Thursday, August 19, 2010

teringin sangat-sangat. sabar.....



teringin sangat kuih tepung pelita. teringin sangat-sangat. sangat-sangat-sangat.
memanglah ada jual kat bazar. tapi kat sini aku tengok bazarnya penuh sesak. hari hujan pun pengunjung tetap ramai. aku bukan minat macam tu. alahai tepung pelita.

cerita ateh

ingat masa kat kampung ...... asyik ingat kampung yo tak? hahahaha

ateh rajin pergi kebun cari kayu nak buat tempat letak pelita. buloh susah nak cari, so pelita beli jer kat kedai. cuma buat tempat letak pelita jer. pelitanya paras-paras dada jer. tanam sepanjang tepi jalan naik ke rumah. ( yo lah kan, lotak topi jalan lah. tak kan nak lotak tongah jalan. mau di cabut dek ayah, peh tu tanam kek kepalo)

pelita beli kat kedai. bekas plastik. ada warna kuning, merah, biru dan hijau. mula-mula ateh letak paku kat pangkal kayu tu. nanti senang nak sangkutkan pelita. pas tu, ateh masukkan sumbu pelita. ada separuh kedai dia sediakan sumbu siap-siap. kalau dia tak sediakan, alamatnya habislah mop umah jadi togel sebab nak buat sumbu pelita. duit untuk beli minyak minta kat mak. sebelum buka pose, ateh masukkan minyak dalam pelita. bukan minyak masaklah. minyak api atau minyak diesel(kalau duit banyak)

lepas jer buka pose sebelum langit gelap, ateh pon memulakan operasi. menolak kereta sorong yang berisi pelita untuk disangkut pada kayu yang dah ditanam di lokasi-lokasi strategik. pasang pelita tu sebenarnya trik atau alasan jer sebenarnya. tujuan utama yang sebenar-benarnya adalah untuk keluar bermain mercun atau datting kat jambatan rumah.

bukan rumah kami jer... setiap rumah yang ada anak-anak muda memang rajin pasang pelita bila time ramadhan. tak pasang lapu jalan pun tak pa. kalau ronda-ronda waktu malam tu memang cantik tengok nyalaan tepung pelita eheh cilap, nyalaan api pelita. yang mana berkemampuan lagi bayak pelita dipasang. ada yang letak keliling rumah. berseri-seri tengok.

itu dulu-dulu. zaman duduk kat kampung. sekarang mak ayak aku letak lampu kelip-kelip. liplap-liplap warno ea... lebih-lebih lagi dah tinggal berdua jer kat kampung. yang masih ada anak-anak kat kampupung pun dah moden dah. tak nak guna pelita dah. diorang sumer guna lapu kelip-kelip tu. dunia dah berubah, zaman dah maju. huhuhu

selamat berbuka puasa dan salam aidilfitri.

ragam anak buah

upah

angah - mak, kalau angah penuh pose mak nak bagi apa?
abang - eleh ko ngah, macam pose penuh, pagi-pagi lagi dah tak boleh tahan.
adik - kalau mak penuh pose, abang dan angah nak bagi apa plak kat mak?

adik berdebat dengan anak-anak buahnye yang memanggil nenek mereka dengan panggilan mak kerana keakraban mereka.

adik - angah nak tahu tak. acik, umor 4 tahun dah penuh pose tau. siap hafal niat pose dan niat berbuka lagi. tak pernah dapat upah. baju raya pon orang atau sedara mara yang bagi. korang baru seminggu ramadhan dah minta upah pose.

angah - (sambil menoleh kepada emak) yeke mak?
abang - iyolah, takkan acik nak tipu bulan pose ni.
angah - hebatlah acik, macam ben 10.
abang - ben 10 mana ada pose.

*******

uzur

mak - adik, ko tak makan ko? janganlah ikutkan orang yang poso ni. orang tak makan, poso. ko tak makan, pengsan kang.

adik - sogan lah mak. anak-anak buah ado. cian kek dio, kang nampak plak kang, mesti nak makan jugak. tapi memang lapar dah ni.

mak - bawa kueh tu ha, bawa masuk bilik. makan yo. kang boleh tolong ghaso lauk omak ni, masin ko, tawar ko. mak tak buleh ghaso.

adik - jap yo..
..............................dengan hati-hati bagai seorang pencuri adik membawa sebekas kuih ke dalam bilik.......................................................


angah - hah! acik tak poso yo!

acik - acik tak boleh lah

abang - acik uzurlah angah

angah - tipu lah acik uzor, sihat jer tu. boleh jalan, boleh makan. orang uzur makan bubur yo.

abang - alaaa angah ni. ustaz abang cakap, orang pompuan cam acik buleh tak poso. kene cuti poso, sembahyang, dengan ngaji. sebab tu semalam atok yang ajar kito ngaji. ko ni bangang lah angah.

angah - abang cakap bangang, batal poso abang.

(adik kenyang dalam bilik makan kueh kacang goreng bersalut bawang. anak-anak buah diluar bertikam lidah tak dipedulikan.)

Friday, August 13, 2010

3 ramadhan

baru je masuk tiga ramadhan. itupon belum betul cukup 3 ramadhan lagi sebab belum masuk waktu berbuka puasa lagi tapi aku dah hampir terseksa diserang migrain bagai watak SUN WO KONG dalam rancangan pilgrimage to the west yang tersiar di saluran 8TV jam 8.30 hingga 9.30 malam.

aku ni kunun-kunun nye diserang demam woo kong lah ni. menggantikan tempat gadis di depan kaca tivi. selesai berbuka puasa aku terus menunggu sun woo kong depan tivi. paling lewat jam 9.45 baru aku memejamkan mata untuk beristerirehat.. ngeh ngeh ngeh..

dan hari ini badan aku tak berapa sihat. mulalah aku terkenang mak dan ayah di kampung.

kalau di kampung, makan, minum tersedia tanpa duga. lazat, mengiurkan, menyelerakan, lemak berkrim disukai ramai eheh... lepas makan terus masuk bilik, tengok tv, guling-guling, gelak-gelak. tak payah fikir nak iron baju, nak basuh pinggan, nak kemas meja. esoknya jam 5 mak bangunkan untuk bersahur. lepas bersahur tak tido dah, ulangkaji. kalau dekat-dkeat nak raya plak, lepas sahurlah mak mula buat kueh. biasa kalau kueh yang dibuat bermula selepas sahur kueh bahulu.

dulu rumah papan, bergoyang satu rumah bila mak 'pukul telor' untuk kueh bahulu. bila hari dah siang, aku merah-merah mata gara-gara asap sabut kelapa untuk memasak kueh bahulu masuk ke segenap ruang rumah. malam tu pastinya tiada nyamuk. jangan kata nyamuk yang mati, aku pun boleh nyawa-nyawa nyamuk bila kena asap macam ni.

*sekian adanya*

itu kisah dulu-dulu. zaman muda-muda. zaman duduk rumah felda yang tinggi. ada 11 anak tangganya. bumbung bocor sana sini. sekarang tak dah.zaman dah berubah, dunia dah maju.

Wednesday, August 11, 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

.....nama saya SYA'BAN, saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu REZEKI, kedua-dua anaknya, iaitu SAHUR dan IFTAAR... ditemani oelh tiga cucu-cucunya iaitu, RAHMAT, BARAKAH dan KEAMPUNAN. meraka akan pulang selepas 30 hari dengan menaikipenerbangan EIDUL AIRLINES.. hargai mereka dan anda akan mendapat PAHALA yang berlipat kali ganda. INSYAALLAH.

KHAMIS BAGITAHU JUMAAT,
SURUH CARI SABTU,
TAKUT TAK JUMPA AHAD,
SEBAB DAH JANJI DENGAN ISNIN
NAK BAGI TAHU SELASA,
YANG RABU NI DAH PUASA,

KIAN JAUH TIRAI SYAABAN,
KIAN DEKAT LAMBAIAN RAMADHAN,
LUHUR IMAN, IKHLAS AMALAN,
LUHUR IBADAT DIBERKATI TUHAN,

SELAMAT DATANG DI PENERBANGAN AIR DENGAN DESTINASI AIDLFITRI DENGAN NOMBOR PENERBANGAN 1431H. KITA AKAN MENEMPUH PENERBANGAN SELAMA 30 HARI. SILA TEGAKKAN KERUSI IMAN, SERTA SANDARAN TAQWA,PASANG TALIKELEDAR ZIKIR,, TAHAJUD DAN SEDEKAH JARIAH. PILOT ANDA AL-QURAN DAN COPILOT AL-HADIS.. BERSAMA PRAMUGARI RAHMAH, MAGHFIRAH, DAN JANNAH.

Wednesday, August 4, 2010

maaf kak..

maaf...
selepas menulis entry tentang BADI.. aku bagai tidak tenang hati. bagai ada insan terluka hati. maaf ku pohon, bukan dituju pada akak sahabat yang sedang mengandung kini. kisah ditulis hanya sebuah bingkisan hati dari tragedi silam. pergolakan yang melanda buat aku mengingati banyak kisah silam yang dibangkit dan terpacul di blogku.

akak... shidakayati minta maaf yer. andai tulisan ini mengguris hati akak. kirim salam pada baby yang baru nak masuk 3 bulan dalam kandungan tu. shidakayati tak berniat untuk akak. just coretan kisah silam.

*insan itu sering memanggil aku dengan panggilan shidakayati

Tuesday, August 3, 2010

ayah

suatu masa dulu aku pernah mencemuh, mengetawakan kata-kata ayah. bagiku ayah umpama mengejek fizikalku atau mungkin ayah cuba mencabar keupayaanku. tapi kini aku mula sedar. aku insan paling hampir dengan ayah. segala semua yang ditutur bagai alat kawalan jarak jauh yang mampu melakonkan semula kata-kata ayah dulu. menyesal tak belajar sampai khatam dengan ayah. jika tidak, mungkin kini aku lebih kental mengawal perasaan dan lebih yakin untuk melangkah.

kebenaran kata-kata ayah dulu menginsafi aku. setiap apa yang berlaku kini mengingatkan aku pada ayah. ayah umpama mengetahui setiap apa yang bakal berlaku. ayah seperti nampak segala macamperjalanan hidupku. adakah ayah tahu apa yang kualami kini. jika ya, harap ayah doakan aku lebih tabah dan banyakkan bersabar.

kejanggalan aku menyesuaikan diri dengan dunia baru, gara-gara berpunca daripada didikan ayah. bukan menyalahkan. tapi aku berbangga jadi anak ayah. penuh adab, sopan, didikan, pantang larang dan pengetahuan.

terima kasih ayah.

badi

badi... batul ke keadaan fizikal manusia juga boleh mengundang badi? kalau mak buyung bergaul rapat dengan si kurang sempurna, kemungkinan terkana badi. argghh, tak perlu berkias-kias. aku pusing bilamana cuba mengatur huruf membina ayat-ayat kiasan agar tiada yang terasa.

selama 24 tahun aku hidup baru aku berperasaan bahawasanya aku bisa mengundang badi. patut pun ramai menjauh. sumpah, aku manusia biasa jua. tidak minta dilahirkan seperti ini. andai diberi pilihan ingin aku meminta dilahirkan secantik bidadari, seharum kasturi, seputih salju, selembut kapas, selayaknya bergelar perempuan melayu terakhir. apakan daya diri ini hanya insan hina. menumpang kasih di bumi allah.

bagaimana harus aku meluah apa yang sebenar terbuku di hati? perlukah aku menghamburkan caci maki? haruskah aku memuat naik dan memaparkan wajahnya disini? oh tidak. mengaibkan sesama manusia berdosa kukira.

aku kembali melayan perasaan. sebentar aku berusaha mengabaikannya agar aku terus sempurna akal atau tidak dirasuk syaitan.

perasaan lepas kursus

baru dua hari masuk pejabat selepas seminggu lebih menghadiri kursus induksi umum. seronok juga bila berpeluang bercampur dengan pelbagai gred jawatan tetap. ternya mereka tidak sombong dan mengambil berat. makissa dilayan bagai tuan puteri.

sekembalinya ke pejabat, mood negatif kembali berubah. tiba-tiba suana suram berlaku. lain dari sebelum makissa ke kursus. bagai disisih dan tersisih, makissa menyisih. memendam seribu perasaan sepi, menguatkan benteng air mata. sedih, pedih.

sekian lama makissa tidak mencoret kisah duka. tapi hari ini, makissa lemah, gagal menagawal perasaan yang semakin syahdu.

oh tuhan! cepatlah waktu beredar. aku tidak mahu lama melalui hari-hari bekerja.