Thursday, January 12, 2012

dunia cyber

teringat sorang lecture time aku study dulu. dia ajar aku math. aku tak pernah lulus math time skolah. tp lecture ni mampu buat aku punye assingment dapat A+, final exam pun dapat A. dan dia satu-satunya lecture yang akan mengulang semula apa yang dia ajar bila aku tertidur dalam kelas. first time dalam istilah hidup aku bila aku buat asignment math dengan titik peluk aku sendiri. biasanya, aku banyak copy and paste jer. tapi lecture tu telah merubah segalanya. walaupun aku tak habis belajar, dan tak berjaya menunaikan impian aku untuk menjadi Profesional in Information Technology, tapi aku ingat setiap nasihat yang dia berikan. masih terbayang-bayang lagi wajah dia masa dia bagi nasihat tu.
ada dua sebab kenapa aku pilih IT untuk sambung study. pertamanya sebab aku memang minat sangat-sangat dengan proses editing, kartun dan apa sahaja yang melibatkan komputer. bila aku main game, apa yang ada dalam kepala otak aku ialah, "kreatifnya orang yang cipta game ni. macam mana dia boleh terfikir untuk buat semua ni?"

ke-2 sebab aku pilih IT ialah kerana kecacatan yang aku alami. keterbatasan dalam pergerakkan membuatkan aku selesa berada di hadapan pc sepanjang hari. tambahan pula dengan IT aku mampu mengetahui dunia luar tanpa sebarang batasan. any time, any where, anybody, segalanya dihujung jari. aku tak perlu ke sana kemari, tak perlu berhijrah jauh-jauh. dengan komputer dan internet aku belajar semua benda dalam dunia. pasal manusia, tumbuhan, haiwan, fesyen, masakan, keagamaan, ketuhanan, dunia dan akhirat.

walaupun, time sekolah dulu, ayah dan mak tak mampu nak belikan komputer untuk aku. aku bersyukur sebab masuk form 4, sekolah aku buat kos baru. kebetulan aku dapat kelas sain aku layak ambil sain it. sejak itulah aku berpeluang bercinta-cinta dengan dunia IT. dapat pula ada kakak seorang kawan aku yang menceburi bidang perniagaan dengan membuka cyber cafe kat kampung aku tu, jadi bertambah giat dan aktiflah aku dengan minat yang bertambah mendalam ni.

chatroom, kampung.com, MIRC, tagged, friendster, FB, YM, skype, dan macam-macam alah lagi lah yang aku layan masa tu. setiap petang kau menghabiskan masa kat CC. apa nak fikir. kat rumah bukan ada adik-adik nak kena jaga pun.

berbalik dengan lecture aku td. dia kata dia kahwin dengan suami dia yang dia kenal dalam internet. dalam laman chatroom. tapi dia tegaskan pada kami jangan mudah percaya dengan alamaya. dulu, yang membuatkan dia boleh bercinta dan mendirikan rumahtangga dengan kenalan maya tu sebab keterbatasan teknologi. dulu yang online, atau joint chatroom atau yang sama waktu dengannya hanya student-student yang berkaitan it. so, kemungkinan untuk ditipu adalah sangat tipis dan mungkin tiada langsung. kalau dah online tu hanyalah budak it. tak kan jumpa penoreh getah, tentera, peguam, artis atau lain-lain.

berbeza dengan zaman sekarang. ibu pon dah pandai berFB, inikan plak anak-anaknya. walaupun mentaliti tak pernah berubah,  keperluan dan kehentak manusia dah berubah. tak heran macam-macam boleh berlaku. macam kat sini, kat sini, di sini dan di sini. so. salahkah aku menyalahkan kaum aku sendiri? bukan semua. aku tak cakap semua. better buat apa-apa biar dengan kebijaksanaan dan keimanan.

No comments: