Tuesday, February 19, 2013

terengganu 1

sejak mendirikan rumahtangga, mak mentua, ming selalu ajak aku balik terengganu. ming cakap seronok. perjalan di persisir pantai. boleh makan ikan segar. kalau ada rezeki boleh tengok orang turun ke laut. aku pon berangan nak ke terengganu bulan januari lepas. kan banyak cuti bersambung. apply sehari dapat 5 hari. apply 4 hari dapat sembilan hari. so bolehlah ke terengganu. baru gaji pula tu. tapi idea aku tidak diterimapakai. kata ming musim hujan. selain banjir angin kencang, tak dapt ke pantai tegok nelayan turun. aku pon ngomel-ngomel kat husband. cari cuti lain yang lebih sesuai.


31/1/2013 aku menjejakkan kaki ke terengganu bersama husband, ming dan ipar kembarku. nama kami sama shidah. umur kami sebaya. kepala hotak boleh layan sama-sama. so kami selesa bersama. kami dari jengka jam 4.00 petang ikut jabor dan melepasi bukit besi kerana hari dah mula gelap. jalan dalam tak dilengkapi lampu jalan yang sempurna, kurang coverage telefon, agak sunyi dan jalan sempit. berpandukan online map kami keluar ke highway melalui bukir besi. highway yang masih baru. lengang. tol pon tak dibuka lagi. husband memecut di kelajuan yang maksima.

hampir ke destinasi aku mencadangkan pada suami untuk mencari hotel memandangkan hospital dimana pakcik ditempat jauh dengan kampung ming. tentunya malam ni tidak berpeluang melawat pakcik kerana masa melawat dah tamat. andai kata terus ke kampung ming, esok nak turun ke hospital semula. lebih baik stay berhampiran hospital, lepas melawat esok baru naik ke kampung. mulanya memang pahit untuk menelan cadanganku. hatiku pun berasa sedikit bersalah takut ming terluka denagan cadanganku ini. tak sampai setengah jam, makcik husband call " nok bilik dok" loghat terengganu. ming senyum dengan aku. dapat menantu nakal. apa yang dia nak semua dapat. kami minta satu bilik. share 4 orang. tak pe lah. untuk tidur jer.

perjalanan diteruskan ke batu burok glory beach resort. tepat jam 9.30 malam, dengan lafaz bismillah aku jejakkan kaki di tanah terengganu. ( padahal tadi dah singgah kencing kat petronas bukit besi). bermulalah aku menganga kan mulut dan sesekali senyum bila sedara mara ming bertegur sapa dengan aku. dah macam ayam dengan itik. aku pula jenis yang bercakap laju. aku tak tahu siapa yang menganga sekarang. diorang ke aku. tapi ming dan shidah jadi translator.

malam tu kami berempat share dua katil bersama. sempat layan sehingga hujung nyawa sebelum tidur. dua-dua shidah tidur tengah-tengah diapit ming dan husband sebab senang nak bergosip. ngehngehngeh.
dan kami tidur bersama-sama. together-gether.

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

tak bagi tahu kie pun...nak ituttt........;)