat masuk kan ayam yg dah potong)
sudip (tak lembut, kang mudah terpatah masa ngacau ayam)
lesung batu (kalau 'rajin' sangat, mesin jer gne blender)
piring dan sudu (digunakan untuk merasa masin, manis @ pedas masakan)

cara membuat
campak semua bahan-bahan kedalam peralatan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
gunakan peralatan mengikut kesesuaian secara berjadual dan sistematik tanpa sebarang ralat atau pencabulan hak asasi kepenggunan peralatan dapur.
kawal nyalaan api agar tidak kehilangan rumah dan harta benda sendiri serta jiran-jiran.

semasa memasak,
- elakkan memasak sambil membebel
- bagi peminat bollywood, jauhi sebarang muzik bollywood semasa di dapur
- pastikan masak di dapur, bkn di tempat lain yang tidak sesuai seperti bilik tidur, ruang tamu, dll
- tutup mulut semasa bersin
- cepat-cepat call mak kalau berlaku kecemasan terhadap masakan

selesai memasak, hidangkan untuk yang tersayang. lihat wajah-wajah penjamu selera hidangan tersebut. jika :

sedap
-diam
-bertambah
-tidur
-bangun tidur makan lagi
-tidur semula
-bangun tidur makan lagi..................sehingga kuali licin, bersih, dicuci berkilat dan digantung

biasa-biasa jer
-pot pet, pot pet, pot pet
-cuci tangan
-tidur
-bangun tidur, goreng telur

tak sedap
- diam
- cuci tangan
- masuk tandas

SELAMAT MENCUBA

Friday, October 7, 2011

Dulu-dulu

nilai duit...
dulu 15sen mak boleh dapat secupak beras. kalau bagi anak-anak belanja 10sen tu kira kaya sangat dah. boleh beli nasi lemak, air dan ballance boleh simpan dalam tabung buluh. sekarang?

teknologi...
ayah cakap, orang yang buka kedai makan jer yang ada tv. ayah dengan mak dulu sanggup bawa pundung api, redah malam, bayar 20sen nak tengok cerita Bobby atau Sanggam. cerita tu memang famousdalam family aku. sejak abang aku dalam perut aku dah diajar tengo hindustan. aku pun boleh terhafal lagu-lagunya. tapi masa tu tv hitam putih. kecik jer skrin nyer. petinya jer yang besar nauzubillah. sekarang?

sosial...
mak dulu mandi sungai lagi masa umo sekolah rendah. mandi ramai-ramai bercampur lelaki-perempuan. alhamdulillah, tak ada lagi kes rogol, liwat, cabul atau bunuh. sekarang?

makanan...
dulu nak makan kena gali (sayur tanam sendiri), kena sembelih (ayam itik, lembu kambing pelihara sendiri) sendiri. kalau tak ada sendiri punya, harap ehsan jiran-jiran yang ada kalau dia nak memberi. barulah merasa. sekarang?

pendidikan...
alang dulu pergi sekolah guna kalam dan kain buruk. dah tulis padam balik. harap ingat kat kepala jer lah. tahu tak kalam tu apa? bayangkan jer menulis guna arang atas papan. tapi sediakan kain buruk untuk pemadam. kira macam tu lah. sekarang?

guru dan anak murid
bila nampak jer cikgu masuk pagar sekolah, along berebut berlari dengan kawan-kawan mengejar cikgu, menolong cikgu bawa beg buku semua. kalau jumpa luar kawasan sekolah, jangan harap nak melintas depan cikgu. follow jer lah sampai cikgu tu lepas. takut dengan cikgu. hormat cikgu sangat-sangat. tapi sekarang?

penderaan...
kalau nak cerita bab pukul, dah lama mak dengan ayah kena penjara seumur hidup. along dan alang dulu separuh nyawa kena balun dengan ayah. lepas tu siap tak bagi makan minum sebagai denda. birat-birat, lebam-lebam tak usah cakap lah. memang tak heran dah tengok. alasan nyer... "aku rotan nak jadikan kau jadi orang, bukan nak membunuh". padahal nyawa-nyawa ikan dah. alhamdulillah hidup juga lah sampai sekarang. tapi sekarang?

suami isteri
mak tak pernah tengok bapak mak dulu turun ke dapur. tapi nenek kau cukup hormat datuk kau tu. tak berani nak bermesyuarat tingkap apetah lagi tidur meninggi hari. perempuan dulu-dulu patuh suami, tak ada melebihkan anak-anak. suami sudah makan, isteri yang tolong basuhkan tangan. punyalah hormat dan sanjung suami. sekarang?

anak beranak
ateh pernah kena rotan dengan ayah sebab merokok. tapi ateh lari. puas ayah kejar dengan rotan. agak-agak dah jauh dari ayah, ateh tunggu, takut ayah jatuh ke masa mengejar ateh. bila dah dekat ateh cabutttt.. sekarang?

PIBG... (Persatuan Ibu Bapa & Guru)
masa adik dulu ayah daftar masuk sekolah menengah bawa rotan sekali. ayah bagi rotan kat cikgu tu dan cakap "cikgu, hari ni saya hantar anak saya dan pertanggungjawabkan cikgu mengajar dia. ni rotannya. kalau dia buat tak elok, jahat kat sekolah cikgu rotanlah. jangan sampai mati, patah riuk sudah. kalau balik rumah dia mengadu, tahulah saya nak buat apa"


                                                       *****
alaaaa kalau nak bandingkan dulu dengan sekarang memanglah banyak beza nya.... DULU..... aku pun belum lahir lagi.. ape daaaaa. (ayat nakal)

hurmmmm

Thursday, October 6, 2011

Tak Larat

sabtu 10.00 pagi 1/10/11
adik : hello bro. pe kes call pagi-pagi buta ni?

abang : hotaq kau pagi buta. tengahari, matahari terpacak tegak dah.

adik : (time sekolah dulu rase-rasenye cikgu cakap, matahari tegak, tengahari.. rasa-rasanya awal pagi lagi ni. abang aku ni kat wilayah sumatera mana sekarang? ke kt luar negara?)

abang : balik sini cepat! abang dengan icah nak jumpa. kami tunggu, boleh makan tengahari sama. mak tengah masak tu. cepat! sekarang! tak ada alasan!

adik : glupppp... gila! ingat putrajaya ni sebelah umah tu ke? boleh adik terloncat-loncat, langkah longkang terus sampai?

lepas asar di kampung negeri sembilan

abang : cam ne? minggu depan ateh balik. akak nak makan durian belanda. (kalau tak kerana mak buyung.) kau pe cer?

adik : tak balik. (ringkas)

abang : habes sapa nak jaga anak? bukan jauh pon. orang yang jauh boleh balik..

adik : tak larat...

abang : macam kau yang memandu. kat pejabat tu macam lah berkawat tengah panas. lain lah ateh ni ha... apa yang tak laratnya?

adik : poket tak larat...

mak bangun basuh pinggan, ayah terus melangkah ke tandas. dan yang lain-lain terus bersurai.

donia, donia oh donia

belum habis lagi kisah aku pasal pekeliling larangan mengaji sebelum azan subuh macam yang aku tulis kat sini, aku dikejutkan pula dengan berita tentang gereja terbesar di asia yang sedang dalam pembinaan di bukit jalil. seriusly aku baru tahu tentang berita ni sedangkan bila aku try search kat sini dan kat sini melalui enjin carian http://www.google.com.my/, gereja tersebut mula dibina sejak 15 Februari 2008. dah tiga tahun dah. macam mana aku boleh tak tahu? dan ada kaitan ke tarikh pembinaan tu dengan hari kekasih 14 februari???

cuba korang yang lain-lain search plak. apa yang korang jumpa? modal pembinaan dianggarkan melebihi 100 juta tidak termasuk kos tanah yang bernilai 35 juta. persoalan aku.
- mana dorang dapat duit? ( bukan ke ramai lagi rakyat miskin, ibu tunggal, anak yatim, JKM-JKM yang perlu dibantu?)

- siapa yang luluskan pembinaannya? ( setahu aku, malaysia merupakan negara islam, iaitu islam merupakan agama rasmi di malaysia)

- kenapa gereja? bukan masjid? (sedangkan amalan mengaji dikeluarkan pekeliling, pembinaan gereja kenapa diluluskan?)

GEREJA TERBESAR DI ASIA dibina di atas tanah negara islam yang menjadikan agama ISLAM sebagai agama rasmi.

dalam media macam-macam janji ditabur, bila tiba masanya, benda yang tidak disebut, yang ada yang dilaksanakan, yang dibuat. teruk teruk teruk......