Showing posts with label Sweet In Memory. Show all posts

Friday, February 10, 2012
hanya kerana maggi
setelah 3 tahun meninggalkan dunia asrama. semalam teringin makan megi. time makan megi, rasa sedihlah pulak. teringat zaman duduk asrama dulu. share-share makan megi. tak risau pun jangkitan kuman. tak fikir pun permusuhan. selera jer makan. kongsi sudu, garfu and mangkuk.. hirup kuah megi sampai licin.
Thursday, January 12, 2012
dunia cyber
teringat sorang lecture time aku study dulu. dia ajar aku math. aku tak pernah lulus math time skolah. tp lecture ni mampu buat aku punye assingment dapat A+, final exam pun dapat A. dan dia satu-satunya lecture yang akan mengulang semula apa yang dia ajar bila aku tertidur dalam kelas. first time dalam istilah hidup aku bila aku buat asignment math dengan titik peluk aku sendiri. biasanya, aku banyak copy and paste jer. tapi lecture tu telah merubah segalanya. walaupun aku tak habis belajar, dan tak berjaya menunaikan impian aku untuk menjadi Profesional in Information Technology, tapi aku ingat setiap nasihat yang dia berikan. masih terbayang-bayang lagi wajah dia masa dia bagi nasihat tu.
Friday, December 16, 2011
tahun-tahun berlalu
berhujan, berpanas semua telah aku lalui. tipulah andai tiada putus asa yang hadir. pernah jua air mata tumpah membasahi bumi tatkala melalui pahit di perantauan. jatuh bangun sendirian hanya ditemani air mata. walau tidak terlihat dek mata kasar, aku percaya doa emak mengiringi langkah ku yang kadang tersadung dek kaki sendiri. langkah yang tak tersusun aku teruskan hanya untuk masa depan sendiri. biar dipandang pelik, sekurang-kurang tidak dipandang jelik atau hina kerana meminta-minta hanya untuk sesuap nasi.
Monday, December 12, 2011
pulau pinang
dari sebuah pulau, ke sebuah pulau. memulakan perjalanan seawal jam 8.00 pagi walau perancangan awalnya jam 7.00. kata orang 'janji melayu' singgah bersarapan hanya di tepi jalan. menjamu selera apa yang ada agar perut kosong terisi.
kedah darul aman
angin menghembus rakus menyambar pipi mulus ini. awan kelihatan cerah bersama beburung berterbangan bebas tanpa batas. tubuh kusandar malas. terasa tenaga makin hilang. pemandangan seluas angkasa. sesuatu yang baru dalam hidupku. padi menghijau. jauh di sana terdapat rumah-rumah kecil yang nampak cantik dan mendamaikan. jauh dari kesibukan kota dan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit. fikiran terasa kosong dan tenang.
Tuesday, September 27, 2011
aku kan adik
'ayah dengan suara yang tak pernah dikawal volumnye : astafirullahhalazim.. kau cuba tengok anak kau buat apa kat bilik air tu ha! haiii anak cucu..'
ateh releaks sambil menganyam ketupat daun kelapa sambil menjeling-jeling isterinya. dalam kepala memang dah agak anak bujangnya panjang akal dalam bilik air tu.
'adik. habislah mandian kau. dipicit botol nye, habis berbuih satu kolah. bertuah punya anak cucu.' ayah menyambung bebelan. hey menteri, sudah! sudah! habis sabun makcik kau tu!' ateh... anak kau ni ambil lah.. berbuih dah kolah ni haaaa"
si cucu menjeling. 'ni acik punye lah'
kami berempat (mak, ateh, kak leha dan aku) senyum sumbing. si abang, kalau pasal harta mak ciknye, tak boleh di tegur. ringkas jawapannye nanti. "ni acik punye"
tiba-tiba mak buka mulut. "itu baru pancut sabun dalam kolah. tunggulah besar sikit. macam ayah dan makcik dia lah nanti. berkubang dalam kolah. kering air kolah dikerjakan. pandai pulak ganti air yang baru. tapi cerdiknya tak cukup, tapak kaki merata-rata kat lantai kolah. mana nak sorok? apa alasan lagi nak bagi?" haaaa dapat habuan "....... teruklah ateh disebat dengan rotan halus. aku tak kena, sebab aku mengikut jer. masa tu jadi pak turut jer.
itulah ayah dan makcik kau dulu. ke mana jer berdua. sorang hilang, mesti kena rotan...siang-siang mak nak tido, makcik kau menangis-nagis kena sakat dek ayah kau. lepas tu terkekek-kekek bergurau. orang nak tidur pun tak senang. pagi-pagi ayah kau pergi main guli. makcik kau didukung belakang. tinggal kat rumah kang takut adik dilarikan orang minyak. dulu takut sangat dengan orang minyak. sayang sangat-sangat kat makcik kau. hilang kang, mana nak cari?
makcik kau tidur, ayah kau menunggu kat tepi. nyamuk hinggap kat hidung, ayah kau spray dengan baygond kasi nyamuk lari. nak tampar kang, takut adik terjaga. jawabnye, makcik kau pening-pening lalat kena spray sambil mengadu, "mak...ateh cetttt (nak sebut spray tak pandai. patah lagi nak sebut baygond) adik. pening lah"...
bila dah besar sikit pandai nak main sendiri. dah mula malas nak bawa makcik kau berjalan sama. ditinggalkan kat dalam terowong jambatan rumah. siap lengkap bantal dan mainan. senja balik rumah, lupa nak ambil adik. lupa letak makcik kau kat mana. kena rotan lagi. timbullah cerita makcik kau kena sorok bunian. sehari suntuk makcik kau tak makan duduk dalam terowong tu ditinggalkan ayah kau... itu baru sikit tu...
aku menambah : bisul kat kepala pecah. ateh balik sekolah agama sarungkan songkok kat kepala adik. yelaah kan. petang-petang setia tunggu si abang balik sekolah. abang nak bermanja salah skill. meraung adik bila bisulnye pecah. diumpan dengan kueh gunting yang dibeli di sekolah agama rakyat td. itu tak termasuk cerita tertelan duit 20sen. masukkan syiling dalam mulut sebagai langkah2 keselamatan konon. bergurau-gurau sampai terguling-guling, dan akhirnya tertelan. hah! berak keluar syiling yang dah hitam terbakar.
"sampai besar satu kepala. ayah kau berdating, makcik kau jaga line. ayah kau nak keluar, makcik kau tukang minta duit minyak. makcik kau nak apa-apa kat atok, ayah kau yang tolong adjust kan. lepas tu hasilnye bahagi berdua." ayah menyampuk. aku dan ateh senyum-senyum malu. dalam maksud ayah tu.
bila balik kampung, tak ada salah sorang, tak lengkap.

Wednesday, June 1, 2011
Termetrai Ikatan Pertunangan
setelah hubungan cinta yang dibina menginjak ke usia tiga tahun, ia dieratkan lagi dengan ikatan pertunangan berkat restu dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. terima kasih ayah, terima kasih mak, terima kasih ibu mentua ku, dan terima kasih tunangku.
tarikh 28/5/2011 dipilih setelah 3 kali aku menukar tarikh untuk memilih tarikh yang sesuai dan kelapangan. memilih rona biru-putih untuk pembalut tubuh, aku dihias ringkas untuk nampak lebih bersedia pada tarikh itu. lima dulang beronakan biru-putih berbalas tujuh dulang beronakan hitam-putih menjadi pilihan kami sebagai hantaran merangkap pengiring cincinku.
dalam majlis pertunangan yang serba ringkas, jari manisku disarung cincin tunang, dan cincin risik oleh ibu mentuaku sebagai tanda merestui ikatan kasih ini.
alhamdulillah. semuanya selesai dengan sempurna walaupun pelbagai yang datang melintang. namun berkat bantuan penduduk kampung, saudara mara, ipar-duai, adik beradik serta mak dan ayah kenduriku berlangsung dengan meriah sekali. terima kasih juga buat keluarga sebelah tunangku kerana sudi menerima diri ini sebagai salah seorang ahli keluarganya. terima kasih juga buat tunangku kerana sudi melamarku sebagai suri hati.
tiada janji, tiada harapan, tiada permintaan yang ingin ku katakan. semoga ALLAH merestui perhubungan kita, melindungi kita sekeluarga dari segala keburukan, fitnah, hasutan dengki dan kecelakaan. terimalah diri ini seadanya. carilah secebis keistimewaan disebalik segunung keburukan dan kelemahan yang ada pada dri ini. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diriku semata-mata. bimbinglah, pimpinlah diriku kejalan yang di redhai. moga Allah merahmati..
cik puan shida
hahahaha... tibe-tibe wa rasa macam lisa surihani pulak. orang datang snap gambar wa... ktak..ktak...ktak.. berebut-rebut nak bergambar. nak bersalam. ada yang jatuh tergolek-golek sebab dapat pegang jari halus mulus gua. tapi sayang beb, gua dah bertunang. wa je rase macam lisa. tapi bapak gua cakap wa macam juhi chaula. banyak tengok drama lah bapak gua ni.
exited beb gua masa tu. alaaaa lu jangan potong cakap wa.. bukan excited nak bertunang. wa excited nak terkencing. dah mekap tebal2 wa kene tahan kencing. jenuh wa bergim rama kat dalam bilik menahan kencing. dah sebulan wa praktis tahan kentut. alhamdulillah berjaya. tp wa lupa nak praktis tahan kencing. ceh, spoil betul.
gara-gara tak tidur tiga ari, gua rasa bapak giler punye mengantuk. perut gua plak pedih tahap kapal titanik tenggelam kat laut dalam dah. bukan... bukan... wa bukan taka lalu makan, tak lena tidur, mandi tak basah semua kejadah tu. wa terpaksa menyengkang mata wa yang comel ni sebab nak buat preparation pertunangan gua. yer... sebab bertunang lah wa kena mekap macam juhi chaula tu. kalau tak, wa cun level yuna jer..
dalam kepala otak gua bila lah mentua gua nak sarungkan cincin. masa dalam bilik wa ada gak dengar2 bapak gua sebut2 nama popular gua. time tu rase nak lompat2 keluar and hulur jari minta cincin. pastu wa nak g toilet terkencing. hurmmm... cepatlah masa berlalu.
dan ( bukan nama tunang gua)
bilamana mak bapak gua selak lagsir bilik and then tarik gua keluar, wa rasa melayang-melayang jer macam helikopter control. masa tu tak ingat dah lapar, ngantok patah lagi rasa nak terburai tadi hilang mana ntah agaknya.
haaa.... satu wa tak buat yang mak andam suruh. mula2 dia pesan. bunga tangan tu wa kena pegang je sepanjang masa. giler ke hapa? tp nasib baik pembantu dia dok tolong bawakan kt blakang. wa dah tak ingat dah pasal bunga. wa nak cincin je mase tu. ke dua, mak andam pesan soh wa senyum bukan menyeringai tunjuk gigi gua yang besar-besar macam batang balak ni. tapi yang masalah, problem tambah spoil nye, wa ni kalau nampak kamera jer wa mesti senyum tanpa belas ehsan dah. memang tulus ikhlas wa siat-siatkan mulut gua bia nampak yang gua tengah menyengeh. waaa tahu wa memang cun, sebab tu wa berani senyum terlampau macam tu. keputusannya, gambar-gambar statik yang disnap mmg menampakkan gigi gua yang berkilau mcam iklan darli.
dan (sekali lagi wa ulang, bukan nama tunang wa)
setelah selesai semuanya. wa tertidur dengan segala mekap, bulu mata palsu dan lense bagai. fuhhh ringan rasa kepala. selesai suda. baru wa rasa nikmatnya tidur. akhirnya wa selamat ditunangkan dengan dia.
baru wa perasan siapa tuang wa. ingat kan farid kamil. paling tidak pun saheizy sam. rupa-rupanya bukan. tak pelah. janji dia dah sudi. thanks bro sbab minang wa jadi tunang. kalau lu rasa lu nak menggatal, wa naikkan hantaran tau. so.. apa pon tak boleh..

Friday, January 28, 2011
SAH
ALHAMDULILLAH...aku bersyukur ke hadrat illahi. dengan limpah dan kurnia yang diberikan aku berjaya memilikinya. ku kira tidak terlalu terlewat, bahkan ia boleh dianggap sesuatu yang membanggakan dalam hidupku.
terima kasih pada mak yang banyak berdoa, memberikan restu, kata semangat dan sokongan, bantuan kewangan dan nasihat. buat ayah yang tak lekang membebel nasihat itu ini, tunjuk ajar dan perangsang pembakar semangat. mungkin ini tidak seberapa, tapi cukup bermakna dan berharga hadiah sempena ulangtahun ayah yang ke-66.
terima kasih yang tidak terhingga untuk kawan-kawan yang banyak membantu tika suka dan sanggup menadah telinga mendengar segala kesuh kesah.
buat kekasih hati yang bakal bergelar teman hidup dunia dan akhirat, terima kasih banyak-banyak. jasamu ku kenang. tanpamu mungkin agak sukar untuk dapt semua ni.
terima kasih juga kepada penderitaan, kesusahan dan segala ujian yang datang. ia semua mematangkan dan mengajar diri ini ketabahan dan erti hidup. buat diri ini semakin kenal ibu bapa, kasih sayang, persahabatan, cinta dan pengorbanan. baik yang fositif mahupun yang negatif tetap punya fungsi dan hikmah yang DIA sahaja yang tahu. cabaran yang melintang, dugaan yang menimpa, jalan yang berliku banyak menyemarakkan api semangat diri. terima kasih semua. tampa kalian siapalah aku.

Monday, November 29, 2010
20/11/2010
hari yang sepatutnya aku telah berada di melaka, tapi ianya tidak berlaku. bangun awal-awal pagi. makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak. kunun-kununya, nak terus balik. tapi bincang punya bincang. akhirnya pincanglah jawapan. merayap sampai ke tampin. surprise
***********************************************************************************
selamat ulangtahun mak. dah 57 tahun usia emak sekarang. masa mak lahirkan adik 24 tahun yang dulu umur mak 33 tahun. sampai sekarang, sampai adik besar dah, kerja tetap, gatal nak berlaki dah, mak masih macam dulu. kalut masak, mengemas, mencuci dan ke hulur-hilir tak tentu arah bila adik balik. tak keruan nak buat apa, macam sibuk sangat jer tengok. tapi adik? relek jer duduk-duduk dengan ayah. tengok tivi. hehehehe. adik tahu. mak tak marah. mak sayang adik kan?
dah 24 kali mak sambut hari lahir dengan adik. tak pernah miss. banyak dah yang adik bagi kat mak. kepayahan, kasusahan, penat, lapar, dahaga, kecewa, malu dan marah. tapi bila plak adik nak bagi mak kekayaan, duit juta-juta, duduk goyang kaki-jaga rambut, jaga kuku. bagi mak makanan sedap-sedap. ni tak lagi-lagi mak yang berlapar. mak, mak tak pernah mengeluh kan. minta hadiah hari lahir jauh sekali. bukan macam adik. sebulan sebelum adik dah request nak hadiah apa.
hari ni hari lahir mak. adik berat hati nak tinggalkan mak. sebab tu adik tangguh-tangguh kan. adik nak tengok mak potong kek. tiup lilin. mesti mak comel. mak tak pandai makeup, berhias dan melaram apatah lagi. tapi mak lagi cute bile tidur. rasa nak terkam dan cium laju-laju. bila mak membebel mencarut itu ini macam suara siti nurhaliza. bak buluh perindu. sedap dengar. tambah lena tidur. tapi bila mak diam jerk... aduhai, rase macam dapat kategori baru iaitu pekak bisu. oh, no!
adik ada beli hadiah untuk mak, dua lagi tu. satu adik dah bagi dah. dan satu lagi adik ada bawa, selalu adik bawa. cuma tak berani nak bagi. takut ayah marah. mak nak tahu apa hadiahnya. (menantu lelaki) hikhikhik... uik... gurau jerlah. itupun nak marah.

ayah ni bias(obses) dengan camera. memang fanatik lah kiranya. sebab tu semua gambar kat atas ni ayah jer yang pandang camera. mak? pemalu. like me. uhuiii...
Friday, November 19, 2010
CUTI & KAMPUNG
huhuhuhu...salam aidiladha untuk semua umat islam di seluruh dunia (macam lah ramai sangat yang baca blog aku ni yer?)
seronok tak terkira bila balik kampung. aku dilayan bagai tuan puteri. makan minum terhidang. sampaikan ayah beli sos tomato tak nak beli sos cili, nanti pedas, sakit perut plak anak dara dia sorang ni. alahai terharu aku tau.. emak plak, ayah tak bagi pergi kebun, nanti sapa nak teman aku kat rumah. sampai cenggitu sekali. rupa-rupanya best jugak duduk merantau ni kan? sesekali balik kampung, orang tua sambut, hidang masakan kampung. mak tanya itu, ayah tanya ini. wahhh.... tapi, tak boleh selalu sangat balik kampung. sesekali boleh lah. kalau kerap sangat busan plak orang tua tu nanti. dikatanya aku menghabiskan beras dia jer nanti. hahahaha.
yang pasti aku makin berat hati nak balik ke wilayah. emak, ayah! boleh tak tolong sain surat cuti adik? bagi cuti adik lelama sikit....ermmm kalaiu lah mak ayah yang bos dan aku ni anak bos.. indah nya dunia, bertuah nya hidup....... kepala hotak kau(kata korang dalam ati) hikhikhik
aku berangan jer. tak payah lah nak marah2 aku. aku tahu aku sapa. SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

Wednesday, October 6, 2010
kue tepung pelita, tako, kue sampan
aidilfitri lepas ashi berpeluang belajar benda baru. menyedari minat dan bakat dalam masakan, ashi menggilapnya agar lebih menyerlah. sekembalinya ke negeri wilayah, ashi mencuba nasib mempraktikkan apa yang dipelajari. alhamdulillah berjaya.
benarkah ketiga-tiga kuih diatas berbeza? pada aku, asalkan kuih itu di buat dalam daun pandan, ia adalah tepung pelita. sedap dan menjadi kegemaran aku sejak melangkah di perantauan. (cam lagu raya)
abaikan... janji tidak perlu membelinya lagi. buat sendiri lagi sedap.
untuk tempahan sila hubungi ashi... hahahahahah... sempat promote.

Thursday, August 19, 2010
cerita ateh
ingat masa kat kampung ...... asyik ingat kampung yo tak? hahahaha
ateh rajin pergi kebun cari kayu nak buat tempat letak pelita. buloh susah nak cari, so pelita beli jer kat kedai. cuma buat tempat letak pelita jer. pelitanya paras-paras dada jer. tanam sepanjang tepi jalan naik ke rumah. ( yo lah kan, lotak topi jalan lah. tak kan nak lotak tongah jalan. mau di cabut dek ayah, peh tu tanam kek kepalo)
pelita beli kat kedai. bekas plastik. ada warna kuning, merah, biru dan hijau. mula-mula ateh letak paku kat pangkal kayu tu. nanti senang nak sangkutkan pelita. pas tu, ateh masukkan sumbu pelita. ada separuh kedai dia sediakan sumbu siap-siap. kalau dia tak sediakan, alamatnya habislah mop umah jadi togel sebab nak buat sumbu pelita. duit untuk beli minyak minta kat mak. sebelum buka pose, ateh masukkan minyak dalam pelita. bukan minyak masaklah. minyak api atau minyak diesel(kalau duit banyak)
lepas jer buka pose sebelum langit gelap, ateh pon memulakan operasi. menolak kereta sorong yang berisi pelita untuk disangkut pada kayu yang dah ditanam di lokasi-lokasi strategik. pasang pelita tu sebenarnya trik atau alasan jer sebenarnya. tujuan utama yang sebenar-benarnya adalah untuk keluar bermain mercun atau datting kat jambatan rumah.
bukan rumah kami jer... setiap rumah yang ada anak-anak muda memang rajin pasang pelita bila time ramadhan. tak pasang lapu jalan pun tak pa. kalau ronda-ronda waktu malam tu memang cantik tengok nyalaan tepung pelita eheh cilap, nyalaan api pelita. yang mana berkemampuan lagi bayak pelita dipasang. ada yang letak keliling rumah. berseri-seri tengok.
itu dulu-dulu. zaman duduk kat kampung. sekarang mak ayak aku letak lampu kelip-kelip. liplap-liplap warno ea... lebih-lebih lagi dah tinggal berdua jer kat kampung. yang masih ada anak-anak kat kampupung pun dah moden dah. tak nak guna pelita dah. diorang sumer guna lapu kelip-kelip tu. dunia dah berubah, zaman dah maju. huhuhu
selamat berbuka puasa dan salam aidilfitri.

ragam anak buah
upah
angah - mak, kalau angah penuh pose mak nak bagi apa?
abang - eleh ko ngah, macam pose penuh, pagi-pagi lagi dah tak boleh tahan.
adik - kalau mak penuh pose, abang dan angah nak bagi apa plak kat mak?
adik berdebat dengan anak-anak buahnye yang memanggil nenek mereka dengan panggilan mak kerana keakraban mereka.
adik - angah nak tahu tak. acik, umor 4 tahun dah penuh pose tau. siap hafal niat pose dan niat berbuka lagi. tak pernah dapat upah. baju raya pon orang atau sedara mara yang bagi. korang baru seminggu ramadhan dah minta upah pose.
angah - (sambil menoleh kepada emak) yeke mak?
abang - iyolah, takkan acik nak tipu bulan pose ni.
angah - hebatlah acik, macam ben 10.
abang - ben 10 mana ada pose.
*******
uzur
mak - adik, ko tak makan ko? janganlah ikutkan orang yang poso ni. orang tak makan, poso. ko tak makan, pengsan kang.
adik - sogan lah mak. anak-anak buah ado. cian kek dio, kang nampak plak kang, mesti nak makan jugak. tapi memang lapar dah ni.
mak - bawa kueh tu ha, bawa masuk bilik. makan yo. kang boleh tolong ghaso lauk omak ni, masin ko, tawar ko. mak tak buleh ghaso.
adik - jap yo..
..............................dengan hati-hati bagai seorang pencuri adik membawa sebekas kuih ke dalam bilik.......................................................
angah - hah! acik tak poso yo!
acik - acik tak boleh lah
abang - acik uzurlah angah
angah - tipu lah acik uzor, sihat jer tu. boleh jalan, boleh makan. orang uzur makan bubur yo.
abang - alaaa angah ni. ustaz abang cakap, orang pompuan cam acik buleh tak poso. kene cuti poso, sembahyang, dengan ngaji. sebab tu semalam atok yang ajar kito ngaji. ko ni bangang lah angah.
angah - abang cakap bangang, batal poso abang.
(adik kenyang dalam bilik makan kueh kacang goreng bersalut bawang. anak-anak buah diluar bertikam lidah tak dipedulikan.)

Tuesday, July 6, 2010
15 minit

saat mata ku pejam tanpa lena,
tiada sebarang khuatir ku fikir,
ku percaya kau jujur setulusnya,
demikian cinta kita tak kan berakhir
kelopak mata ku angkat perlahan,
cahayamu bagai permata bergemelapan,
fikiranku menerawang, menerjah tembus langit ke tujuh,
sesaat kuhilang pedoman akal dan fikiran,
kau impianku, kau ku mahu,
aku pasti mustahil ia berlaku,
aku tak mampu!
tapi kini, kau disisi ku,
menghiasi kekosongan tangan kiriku,
terus bersamaku saban waktu,
menghitung waktu demi waktu,
kau tanggungjawabku,
kau teristimewa buatku,
kau hadir tanpa dugaku,
kau hadiah dari cinta hatiku,
Wednesday, June 16, 2010
SELAMAT ULANG TAHUN

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
* ku doakan semoga cepat sembuh dan sihat selalu. moda lebih tabah mengharungi hidup.
Wednesday, May 19, 2010
NAIK PELAMIN
Wednesday, May 12, 2010
different version
NAMA BRUTAL GUA ABONG. GUA MEMANG SPESIS GANAS. HOBI GUA MEMBUNUH...... nyamuk. BAB BANGUN PAGI MEMANG GUA MALAS. KALAU BOLEH GUA NAK SETIAP MASA MALAM. GUA KALAU DAPAT TIDUR MEMANG TAK HENGAT DUNIA. GUA RASA KALaU GEMPA BUMI PON GUA PIKIR ORANG BUAIKAN GUA TIDOR.
TAPI APAKAN DAYA GUA KAN. KENE KEJE GAK LAH. KALAU GUA TAK KEJE SAPE NAK TANGGUNG GUA MELANTAK. TAK KAN GUA NAK MEMBUTA BAWAH JAMBATAN KOT. LU KENE PIKIR GUA BUKAN PET OKEY...
SUBUH-SUBUH ALAM GUA BANGUN. GUA GIGIL MACAM TENGAH GORENG LAGU METAL JER TIME GUA MANDI. MEMANG MENUSUK WA CAKAP LU. KALAU GUA CONTINUE SELAM KAT ATAS KATIL GUA KOMPEM PENGSAN BALIK. GILER PUNYA TAK SEDAR DIRI.
GUA GEMPAK CIKIT TIME TURUN DARI RUMAH. BARU KEJAP GUA PACAKKAN DIRI, BAS DAH SAMPAI. BROTHER NADI PUTRA AWAL PLAK PAGI NI. SAMPAI DEPAN MARKAS, GUA LONCAT TURUN BAS. BARU NAMPAK GEMPAK DAN GANAS SIKIT. GUA RELEAKS JER LINTAS JALAN. MEMANG GILER LENGANG JALAN TIME TUE. GUA RASE SEMPAT MAKAN NASI LEMAK SEBUNGKUS DUDUK TENGAH JALAN TUE. KOMPEM GUA RELEAKS LAGI. ROCK NEVER DIE. YEAHHH PEACE.
KALI NI GUA SERIUS GILER BABI PUNYER GEMPAK. GUA TENYEH-TENYEH BIJI MATA GUA. MEMANG GUA TAK CAYA APA YANG GUA TENGOK. GUA SEMPAT KOREK BIJI MATA GUA CUCI DENGAN ANTIBIOTIK BAGI CLEAR. MANA TAHU, NENEK MOYANG BAKTERIA, KUMAN ATAU KEJADAH VIRUS DOK TONGGENG-TONGGENG, GULING-GULING KAT MATA GUA. TAPI AKHIRNYA GUA REDHA. MEMANG JAM TEPAT PUKUL 6.45. WOW.. ADEK TAK PERCAYE NYAH.. EHEH SALAH SKRIP. GUA RESPECT TABIK SPRING KAT DIRI GUA SENDIRI. RASA NAK DABIK DADA MACAM GORILA JER TIME TUE.
KOMPOM SEJUK PERUT MAK GUA NGANDUNGKAN GUA BILE TENGOK GUA JADI MANUSIA. BUKAN JADI HANTU SEPERTI YANG DI WAR-WARKAN OLEH MEMBER-MEMBER GUA YANG TENGOK GUA TIME GUA LEPASKAN RAMBUT. HAHAHAHAHAHHA.

Monday, May 10, 2010
resah dan rindu menjadi satu
bunyi enjin kenderaan yang masuk di celah tingkap buat makissa tak lena tidur. puas dibalik-balikkan tubuhnya bagai ikan sedang di panggang, namun mata bundarnya masih bercahaya memerhati tirai jendelanya menari mengiringi rentak tiupan angin kipas siling. cahaya lampu jalan dipersalahkan. konon makissa terganggu dengan silauannya. untuk seketika kamar tidurnya diterangi kilauan lampu bagai kelab malam. mungkin abang peronda sedang menjalankan tugas. tujuannya memastikan makissa terus selamat dikediamannya.
bertukar posisi ke kiri. mencari keselesaan tubuh yang lenguh-lenguh. pelik. betapa degil mata makissa malam ini. bukan untuk malam ini sahaja. sejak sendirian dia sukar melelapkan mata. deruan enjin kenderaan buat degup jantung makissa kencang. luas jalan raya bagai terbentang bak lautan membiru. demikian buat makissa gusar. langkah perlu diteruskan. setelah kakinya patah, dia perlu terus melangkah. walau dengan tongkat sekalipun. mengalah bukan jalan terbaik.
sekadar melepaskan diri sendiri sudah memadai buat gadis seperti makissa. sekurang-kurangya dia tidak menumpang tuah orang lain. "mak tahu adik tabah. menangislah tatkala kau jatuh. bangkit dan melangkahlah kembali. usah kau fikir apa kata sekeliling. sekadar lepas untuk diri sendiri, kau pasti bahagia, mak bersyukur" kata-kata perangsang bonda kekasih tercinta bekal mengiringi langkah terutama saat melintas jalan raya :)

Subscribe to:
Posts (Atom)