Thursday, August 19, 2010

ragam anak buah

upah

angah - mak, kalau angah penuh pose mak nak bagi apa?
abang - eleh ko ngah, macam pose penuh, pagi-pagi lagi dah tak boleh tahan.
adik - kalau mak penuh pose, abang dan angah nak bagi apa plak kat mak?

adik berdebat dengan anak-anak buahnye yang memanggil nenek mereka dengan panggilan mak kerana keakraban mereka.

adik - angah nak tahu tak. acik, umor 4 tahun dah penuh pose tau. siap hafal niat pose dan niat berbuka lagi. tak pernah dapat upah. baju raya pon orang atau sedara mara yang bagi. korang baru seminggu ramadhan dah minta upah pose.

angah - (sambil menoleh kepada emak) yeke mak?
abang - iyolah, takkan acik nak tipu bulan pose ni.
angah - hebatlah acik, macam ben 10.
abang - ben 10 mana ada pose.

*******

uzur

mak - adik, ko tak makan ko? janganlah ikutkan orang yang poso ni. orang tak makan, poso. ko tak makan, pengsan kang.

adik - sogan lah mak. anak-anak buah ado. cian kek dio, kang nampak plak kang, mesti nak makan jugak. tapi memang lapar dah ni.

mak - bawa kueh tu ha, bawa masuk bilik. makan yo. kang boleh tolong ghaso lauk omak ni, masin ko, tawar ko. mak tak buleh ghaso.

adik - jap yo..
..............................dengan hati-hati bagai seorang pencuri adik membawa sebekas kuih ke dalam bilik.......................................................


angah - hah! acik tak poso yo!

acik - acik tak boleh lah

abang - acik uzurlah angah

angah - tipu lah acik uzor, sihat jer tu. boleh jalan, boleh makan. orang uzur makan bubur yo.

abang - alaaa angah ni. ustaz abang cakap, orang pompuan cam acik buleh tak poso. kene cuti poso, sembahyang, dengan ngaji. sebab tu semalam atok yang ajar kito ngaji. ko ni bangang lah angah.

angah - abang cakap bangang, batal poso abang.

(adik kenyang dalam bilik makan kueh kacang goreng bersalut bawang. anak-anak buah diluar bertikam lidah tak dipedulikan.)

1 comment:

Gemini said...

haa...ben 1o.
haa...acik x pose...;)