Thursday, July 28, 2011

INDAHNYA HIDUP NI KAN?.....

aku teringin sangat nak pakai produk skII, pergi shopping kat poh kong sambil bawa bag channel, pakai kasut guess, naik caldina. balik rumah banglo 2 tingkat siap ada guard. sampai jer pembantu aku dah bukakan kereta, barang-barang suma dah di bawa oleh pembantu rumah aku masuk ke dalam. duduk kat sofa empuk kulit binatang edisi khas yang diimport  dari new zealand (ada ke?..gelia lah aku nak duduk) best kan hidup macam tu.. bila rasa boring, keluar shopping beli toyota ke, mitsubishi ke, subaru. bosan arh.. rasa macam nak brakfast kat australia. tengahari nati balik kampung jap jumpa mak ayah.

petang ni rasa letih sangat, so nak tidur awal. eh! tidur siang rasa tak puas lah. apalagi? terbang lah ke london. kan malam. sampai sana dah malam. boleh tidur. esok pagi balik sini balik. amacam? nak ikut tak?... no hal lah.. aku boleh bayarkan. stakat korang satu family tak luak pon duit aku kat dalam bank tu. jom-jom...

baju tak payah bawa banyak-banyak. aku bese travel selai sepinggang je. nanti beli jer yang baru kat sana. leceh lah bawa barang banyak-bayak. kau tahu-tahu jer kan aku ni tak suke tepati masa. takut delay eh... tak pe nanti aku sewa lah mana-mana flight. senang sikit nak arrange time nanti. cam ne? nak ikut tak ni? aku serius ni. jangan risaulah pasal duit. aku sponsor...

GILER PUNYA TAK SEDAR DIRI KALAU MACAM NI? HHAHAHAHAHA

ahlan wa sahlan ya ramadhan

assalammualaikum
bismillahirahmannirrahim

bersyukur kita ke hadrat illahi, kerana dengan limpah kurnianya kita berpeluang menyambut ramadhan 1432h yang akan menyusul insyaallah 1 september 2011 akan datang.. (waaaa dah macam penceramah bebas plak iye?)

macam pose tahun-tahun lepas juga. mulalah aku teringat kat mak ayah aku yang sangat manja dengan aku (eheh). biasanya, bagi kebiasaan keluarga di kampung, menjelang ramadhan kami akan membuat lemang, rendang dan masak lauk pauk yang best-best sehari @ dua hari sebelum menjelang ramadhan. ia digelarkan 'memegang'. aku sendiri tak tahu apa yang dipegang. pegang bulan ramadhan kot.

alahaiiii...... rindu kat mak ayah..

(xde idea nak tulis.. tapi ada orang paksa aku menulis. leceh betul jadi blogger paksaan ni)

salam ramadhan kepada semua umat islam.

Wednesday, July 27, 2011

..........................................continue

aku tiba-tiba nak sambung lagi

pernah tak anda menyedari bahawa anda sendiri yang mengundang jenayah di rumah anda dengan fb. mana tidaknya. diberitahu kepada semua. " hurmmm..busan giler. en.hubby outing seminggu. kalau ada lesen boleh jugaklah merayap dengan vios en.hubby yang ada depan rumah dipetaling jaya." (contoh)..... kalau aku jadi penjenayah, aku minta alamat dia. tak pun usya-usya setiapgambar-gambar dia dan dapatkan butir-butir yang boleh diguna pakai. melalui plat kereta pun boleh, melalui gambar dia sendiri. sedar tak wahai kawan-kawan.

dah tu perangai wanita-wanita sekarang suke mencanang cerita dalam kain. pasal malam jumaat, pasal suami, tut-tut berdarah pon dia nak bagi tahu kat fb. ishhh emo betul aku. itu tak kira dengan say hye with en.hubby. berdarling sana, berbaby sini. tak malau ker? atau bangga rasa diri itu terlalu romantik, open minded. open lah sangat.

hah ni satu lagi... bila bercuti... mc / el / dll, blh plak bg th kat mana lokasi dia. tak perasan ker tindakan dia tu boleh dikenakan tatatertib. tak pergi kerja, merayap mana-mana...

semua karenah negatif ni bukan orang lain pon, kaum kerabat sanak saudara dan darah daging aku sendiri punya hal. salah siapa?

muka buku (FACEBOOK)

aku : oit kawan. ape cer sekarang? lame tak dengar berita.
kawan lama : aku ok jer. rindu kat kau lah sahabat. lama kita tak jumpa, sejak aku jadi isteri orang.
aku : kau add lah fb aku.. blh jmpe kawan2 lama kite dlu.. aku jumpe semua tau..
kawan lama : aku mana ada fb. fb perosak rumah tangga lah. xde fb pon boleh hidup lah..
aku : (aku suka cara kau berfikir kawan. jauh ke depan)

betul juga kan apa kawan aku sorang ni cakap. mende alah tu merosakkan rumah tangga jer. contoh paling dekat, aku sendiri lah. sejak menjak ada menatang tu, kawan-kawan sekolah semua aku jumpe balik. hye sana, hye sini.. admire formal tak formal sumer muncul, berbunga-bunga balik perasaan cinta monyet dulu-dulu. itu tak termasuk mantan2 kekasih gelap dan terang lagi tu. berbalas-balas rindu-rinduan bila sama-sama online. gila menyesal bila fikir-fikir balik...

status
single, in a relationship, open relationship, engagement dan macam-macam lagi lah yang ada kat situ. terfikir songsang plak aku dengan status-status tu semua. bila seseorang perempuan menggunakan status 'single', bermakna dia sedang meng'offer' diri nya untuk di 'takle', di'ngorat', dipinang @ di'usya... macam murah sangat jer kan. promote diri untuk mendapatkan perhatian. satu masa dulu aku pun guna status tu. tapi bila dah lama-lama macam ni, aku tengok orang-orang kita ni dah salah gunakan kemudahan teknologi moden yang ada. dah macam orang zaman batu jumpa komputer (perumpaan yang aku reka sendiri)

satu lagi, sejak adanya laman sesawang ni, dah tak wujud dah istilah menjaga tepi kain orang seperti yang pernah popular suatu masa dulu. aku ingat lagi zaman-zaman sekolah dulu. bila bergaduh jer, bila malu jer dengan apa-apa statement mula nak gunakan istilah "jaga tepi kain orang". tak pun kepada yang sombong tu, memang menggunakan sangat-sangat istilah tu bile orang cuba bertanya / mengambil berat tentang dirinya. orang yang sombong dan berlagak akan menganggap orang lain cuba menjaga tapi kainnya. "sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri yang koyak tu cuba jahit. jangan nak jahit kain orang lain" itu kira contoh-contoh ayat bagi penggunaan istilah tu lah.

sekarang ni tak payah nak malu-malu bertanya hal orang, buka jer fb dia, conform semua cerita dia dah ceritakan. kadang-kadang dah macam diary dah. pagi dia buat apa, petang dia ke mana, semalam dia tidur dengan siapa, malam tadi dia buat apa, apa kereta dia, dia buat apa dengan duit dia, siapa dan orang mana pasangannya pon kita boleh tahu dengan hanya satu 'klik'. siap letak gambar, alamat dan kadang-kadang nombor telifon pon dia dah letak. dan demikian, janganlah anda menuduh orang sibuk hal anda. jangan anda menuduh orang menjaga tepi kain anda sedangkan anda sendiri telah 'membuka' kain anda dan menunjukkan semua cerita. salah siapa?

hipokrit
apa yang dipaparkan di dinding muka buku adalah tipu semata-mata. nasihat-nasihat dan kadang video-video keinsafan yang di muat naik berbeza dengan realiti si pemilik fb ni sendiri (statement ni bukan kepada semua, UNTUK SESETENGAH pengguna jer.) hakikatnya... subhanallah hanya Allah jer yang tahu. ( aku sendiri tidak terkecuali). asalnya dari kampung, duduk hulu padalaman. masuk fb, dok kat kl. pirahhhh............

berat sebelah
adik beradik, sanak saudara yang cantik-cantik jer dia letak dalam fb. yang cantik kaya sempurna jer dia ngaku sedara, adik, kakak, abang dan sebagainya. mak dia yang tua ganyut, kedut sana sini tak ada tempat langsung. konon-konon bila orang tengok nampak gah background personaliti dia tu. kaum kerabat kaya, mewah berharta, cantik. padahal... rumah dia kat kampung tu atap bocor sana sini, makan pon kais pagi makan petang, rumah nun kat pedalaman. dengan panas, nyamuk, habuk tak usah nak cerita. tapi bila dalam fb semua sempurna. tunjuk yang bagus-bagus, cantik, sempurna jer. plizz lah, kalau orang dah kenal / tahu hakikat sebenar, hilang respect orang tau. menyampah / meluat lagi adalah. apa yang di bangga sangat pun tak tahu lah.

gunakanlah fb ke jln yang lebih berfaedah. (peringatan untuk diri sendiri, dan semua)
semoga allah memberi kekuatan untuk aku menutup fb. tunggu satu masa yang telah di tetapkan itu.

Monday, July 25, 2011

apa yang SEMPURNA

Diselubungi rasa gundah. Serba-salah dan celaru bergaul rasa. Apa lagi yang dimahu? Apa lagi yang dicari? Benarkah apa yang dirasa – sempurna punca bahagia? Ahhh aku bingung memikirkannya. Jika sempurna bisa membahagiakan, kenapa aku menderita tika mengejar kesempurnaan. Atau aku sendiri jahil erti sebuah kesempurnaan?
Sempurna
Punya sepasang kaki yang berfungsi, sepasang tangan yang aktif dan lincah, tubuh elok, penglihatan tajam, pendengaran yang baik, rupa paras yang cantik – ku kira ini dimaksudkan dengan sempurna. Tiada cacat cela...
Atau...
Seorang yang rupawan, punya kekayaan berjuta, kerjaya yang elok, pelajaran yang cemerlang. Boleh juga aku anggap sebagai sempurna.
Atau juga mungkin
Manusia yang bahagia dikelilingi insan-insan tersayang.  Tidak pernah berasa susah. Punya perjalanan hidup yang selesa. Gembira senantiasa, tiada gundah dan airmata. Tiada jalan berliku, lapang segala urusan dan sihat setiap masa.
                ******************
Tapi aku sebenarnya tertipu dengan tafsiran sendiri. Sempurna yang dimaksudkan bukan apa yang aku fikirkan. Sempurna bukan hanya pada fizikal, mental mahupun rohaniah. Semua manusia dilahirkan tidak sempurna. Dan demikian kita diciptakan berpasang-pasangan. Bermasyarakatan, dan tidak bersindiran.
Sempurna sebenarnya pabila kita saling menjadi pelengkap kepada pasangan kita. Saling melengkapi antara satu sama lain bukan sahaja kepada pasangan, ibu bapa, anak beranak, adik beradik, sahabat handai, dan seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa agama, warna kulit, bahasa dan keupayaan. Kita kan satu Malaysia.
Kita meminjam kelebihan mereka untuk membantu kekurangan yang kita miliki. Kita meminjamkan kelebihan yang kita ada untuk membantu mereka yang lemah. Iya! Itulah kesempurnaan yang sebenar-benarnya. Akhirnya aku mengerti betapa mudah memahami erti sebuah kesempurnaan. Dan aku lebih rasa tenang bilamana kesempurnaan yang aku cari hanya di depan mata. Sebuah kesempurnaan dapat dikecapi setelah kita memberikan sebuah kesempurnaan untuk orang lain. That means, what you give, you get back (cakap omputeh plak dah)
Pada keseluruhannya. Kesempurnaan milik kita semua kerana tiada yang sempurna di dalam dunia ini kecuali Dia Yang Maha Berkuasa.

Tuesday, July 19, 2011

XENON....

Xenon....
Siang ku sasau gilakan kau,
Di dalam jaga ku tercari-cari
Malam ku igau gilakan kau..
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Bertahun sudah ku menunggu,
Akhirnya kau menjadi milikku,
Apakan daya kita terpisah dek orang ketiga,
Kau dipaksa, aku terpaksa..

Sakit hati, sakit sekali,
Menoleh pun tak sudi,
Patah tumbuh hilang berganti, Mengertilah
Walaupun berbeza zahirnya, Terimalah...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kaupayaan cubaku gagahkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Musnahlah segalanya..

Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Setelah mimpi ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin memiliki
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu tak layak di bumi,

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata mahumu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku untuk memilikimu