Friday, November 19, 2010

CUTI & KAMPUNG

huhuhuhu...salam aidiladha untuk semua umat islam di seluruh dunia (macam lah ramai sangat yang baca blog aku ni yer?)

seronok tak terkira bila balik kampung. aku dilayan bagai tuan puteri. makan minum terhidang. sampaikan ayah beli sos tomato tak nak beli sos cili, nanti pedas, sakit perut plak anak dara dia sorang ni. alahai terharu aku tau.. emak plak, ayah tak bagi pergi kebun, nanti sapa nak teman aku kat rumah. sampai cenggitu sekali. rupa-rupanya best jugak duduk merantau ni kan? sesekali balik kampung, orang tua sambut, hidang masakan kampung. mak tanya itu, ayah tanya ini. wahhh.... tapi, tak boleh selalu sangat balik kampung. sesekali boleh lah. kalau kerap sangat busan plak orang tua tu nanti. dikatanya aku menghabiskan beras dia jer nanti. hahahaha.

yang pasti aku makin berat hati nak balik ke wilayah. emak, ayah! boleh tak tolong sain surat cuti adik? bagi cuti adik lelama sikit....ermmm kalaiu lah mak ayah yang bos dan aku ni anak bos.. indah nya dunia, bertuah nya hidup....... kepala hotak kau(kata korang dalam ati) hikhikhik

aku berangan jer. tak payah lah nak marah2 aku. aku tahu aku sapa. SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

1 comment:

Gemini said...

cuti2 malaysia yea......