Friday, August 13, 2010

3 ramadhan

baru je masuk tiga ramadhan. itupon belum betul cukup 3 ramadhan lagi sebab belum masuk waktu berbuka puasa lagi tapi aku dah hampir terseksa diserang migrain bagai watak SUN WO KONG dalam rancangan pilgrimage to the west yang tersiar di saluran 8TV jam 8.30 hingga 9.30 malam.

aku ni kunun-kunun nye diserang demam woo kong lah ni. menggantikan tempat gadis di depan kaca tivi. selesai berbuka puasa aku terus menunggu sun woo kong depan tivi. paling lewat jam 9.45 baru aku memejamkan mata untuk beristerirehat.. ngeh ngeh ngeh..

dan hari ini badan aku tak berapa sihat. mulalah aku terkenang mak dan ayah di kampung.

kalau di kampung, makan, minum tersedia tanpa duga. lazat, mengiurkan, menyelerakan, lemak berkrim disukai ramai eheh... lepas makan terus masuk bilik, tengok tv, guling-guling, gelak-gelak. tak payah fikir nak iron baju, nak basuh pinggan, nak kemas meja. esoknya jam 5 mak bangunkan untuk bersahur. lepas bersahur tak tido dah, ulangkaji. kalau dekat-dkeat nak raya plak, lepas sahurlah mak mula buat kueh. biasa kalau kueh yang dibuat bermula selepas sahur kueh bahulu.

dulu rumah papan, bergoyang satu rumah bila mak 'pukul telor' untuk kueh bahulu. bila hari dah siang, aku merah-merah mata gara-gara asap sabut kelapa untuk memasak kueh bahulu masuk ke segenap ruang rumah. malam tu pastinya tiada nyamuk. jangan kata nyamuk yang mati, aku pun boleh nyawa-nyawa nyamuk bila kena asap macam ni.

*sekian adanya*

itu kisah dulu-dulu. zaman muda-muda. zaman duduk rumah felda yang tinggi. ada 11 anak tangganya. bumbung bocor sana sini. sekarang tak dah.zaman dah berubah, dunia dah maju.

1 comment:

pelangi said...

hohohoho
aku pun layan cter wo kung gak
yes.. memang best puasa kat kampung...