Diselubungi rasa gundah. Serba-salah dan celaru bergaul rasa. Apa lagi yang dimahu? Apa lagi yang dicari? Benarkah apa yang dirasa – sempurna punca bahagia? Ahhh aku bingung memikirkannya. Jika sempurna bisa membahagiakan, kenapa aku menderita tika mengejar kesempurnaan. Atau aku sendiri jahil erti sebuah kesempurnaan?
Sempurna
Punya sepasang kaki yang berfungsi, sepasang tangan yang aktif dan lincah, tubuh elok, penglihatan tajam, pendengaran yang baik, rupa paras yang cantik – ku kira ini dimaksudkan dengan sempurna. Tiada cacat cela...
Atau...
Seorang yang rupawan, punya kekayaan berjuta, kerjaya yang elok, pelajaran yang cemerlang. Boleh juga aku anggap sebagai sempurna.
Atau juga mungkin
Manusia yang bahagia dikelilingi insan-insan tersayang. Tidak pernah berasa susah. Punya perjalanan hidup yang selesa. Gembira senantiasa, tiada gundah dan airmata. Tiada jalan berliku, lapang segala urusan dan sihat setiap masa.
******************
Tapi aku sebenarnya tertipu dengan tafsiran sendiri. Sempurna yang dimaksudkan bukan apa yang aku fikirkan. Sempurna bukan hanya pada fizikal, mental mahupun rohaniah. Semua manusia dilahirkan tidak sempurna. Dan demikian kita diciptakan berpasang-pasangan. Bermasyarakatan, dan tidak bersindiran.
Sempurna sebenarnya pabila kita saling menjadi pelengkap kepada pasangan kita. Saling melengkapi antara satu sama lain bukan sahaja kepada pasangan, ibu bapa, anak beranak, adik beradik, sahabat handai, dan seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa agama, warna kulit, bahasa dan keupayaan. Kita kan satu Malaysia.
Kita meminjam kelebihan mereka untuk membantu kekurangan yang kita miliki. Kita meminjamkan kelebihan yang kita ada untuk membantu mereka yang lemah. Iya! Itulah kesempurnaan yang sebenar-benarnya. Akhirnya aku mengerti betapa mudah memahami erti sebuah kesempurnaan. Dan aku lebih rasa tenang bilamana kesempurnaan yang aku cari hanya di depan mata. Sebuah kesempurnaan dapat dikecapi setelah kita memberikan sebuah kesempurnaan untuk orang lain. That means, what you give, you get back (cakap omputeh plak dah)
Pada keseluruhannya. Kesempurnaan milik kita semua kerana tiada yang sempurna di dalam dunia ini kecuali Dia Yang Maha Berkuasa.
No comments:
Post a Comment