Thursday, July 18, 2013

Cerita pertengahan tahun

sudah sebulan lebih menjadi warga jabatan keabjikan masyarakat. yess shi dah berpindah pejabat dan kementerian. masih lagi di negeri yang sama. tetap di belakang rumah walaupun jauh di hujung tasik. by the way. best..

hari last di office lama adalah hari meraung-raungan dan sedu sedan. banyak pengalaman pahit manis dipelajari. setiap pengalaman adalah satu ilmu yang paling baik dalam meneruskan kehidupan sebagai penjawat awam. yeaahhh... caiyok shi..

naik lif setinggi 2 batang pokok kelapa tua. akak menggayatkan dan menggegarkan kepala lutut yang memang longgar. minggu pertama lapor diri masih pening-pening dan bengong-bengang masa turun dan naik lif. tugas pun belum diberi sepenuhnya. masih berfoya-foya dengan laman sesawang dan laman sosial yang melakakan dan semakin membosankan.

genap sebulan shi diterbangkan merentasi laut china selatan. berkhidmat demi bangsa dan negara. lagi tinggi dari dua batang pokok kelapa. lagi pekak telinga. lagi benong-bengong. dan lagi pening-pening. yang penting lagi BEST...  tinggallah pujaan hati sendirian di rumah. sob...sob..sob.. tahun lepas first time berpuasa, dan beraya sebagai isteri. tahun ni berpuasa dan beraya dengan suasana kerja baru.

sekembalinya dari tugasan luar, shi menunaikan ibadat puasa seperti umat islam yang lain. walaupun penat, lesu dan sakit-sakit badan. tapi keseronokan yang dirasai tak mampu untuk dikongsi dengan orang lain. sekalanya terpahat kemas jauh di sudut sanubari paling dalam. ceewaahhhh. dasyat kata ko...

last kata... salam ramadhan.
jangan biarkan MALAIKAT di sebelah kanan kita duduk diam... :) peace

Wednesday, April 24, 2013

untuk diri sendiri dan orang lain

tak guna dah aku nak meroyan satu badan. rasa-rasanya cukuplah aku simpan untuk pengajaran dan pedoman pada diri sendiri. apa guna betepuk sebelah tangan. kalau kita seorang jer yang terhegeh-hegeh rasa macam tak ada maruah diri pulak.

macam mana aku bertekad sebelum-sebelum ni. hari ni aku nekad lagi. aku akan menghargai setiap segala yang aku miliki. aku panjatkan syukur setinggi-tingginya pada yang maha kuasa. kehidupan aku benar-benar lengkap dan jauh lebih beruntung dari orang lain.

aku tidak mahu terlepas yang aku kejar, tercicir apa yang dikendong. lebih-lebih lagi apa yang aku miliki hanya pinjaman. iyer! sekadar pinjaman. aku perlu menghargai semua yang aku ada, setiap orang sekeliling aku selagi mereka masih ada. tak guna untuk aku mencari kasih sayang lain atau mencurah kasih sayang kepada insan lain bak manusia tak bermaruah.

aku menjunjung maruahku setinggi langit. biar tiada rupa atau harta. maruahku harta paling berharga. buat orang lebih menghormati diriku. apa guna diharap pada mawar merah lain yang cantik mengharum sedangkan kaktus diriba lebih indah mekar jika dijaga dan disiram. apa guna memuji rama-rama pelbagai warna sedangkan kepompong di genggaman juga meungkin menjadi rama-rama yang lebih cantik dan berwarna warni. apa guna memuja indahnya rembulan, sedangkan disiang hari mentari juga yang kita cari.

alhamdulillah. syukur apa yang aku ada. aku mohon pada allah melindungi hartaku. melindungi insan-insan yang aku sayang dan menyayangi diriku. andai ini sekadar untuk menguji aku redha walau pada dasarnya tidak sedikit pun aku merelakan. sesungguhnya KAU tahu apa yang berlaku. cerah tak berpanjangan hingga petang. tak semua indah sepanjang masa. tak selalu kita kat atas. kehidupan bak roda yang berpusing. andai nasi menjadi bubur, jangan orang lain dilibat sama. hargailah apa dan siapa yang dimiliki sekarang. jangan tamak. manis mulut menabur janji sedangkan bila dah dimiliki, ianya hanya satu umpan.

aku sedar, hidup hanya sementara. aku ingat insan-insan yang menyayangi aku meletakkan harapan tinggi untuk aku. apa guna kasih sayang mereka jika aku sekadar menghisap madunya. apa guna aku mencari manisnya madu-madu debunga lain sedangkan hampasnya nanti ku lempar merata.

Tuesday, February 19, 2013

terengganu 1

sejak mendirikan rumahtangga, mak mentua, ming selalu ajak aku balik terengganu. ming cakap seronok. perjalan di persisir pantai. boleh makan ikan segar. kalau ada rezeki boleh tengok orang turun ke laut. aku pon berangan nak ke terengganu bulan januari lepas. kan banyak cuti bersambung. apply sehari dapat 5 hari. apply 4 hari dapat sembilan hari. so bolehlah ke terengganu. baru gaji pula tu. tapi idea aku tidak diterimapakai. kata ming musim hujan. selain banjir angin kencang, tak dapt ke pantai tegok nelayan turun. aku pon ngomel-ngomel kat husband. cari cuti lain yang lebih sesuai.

mulut masin

genap dua minggu ayah operate, husband dapat call dari pahang. bapa saudara kat terengganu tenat. time tu aku dah bersiap dengan baju batik. baru lepas panaskan lauk semalam untuk bekal dan sarapan pagi tu. jam 10.00 pagi lepas husband siapkan kerja kat office kami gerak ke rumah mentua. jam 1.30 baru kami sampai di rumah. ngam-ngam azan zuhor.

jam 3.00 petang hujan turun lebat sangat. sejam berlalu baru kami gerak ke terengganu. adik ipar yang masih bersekolah tinggal bertiga kat rumah. hanya mentua dan sorang ipar kembar aku jer follow. lebih kurang 6 jam perjalanan, aku selamat menjejakkan kaki kali pertama di negeri terengganu. pantai tempat penyu datang bertelur katanya. hampir 27 tahun hidup, ni baru merasa ke terengganu. tak pernah mimpi pun. kalau tak kerana bapa saudara husband tenat. aku hanya mampu merancang ke sini. memang ada discuss dengan family husband untuk balik kampung terengganu. tapi belum dapat kesesuaian masa. ni dah urgent. sesuai tak sesuai. baru merasa.

2 bulan (last ep)

perut dah masuk angin. rasa senak dah perut. duduk tak kena, berdiri letih pula. maghribnya ateh sampai dari lumut. rasa lega sikit bila ada yang lain. ada lah penguat semangat sikit. macam-macam keadaan pesakit melintas depan kami. ada yang nazak, ada yang menangis-meraung, ada yang dah berselubung. aku makin tak keruan. lampu bilik ot masih menyala, menandakan pembedahan masih berjalan.

Monday, February 18, 2013

hospital

aku daftar kan ayah di wad kecemasan. pegawai kaunter mengarahkan aku menunggu untuk dipanggil. hampir dua jam menanti baru nama ayah dipanggil. doktor perempuan india yang memeriksa ayah.

2 bulan (ep2)

celik-celik mata jer aku terkedek-kedek keluar bilik mencari emak. (para alim ulamak cakap 'setiap langkah kita menziarahi ibu bapa dianggap sebagai zikrullah. walaupun sekadar dari bilik ke bilik). emak kat dapur cakap ayah kat bilik lagi. tidur. aku bingkas ke bilik ayah, perlahan-lahan bagi salam. tersentuh tengoh muka ayah tidur sambil menanggung kesakitan. nampak sangat yang ayah sakit amat sangat. aku salam dan cium ayah. beranikan diri mintai izin nak tengok bahagian yang sakit. ayah pon tanpa segan silu selak kain. jelas nampak perut ayah membenjol. sebagai anak ayah yang sentiasa taat, aku tak fikir malu segan apatah lagi jijik melihat keadaan ayah. secara tak sengaja aku tertekan benjolan tu sedikit kuat. ayah meraung sakit. hah! dasyat ni. kira emergency.

Tuesday, January 29, 2013

2 bulan

genap 2 bulan mendaftar-masuk emak ke hospital kuala pilah, ayah pula mengadu ingin ke hospital minta doktor bedah perutnya.

Wednesday, January 9, 2013

permainan dunia

ari tu aku merajuk tak mahu tengok AJL  gara-gara yuna tak dapat perform sebab dia busy. so, aku keraskan hati tak sanggup tengok orang lain nyanyikan lagu terukir dibintang yang tak sengaja menjadi tema  lirik kad jemputan kahwin aku dulu.

walaupun merajuk, tapi aku menerimanya dengan hati yang terbuka kerana tv3 dah pernah buat onar pada yuna dengan menarik balik anugerah kemenangan yuna dan memberikannya kepada anuar zain. ciss! so tak kisah l;ah dia tak perform pun. apa ada hal. yuna selesa kat amerika sana.

walaupun yuna berbakat besar dalam bidang nyanyian, tetapi dia tidak mampu bertapak dengan selesa dalam industri hiburan tanah air kerana tidak memberi sebarang keuntungan kepada negara, politik dan pak menteri. so, yuna mungkin lebih selesa berkolabrasi dengan artis luar negara yang lebih memandang pada kelebihan, kemahiran dan bakat daripada rupa macam kat malaysia.

dan sekali lagi seperti yang aku memang dah jangka. kemenangan yuna menjadi kontroversi apabila penyingkiran uji rashid kepada aizat untuk menggantikan yuna pada malam 6 januari yang lalu. memang dah agak sangat-sangat. malaysia dan orang melayu tak sah kalau tak ada sikap iri hati, dengki dan sombong. kalau artis yang tidak terlibat dengan politik, vvip, vip, perempuan simpanan dan dato'2, memang susah dan bernafas duduk kat malaysia ni. asal dapat anugerah jer, mesti ada saja kontroversi yang timbul. turban nya pun jadi alasan untuk tidak diminati.

lainlah kalau kahwin dengan dato' yang terlibat dengan politik, pakai tudung yang tutup dua tiga helai rambut jer pun di agung-agung. menang berturut-turut pun orang tetap butakan mata. kontroversi macam mana pun tetap senyap. tak pandai bahasa inggeris dan kecindang dalam pelajaran pon orang tak kisah. alasannya, cantik, sopan santun.. KONON! tak pernah bising-bising. itulah INDUSTRI / KEHIDUPAN MALAYSIA.