Thursday, June 16, 2011

Pungguk Rindukan Bulan NEW VERSION

Semalaman aku berfikir-fikir. Serabut kepala juga dengan tajuk masalah yang aku pilih malam ni. Bukan tugasan sekadar memotivasikan diri sendiri. Biarlah dapat tentangan. Asal aku tak ganggu orang.

Dulu pungguk rindukan bulan dikaitkan dengan pencinta yang setia merindui kekasihnya yang jauh disana. Konon-konon sang bulan yang cantik bercahaya akan menjadi pendamping kepada si pungguk yang hodoh. Dulu kan banyak cerita-cerita sumpahan bilamana kerabat-kerabat di raja mengahwini rakyat biasa. Maka sumpahan akan berlaku kepada pasangan dari keturunan rakyat biasa samada hodoh pengganti wajah, rerambut menutupi badan bagai orang hutan atau paling tidak wajah bak haiwan di hutan. Kadang ada juga sumpahan meragut nyawa. Dulu, orang sayu dengar suara pungguk. Syahdu jer memanggil sang bulan. Sudahlah wajah sayu dan pilu. Suara merayu-rayu. Mendapat belas siapa yang mendengar.

Pendapat aku tiba-tiba berubah. Aku tak rasa pula kasihan pada pungguk hodoh yang selalu dimomokkan dengan gelaran seram : burung hantu. Kalau dah hantu, siapa yang tak takut. Betul kan? Hantu mana yang cantik. Kalau muka tak cantik orang akan gelarkan muka macam hantu. Kalau perangai tak elok, orang cakap perangai macam hantu. Sah-sahlah si pungguk tu hodoh. Sah-sah juga pungguk tu tak baik. Tak boleh nak disangkal dah. Sudah muka tu hodoh, nama pula si burung hantu, ada hati nak mendampingi bulan. Dengan suara yang seram konon-konon sayu bisa meremangkan bulu roma. Bukan sahaja bulan takut, bintang yang berkedipan tu pun tak sudi memandang.

Seperti tak mengukur baju di badan sendiri. Orang tua-tua dulu pun dah pesan, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak di duga. Hah! Sudah terang lagikan bersuluh. Jangan dijeling milik orang. Hargailah apa yang kita ada. Barulah kita rasa puas dan cukup. Kalau tak nanti. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tiada guna memancari-cari kuman di tengah-tengah laut dalam, sedangkan gajah berdiri depan mata..

Wednesday, June 1, 2011

Termetrai Ikatan Pertunangan

setelah hubungan cinta yang dibina menginjak ke usia tiga tahun, ia dieratkan lagi dengan ikatan pertunangan berkat restu dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. terima kasih ayah, terima kasih mak, terima kasih ibu mentua ku, dan terima kasih tunangku.

tarikh 28/5/2011 dipilih setelah 3 kali aku menukar tarikh untuk memilih tarikh yang sesuai dan kelapangan. memilih rona biru-putih untuk pembalut tubuh, aku dihias ringkas untuk nampak lebih bersedia pada tarikh itu. lima dulang beronakan biru-putih berbalas tujuh dulang beronakan hitam-putih menjadi pilihan kami sebagai hantaran merangkap pengiring cincinku.

dalam majlis pertunangan yang serba ringkas, jari manisku disarung cincin tunang, dan cincin risik oleh ibu mentuaku sebagai tanda merestui ikatan kasih ini.

alhamdulillah. semuanya selesai dengan sempurna walaupun pelbagai yang datang melintang. namun berkat bantuan penduduk kampung, saudara mara, ipar-duai, adik beradik serta mak dan ayah kenduriku berlangsung dengan meriah sekali. terima kasih juga buat keluarga sebelah tunangku kerana sudi menerima diri ini sebagai salah seorang ahli keluarganya. terima kasih juga buat tunangku kerana sudi melamarku sebagai suri hati.

tiada janji, tiada harapan, tiada permintaan yang ingin ku katakan. semoga ALLAH merestui perhubungan kita, melindungi kita sekeluarga dari segala keburukan, fitnah, hasutan dengki dan kecelakaan. terimalah diri ini seadanya. carilah secebis keistimewaan disebalik segunung keburukan dan kelemahan yang ada pada dri ini. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diriku semata-mata. bimbinglah, pimpinlah diriku kejalan yang di redhai. moga Allah merahmati..

cik puan shida

hahahaha... tibe-tibe wa rasa macam lisa surihani pulak. orang datang snap gambar wa... ktak..ktak...ktak.. berebut-rebut nak bergambar. nak bersalam. ada yang jatuh tergolek-golek sebab dapat pegang jari halus mulus gua. tapi sayang beb, gua dah bertunang. wa je rase macam lisa. tapi bapak gua cakap wa macam juhi chaula. banyak tengok drama lah bapak gua ni.

exited beb gua masa tu. alaaaa lu jangan potong cakap wa.. bukan excited nak bertunang. wa excited nak terkencing. dah mekap tebal2 wa kene tahan kencing. jenuh wa bergim rama kat dalam bilik menahan kencing. dah sebulan wa praktis tahan kentut. alhamdulillah berjaya. tp wa lupa nak praktis tahan kencing. ceh, spoil betul.

gara-gara tak tidur tiga ari, gua rasa bapak giler punye mengantuk. perut gua plak pedih tahap kapal titanik tenggelam kat laut dalam dah. bukan... bukan... wa bukan taka lalu makan, tak lena tidur, mandi tak basah semua kejadah tu. wa terpaksa menyengkang mata wa yang comel ni sebab nak buat preparation pertunangan gua. yer... sebab bertunang lah wa kena mekap macam juhi chaula tu. kalau tak, wa cun level yuna jer..

dalam kepala otak gua bila lah mentua gua nak sarungkan cincin. masa dalam bilik wa ada gak dengar2 bapak gua sebut2 nama popular gua. time tu rase nak lompat2 keluar and hulur jari minta cincin. pastu wa nak g toilet terkencing. hurmmm... cepatlah masa berlalu.

dan ( bukan nama tunang gua)

bilamana mak bapak gua selak lagsir bilik and then tarik gua keluar, wa rasa melayang-melayang jer macam helikopter control. masa tu tak ingat dah lapar, ngantok patah lagi rasa nak terburai tadi hilang mana ntah agaknya.

haaa.... satu wa tak buat yang mak andam suruh. mula2 dia pesan. bunga tangan tu wa kena pegang je sepanjang masa. giler ke hapa? tp nasib baik pembantu dia dok tolong bawakan kt blakang. wa dah tak ingat dah pasal bunga. wa nak cincin je mase tu. ke dua, mak andam pesan soh wa senyum bukan menyeringai tunjuk gigi gua yang besar-besar macam batang balak ni. tapi yang masalah, problem tambah spoil nye, wa ni kalau nampak kamera jer wa mesti senyum tanpa belas ehsan dah. memang tulus ikhlas wa siat-siatkan mulut gua bia nampak yang gua tengah menyengeh. waaa tahu wa memang cun, sebab tu wa berani senyum terlampau macam tu. keputusannya, gambar-gambar statik yang disnap mmg menampakkan gigi gua yang berkilau mcam iklan darli.

dan (sekali lagi wa ulang, bukan nama tunang wa)

setelah selesai semuanya. wa tertidur dengan segala mekap, bulu mata palsu dan lense bagai. fuhhh ringan rasa kepala. selesai suda. baru wa rasa nikmatnya tidur. akhirnya wa selamat ditunangkan dengan dia.

baru wa perasan siapa tuang wa. ingat kan farid kamil. paling tidak pun saheizy sam. rupa-rupanya bukan. tak pelah. janji dia dah sudi. thanks bro sbab minang wa jadi tunang. kalau lu rasa lu nak menggatal, wa naikkan hantaran tau. so.. apa pon tak boleh..