tangan lembut gadis misteri itu menggegam jemari kasar si pemuda. memaksa si pemuda membongkok dan merapatkan diri ke arah si gadis misteri. nah. hampir tidak percaya bilamana hanya separuh tubuh itu menyamai tubuh normal manusia. manakala bahagian tubuh yang ditenggelami air mirip ekor ikan. inikah yang dikata orang sebagai duyung? namun wajah milik gadis misteri yang mirip gadis cinta hatinya, membiarkan persoalan itu terus menjadi tanda tanya.
sejak dari itu. si pemuda lebih kerap muncul di tepi pantai bertemu mawar seroja nama milik si gadis misteri. cantik nama itu. secantik milik lesung pipit di kedu-dua belah pipinya. acap kali mereka bertemu melahirkan rasa gundah bila berjauhan, resah tatkala berpisah, gelabah bila terbayang wajah. cinta hadir tanpa diduga. namun tiada upaya mahu menolaknya apatah lagi untuk membenarkan ia pergi. hingga tiba satu saat si pemuda mula bertanyakan usul mawar seroja, teman barunya. untuk selanjutnya, pemuda dipelawa bertemu tika malam purnama penuh. pemuda tidak menolak. keinginan untuk memiliki dan seterusnya sehidup semati bersama mawar seroja amat teguh di hati pemuda. tidak mahu pisang berbuah dua kali.
malam pertemuan itu tiba. mawar seroja mengajak pemuda ke sebuah pulau. pulau yang tidak pernah pemuda sedar akan kewujudannya. mereka berenang bersama, dingin malam menggigit tubuh pemuda hingga ke pangkal tulang hitamnya. beberapa kali pemuda tenggelam ke dasar akibat kejang kesejukan. namun itu tidak mematahkan semangatnya hingga mereka sampai ke destinasi di tuju. sebuah destinasi yang sunggguh asing bagi pemuda. namun tidak dihiraukan. cahaya bergemerlapan berbeda dari suasana tepi laut sebelum mereka ke sini tadi. pemuda mula kekok. khuatir dengan dunia baru yang dijelajahinya. mawar seroja hanya senyum sambil menghidangkan minuman dalam cangkir diperbuat daripada cengkerang, serta sedikit makanan daripada rumpai-rumpai dan hidupan dasar laut.kejanggalan pemuda makin menebal. namun cuba dibuang jauh-jauh demi rasa cintanya pada mawar seroja.
seketika mawar seroja termengah-mengah. bagai dalam nyawa-nyawa ikan seroja berguling-guling dan tenggelam ke lautan. pemuda resah. khuatir keselamatan mawar seroja. beberapa detik, mawar seroja muncul. senyum dan ketawa berdekah-dekah. pemuda makin pelik. mawar seroja mengkhabarkan batasan nyawanya yang tidak boleh hidup di daratan seperti manusia sedangkan mawar seroja hanyalah seekor duyung. namun, pemuda keberatan untuk turut bersama duduk di gigi air kerana kesejukan.
lantas dengan itu, mawar seroja tersenyum. berkongsi sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh pemuda. pemuda tidak dipersalahkan. namun mawar seroja menitipkan satu perasaan yang harus wujud buat pemuda. tiada sesalan yang perlu meracuni hati pemuda. malah pemuda bersyukur. kehadiran mawar seroja umpama menyedarkannya dari mimpi yang tak pasti.
kepulangan pemuda ke tempat asal merubah segalanya. pemuda lebih banyak menghabiskan masa bekerja dan beribadat. di sejadah, pemuda berteleku menginsafi kealpaannya. mohon ditunjukkan jalan yang benar. minta dilindungi dunia dan akhirat. tidak dilupa, al-fatihah buat gadisnya, agar ditempatkan di singgahsana orang-orang yang beriman, insyaallah. bagai terdengar bait-bait bicara mawar seroja, gadis ikan yang hadir tanpa diduga.........
kau manusia sempurna, sempurna maksudku, miliki akal dan fikiran waras
kau dicipta berpasang-pasangan, maksudku pasanganmu dicipta dari tulang rusuk kirimu,
kenapa rusukmu?, agar kau melindunginya, bukan untuk disanjungi bahkan tidak dipijak-pijak,
kau milik DIA, demikian rezeki, jodoh dan mautmu ketentuanNYA, kau harus ada DUIT
tidak bermakna kau hanya perlu berDoa, kau juga harus berUsaha, berIkhtiar seterusnya Tawakal
itu maksud ku DUIT
katahuikah olehmu wahai pemuda, wanita bukan sekadar penawar, malah meraka golongan racun berbisa
usah alpa dan leka, usah biarkan perasaan merajai hatimu
adakah sedihmu, murungmu, kekecawaan dan keresahanmu itu penyelesaian segala?
bisakah air matamu membawa rezeki hingga ke pangkal lutut?
atau mungkin kekecewaanmu itu lebih bermakna daripada sekalung doa buat dia bersemadi dengan aman?
mungkinkah keresahanmu itu buat dia akan bangkit dan mengejarmu, mendakap erat tubuhmu hingga akhir dunia?
dan kemudian, kamu berdua pasti terpisah jua, kembali kepada DIA
dan tika itu, mampukah kau bersuara?
kau tidak akan miliki apa yang kau mahu,
sebaliknya kau akan terima apa yang kau perlu
kau butuhkanku, aku bukan sepertimu, daratan bukan tempatku,
kau hanya ikut nafsu, terpesona pada kecantikan, tergoda pujuk rayu syaitan laknat
malah kau sendiri tidak betah berada disisiku
fikirkanlah, sampai kapan harus kau begini, berkabung untuk orang yang telah pergi,
kau yang hidup tidak perlu menangisi,
biarkan doamu mengiringi dia pergi.
No comments:
Post a Comment