Showing posts with label Mind Made. Show all posts
Showing posts with label Mind Made. Show all posts

Monday, July 9, 2012

penderitaan berbalas

seorang wanita tua separuh abad terhincut-hincut melangkah meneruskan perjalanan dan melakukan aktivti hariannya. walaupun sakit lutu yang dihidapinya semakin serius namun dia tetap gagahkan diri melangkah dan terus melangkah. dia memiliki lima orang zuriat yang dilahirkan selang beberapa tahun yang sangat berbeza. semasa mudanya, si tua itu tidak pernah memikirkan masa tuanya. digunakan segala tenaga dan memerah keringat yang ada membanting tulang membesarkan anak-anak dan menguruskan keperluan suami tercinta. tidak langsung difikirkan kesihatan diri, penat lelah, lapar dan dahaga.

Friday, December 23, 2011

Kisah Dongeng(final episod)

Bunyi tabuh kedengaran bergema ke serata negeri. Semua rakyat jelata meninggalkan aktiviti yang sedang dilakukan dan bergegas ke perkarangan istanan raja. Tidak mengira jantina, umur dan saiz badan, semua rakyat berasak-asak untuk memerhatikan raja dan isterinya dari dekat. Mereka juga tertanya-tanya tujuan perhimpunan itu diadakan secara mengejut. Laksamana mewakili raja mengkhabarkan bahawa istana akan mengadakan majilis makan dan tari menari buat rakyat jelata. Semua diminta hadir dan tiada pengecualian walau dari segi umur. Tuan puteri berhasrat untuk bermesra bersama rakyat dan mendekati keperitan rakyat jelata yang disayanginya. Selepas pengkhabaran tersebut, semua rakyat bersorak gembira. Mereka melaungkan ucapan terima kasih kepada raja dan isteri.

Kisah Dongeng (episod 1)

Dalam sebuah kerajaan terdapat seorang ahli sihir yang sangat digeruni kerana kekejamannya dalam menggunakan ilmu hitam. Sejak beberapa kurun, ahli sihir tersebut bermaharajalela dengan kuasanya sehinggalah raja negeri itu berkahwin dengan seorang puteri yang cantik lagi bijaksana. Selain perwatakan sang puteri yang sangat peramah dan prihatin, beliau sangat disayangi dan disanjungi oleh rakyat jelata. Raja pun bertambah sayang akan puteri isteri tercinta. Arakian, hidup si ahli sihir semakin gundah gulana kerana kedudukannya semakin goyah. Beliau bercadang untuk memusnahkan hidup sang puteri dengan kejam.


Thursday, November 4, 2010

.......sambungan MAWAR SEROJA............

tangan lembut gadis misteri itu menggegam jemari kasar si pemuda. memaksa si pemuda membongkok dan merapatkan diri ke arah si gadis misteri. nah. hampir tidak percaya bilamana hanya separuh tubuh itu menyamai tubuh normal manusia. manakala bahagian tubuh yang ditenggelami air mirip ekor ikan. inikah yang dikata orang sebagai duyung? namun wajah milik gadis misteri yang mirip gadis cinta hatinya, membiarkan persoalan itu terus menjadi tanda tanya.

sejak dari itu. si pemuda lebih kerap muncul di tepi pantai bertemu mawar seroja nama milik si gadis misteri. cantik nama itu. secantik milik lesung pipit di kedu-dua belah pipinya. acap kali mereka bertemu melahirkan rasa gundah bila berjauhan, resah tatkala berpisah, gelabah bila terbayang wajah. cinta hadir tanpa diduga. namun tiada upaya mahu menolaknya apatah lagi untuk membenarkan ia pergi. hingga tiba satu saat si pemuda mula bertanyakan usul mawar seroja, teman barunya. untuk selanjutnya, pemuda dipelawa bertemu tika malam purnama penuh. pemuda tidak menolak. keinginan untuk memiliki dan seterusnya sehidup semati bersama mawar seroja amat teguh di hati pemuda. tidak mahu pisang berbuah dua kali.

malam pertemuan itu tiba. mawar seroja mengajak pemuda ke sebuah pulau. pulau  yang tidak pernah pemuda sedar akan kewujudannya. mereka berenang bersama, dingin malam menggigit tubuh pemuda hingga ke pangkal tulang hitamnya. beberapa kali pemuda tenggelam ke dasar akibat kejang kesejukan. namun itu tidak mematahkan semangatnya hingga mereka sampai ke destinasi di tuju. sebuah destinasi yang sunggguh asing bagi pemuda. namun tidak dihiraukan. cahaya bergemerlapan berbeda dari suasana tepi laut sebelum mereka ke sini tadi. pemuda mula kekok. khuatir dengan dunia baru yang dijelajahinya. mawar seroja hanya senyum sambil menghidangkan minuman dalam cangkir diperbuat daripada cengkerang, serta sedikit makanan daripada rumpai-rumpai dan hidupan dasar laut.kejanggalan pemuda makin menebal. namun cuba dibuang jauh-jauh demi rasa cintanya pada mawar seroja.

seketika mawar seroja termengah-mengah. bagai dalam nyawa-nyawa ikan seroja berguling-guling dan tenggelam ke lautan. pemuda resah. khuatir keselamatan mawar seroja. beberapa detik, mawar seroja muncul. senyum dan ketawa berdekah-dekah. pemuda makin pelik. mawar seroja mengkhabarkan batasan nyawanya yang tidak boleh hidup di daratan seperti manusia sedangkan mawar seroja hanyalah seekor duyung. namun, pemuda keberatan untuk turut bersama duduk di gigi air kerana kesejukan.

lantas dengan itu, mawar seroja tersenyum. berkongsi sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh pemuda. pemuda tidak dipersalahkan. namun mawar seroja menitipkan satu perasaan yang harus wujud buat pemuda. tiada sesalan yang perlu meracuni hati pemuda. malah pemuda bersyukur. kehadiran mawar seroja umpama menyedarkannya dari mimpi yang tak pasti.

kepulangan pemuda ke tempat asal merubah segalanya. pemuda lebih banyak menghabiskan masa bekerja dan beribadat. di sejadah, pemuda berteleku menginsafi kealpaannya. mohon ditunjukkan jalan yang benar. minta dilindungi dunia dan akhirat. tidak dilupa, al-fatihah buat gadisnya, agar ditempatkan di singgahsana orang-orang yang beriman, insyaallah. bagai terdengar bait-bait bicara mawar seroja, gadis ikan yang hadir tanpa diduga.........

kau manusia sempurna, sempurna maksudku, miliki akal dan fikiran waras
kau dicipta berpasang-pasangan, maksudku pasanganmu dicipta dari tulang rusuk kirimu,
kenapa rusukmu?, agar kau melindunginya, bukan untuk disanjungi bahkan tidak dipijak-pijak,
kau milik DIA, demikian rezeki, jodoh dan mautmu ketentuanNYA, kau harus ada DUIT
tidak bermakna kau hanya perlu berDoa, kau juga harus berUsaha, berIkhtiar seterusnya Tawakal
itu maksud ku DUIT
katahuikah olehmu wahai pemuda, wanita bukan sekadar penawar, malah meraka golongan racun berbisa
usah alpa dan leka, usah biarkan perasaan merajai hatimu
adakah sedihmu, murungmu, kekecawaan dan keresahanmu itu penyelesaian segala?
bisakah air matamu membawa rezeki hingga ke pangkal lutut?
atau mungkin kekecewaanmu itu lebih bermakna daripada sekalung doa buat dia bersemadi dengan aman?
mungkinkah keresahanmu itu buat dia akan bangkit dan mengejarmu, mendakap erat tubuhmu hingga akhir dunia?
dan kemudian, kamu berdua pasti terpisah jua, kembali kepada DIA
dan tika itu, mampukah kau bersuara?
kau tidak akan miliki apa yang kau mahu,
sebaliknya kau akan terima apa yang kau perlu
kau butuhkanku, aku bukan sepertimu, daratan bukan tempatku,
kau hanya ikut nafsu, terpesona pada kecantikan, tergoda pujuk rayu syaitan laknat
malah kau sendiri tidak betah berada disisiku
fikirkanlah, sampai kapan harus kau begini, berkabung untuk orang yang telah pergi,
kau yang hidup tidak perlu menangisi,
biarkan doamu mengiringi dia pergi.

Wednesday, November 3, 2010

mawar seroja

dpasir putih tepi pantai. desiran ombak berhempas pulas seperti sedang beradu tenaga sesama sendiri. angin bertiup kencang melanggar rakus batang tubuh pohon nyiur yang megah berdiri berpangkalkan akar tunjang. dedaun nyiur melambai-lambai bagai menggamit beburung dan mergastua menari bersama diiringi irama desir ombak.

pemuda itu mamatungkan diri. membiarkan punggung menghempas batang nyiur yang telah lama mati. mata redupnya jauh menikam pemandangan laut bagai nampak penghujungnya. seperti selalu, pemuda itu tidak pernah mungkir janji untuk datang menjenguk laut. bagai ada temujanji yang di buat. menikmati kicauan beburung dan mergastua yang meraikan kehadirannya.

langit masih kelabu kesan peniggalan hujan yang berlalu. namun, suasana tampak berseri dihiasi pelangi. si pemuda makin sayu. wajah gadisnya bermain di kotak fikiran. rindu menerjah. hampir satu abad mengenali gadis itu. tika itu masih berhingus kata orang. bermain pondok-pondok dan sorok-sorok bersama. masih mentah untuk mengenal erti cinta. di sinilah mereka mengukir nama. melakar wajah dua manusia berlainan jantina di pasir. menulis nama dan berjanji sehidup semati. tika itu masih muda. namun ia bagai titik permulaan bibit-bibit cinta mengalir. si pemuda bingkas bangkit. mendepa tangan membiarkan angin menyapa tubuh bidangnya. cuba menghalang ingatannya untuk meneruskan kisah.

di pantai ini permulaan kisah pemuda dengan gadisnya. tidak terduga, di pantai ini juga segalanya berakhir. si gadis tenggelam timbul di pukul ombak. kudrat si pemuda hanya mampu menjerit dan melaungkan nama gadisnya. sejak itu, si pemuda sendirian. kesunyian, kekosongan bertemankan kesepian. kelam dunianya. hampa hatinya. hilang warna-warni hidupnya. kelam, sekelam langit kelabu tika ini. kerana kisah pilu itu, si pemuda hadir ke sini. bermohon agar si gadis muncul. menggegam erat jemarinya dan bersama-sama berlari-lari anak mengejar dedaun berguguran. berpimpin tangan mencari kepah dan kulit siput. ah.. pamuda berkhayal sendirian. bagai pungguk dan bulan. dongeng yang direka pengubat lara hati. mata dikatup rapat-rapat. menyaksikan gadisnya dengan wajah berseri. rambut panjang ikal mayang dibiar lepas ditiup angin. sungguh cantik ciptaan tuhan buatmu gadisku.

angan-angannya si pemuda ternokhtah di situ. terasa pipinya basah dek percikan air masin laut. tatkala mata dinganga seluasna, si gadis nyata dihadapan. memandang hairan seperti tidak pernah ketemu. senyum dan milik lesung pipit penyeri wajah. gadis misteri masih tersenyum. menyimbah air ke wajah kedu si pemuda dengan tangan. gadis misteri itu masih tersimpuh duduk. separuh badannya dibiarkan tenggelam. dan demikian, si pemuda dikerah membongkok agar lebih hampir.

si pemuda hampir pitam. tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. inikah yang dikatakan kelahiran ke dua. tidak! itu bukan kepercayaannya sebagai muslimin sejati.

bersambung......

Tuesday, October 19, 2010

sari pagi

sang mentari enggan tersenyum. bersembunyi dibalik awan. perlahan-lahan tunduk hilang dilindungi gunung-gunung. malam menjelma. langit cerah dihiasi bintang-bintang yang bertaburan. bulan separa menyinar, menumpahkan cahaya ke bumi kelam. kuntum-kuntum seri pagi memekar. bagai diberi tenaga baru. bagai gadis sunti bergurau tawa dengan senyum manis terukir. seri pagi makin berseri.menari-nari mengiringi bayu malam. sang embun mendinginkan kehangatan kuntum-kuntum seri pagi.

seri pagi senyum lagi. menari dan terus menari. sang pungguk tidak pernah penat sejak hikayatnya. merayu dan merayu sang bulan turun ke sisinya. malam terus melewati masa. dengkuran, rengekan bagai satu irama pada tika itu. indahnya malam, satu kebahagian buat seri pagi. embun terus menitis. selimut lantas ditarik.

damainya. namun anak-anak muda masih ada di luar sana. tiada petanda mahu berundur pulang. malah lebih lincah dan terus berseronok menikmati usia remaja. remaja hanya sekali. usia bagai ais krim, nikmati sebelum ia cair. benarkah itu?

kokokkan ayam menghentikan lenggok lentuk seri pagi. azan berkumandang merdu. berselang seli kicauan serindit, dan bebelan murai di tanah lembab. dinihari sudah. perlahan-lahan embun berhenti menitis. bumi kembali dihangatkan mentari. seri pagi menyepi. setia menanti malam hadir kembali, malam pasti tidak mungkir janji. memberi ruang embun menjamah kuntuman seri pagi.

Monday, April 26, 2010

lorong yang lohong

langkah kosong
tiada tuju
tersungkur,
jatuh ke bumi

walau lemah,
cuba berpaut,
tanpa sedar,
dahan itu rapuh,

langit kelam,
hilang sinar,
dalam sedu,
tubuh kuyup
dek air mata

Wednesday, March 31, 2010

warkah dari manja

pagi sabtu yang berlainan pada pandangan halus Shahiman. tangisan silih berganti sepasang anak kembarnya buat air mata Shahiman turut mengalir perlahan. hari ini, genap 40 hari usia anak kembarnya itu. bermakna telah 40 hari rindu Shahiman pada Manja tidak berbalas. masih jelas diingatan shahiman, wajah bujur sirih milik manja yang tenang menandatangani borang persetujuan berpoligami.

" dah lima tahun kau orang berdua kahwin tapi masih tak ada anak, man? orang rumah kau tu man, sudahlah selalu jer kaluar masuk hospital, duit habis beli ubat saja, mandul pulak tue! sebagai abang, aku nasihatkan lebih baik kau menikah satu lagi. ada anak-anak mcam kami semua ni." shahiman membatukan diri.dia tidak mahu menambahkan kekeruhan malam itu. disebalik tirai itu dia pasti manja sedang mendengar dan mengetahui apa yang sedang berlaku.

pulang dari kampung tiada apa yang berubah pada manja.hanya wajah bersihnya semakin pucat dan tidak bermaya. dan seperti biasa-biasa, kepulangan shahiman dari kerja disambut dengan senyum manis manja isteri tercinta. hidangan makan malam pada malam itu sungguh menyelerakan untuk shahiman. dia akui manja sangat pandai memasak. sejak berkahwin shahiman memang tidak betah makan di luar seperti rakan-rakannya yang lain. selesai makan, manja menarik lembut tangan shahiman duduk di sofa ruang tamu istana mereka. sambil mengurut-urut lembut jemari kasar shahiman, manja berkata lembut.

"bang, manja dah fikir masa-masak. apa kata abang kahwin satu lagi. manja fikir, isteri baru abang nanti boleh tolong manjamasak dan menguruskan abgang dengan lebih sempurna.abang tak perlu risaukan manja sendirian di rumah lagi. boelh juga manja menimang anak abang nanti. wajah manja masih tenang. namun nada suaranya yang bergetar jelas memberitahu dia sedang terluka dengan kata-katanya sendiri"

shahiman selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan abangnya sendiri. walaupun hatinya hancur, namun manja tetap mengukir senyum buat suami tercinta. manja masih seperti dulu. masak dan menguruskan keperluan shahiman bilaman shahiman pulang sesekali menjenguknya. shahiman semakin jarang pulang semenjak dia bergelar ayah hasil perkahwinan keduanya.

di pejabat, shahiman mendapat panggilan telefon mengatakan manja ditahan wad. "tahniah encik shahiman, isteri encik kini mengandung dua bulan. saya harap encik shahiman boleh memberikan sepenuh perhatian pada beliau." selepas lima bulan berikutnya, manja merasa sesuatu tidak kena pada badannya. dia pasti tarikh kandungan baru berusia 7 bulan, namun itu tidak bermakna manja tidak boleh melahirkan.

di hospital.
"maaf encik shahiman. kami telah berusaha, tapi allah lebih sayang ibu bayi-bayi encik shahiman.saya harap encik shahiman bersabar dan kuatkan semangat ya?." kata-kata doktormenghancur luluhkan hati shahiman.dia terduduk, umpama petir yang memanah jantungnya, shahiman mahu turut ikut manja bersama.air mata lelakinya tidak mampu ditahan lagi. namun dikuat semangat, dikumpul segala kekuatan yang ada mengazan dan mengiqamatkan putera puterinya itu.

selesai majlis pegkebumian, sahabat karib manja datang mendekati sambil menghulur sepucuk sampul biru."man, ni ada surat manja amanahkan pada aku masa dia sakit di
hospital kelmarin. aku pun ada sesuatu nak cerita pada kau. sebenarnya manja minta aku dan doktor rahsiakan pada kau yang dia tidak boleh mengandung. doktor bagi tahu yang manja akan kehilangan nyawanya jika dia teurs dengan niatnya. tapi manja tetap berdegil. manja cakap, ini saja yang boleh dilakukan untuk menyambung kasihnya pada kau." shahiman diam sambil mengekori langkah gadis itu dengan ekor mata.

disisi pasangan kembarnya, shahiman membuka smpul biru itu. memang biru warna kegemaran allahyarham manja semasa hayatnya.

assalammualaikum suamiku tercinta.
terlebih dahulu manja ingin memohon ampun dan restu dari abang. tatkala abang membaca warkah ini, manja pasti sedang bersemadi setelah menyahut panggilan DIA maha pencipta kita. abang, tulus ikhlas cinta dan hati manja hanya untuk abang seorang. tapi apakan daya, ajal menjemput manja menghalang manja terus menyediakan keperluan abang dan memasakkan masakan kegemaran abang dengan sempurna.sebab itu, manja nekad mengabadikan cinta kita dengan melahirkan sepasang kembar buat abang. kalau boleh manja nak abang berikan nama shakiratullah dan shakirullah untuk mereka. didiklah mereka dengan pengetahuan agama yang sempurna. manja mohon juga abang titipkan rasa kasih dan hormat mereka pada ibu tirinya bila dewasa nanti. manja mohon maaf, abang. bukan niat manja untuk meninggalkan abang sendirian. tapi manja tahu putera puteri kita ada menemankan abang.
salam kasih sayang penuh kerinduan buat abang tercinta.

shahiman mengesat air mata, memandang sayu putera dan puterinya yang masih tidak mengerti apa-apa.