Monday, November 29, 2010

diari pendek

19/11/2010
ari jumaat dah ari ni. sepatutnya aku kena gerak dah ke melaka. tapi kenapalah malas sangat. alasan yang kukuh dan munasabah, dah lewat sangat, nanti tak jumpa jalan susah. hehehehe... so? sambung tidur.

20/11/2010
nak gerak ke tak nak, nak gerak, tak nak, nak, taknak, nak taknak.... jom ke pergi giant, beli kek emak. huhuhu. emak makin pening, si anak tak nak balik-balik lagi. sepatutnya beras dia dah boleh jimat, apakan daya, dua mulut yang kuat makan ni tak nak balik lagi (mulut aku, dan mulut dia(si ehem-ehem))

21/11/2010
hurmmm... huh.. mengeluh panjang rasanya hari ni. tapi apakan daya. terpaksa pulang. janji nak balik awal. gelap-gelap subuh shafie lagi nak berambus. ayah pujuk emak, jangan pergi kebun, masakkan untuk anak, lepaskan diorang balik. bukan selalu. alahai, terharu plak rasanya. tapi ayah, pagi-pagi subuh dah pergi kebun. standart lah ayah tu, bukan pernah ada time aku nak balik wilayah. mungkin berat hati.

sampai melaka. macam-macam yang jadi. air mata bercucuran. bertangki-tangki air mata aku keluar. dah lah sengsorang jer.. perut lapar. nak balik......

22/11/2010
pagi-pagi dah bangun. pagi ni ada game. single kategori TPB5 6 dan 7. dan aku yang tpb 5 xde persaingan. so kena lawan dengan tpb7. mana boleh. kaki lawan dengan tangan. kompom aku kalah. awal-awal lagi dah rasa kekalahan. tambah plak kiri kanan semua kontinjen sarawak. kat belakang coach dan pengurus sarawak sorak-sorak dan psiko aku yang memang dah gigil atas bawah ni. so, longkang, longkang dan longkang memanjang.

23/11/2010
ahari ni tak main. tapi pagi-pagi lagi dah terpacak kat bawah nak ikut g MELAKA INTERNATIONAL BOLING CENTRE. nape? sebab aku tak nak duduk kat hostel. kang kompom lapar. kat sini bukan mcam kat UPM. mesra, ramah dan berperikemanusiaan. eheh... dah lah macam duduk kat hutan. dewan makan sikit punya jauh. duduk tingkat tiga tak ada lif. naik ke bilik, aku pasti aku kembali lapar seperti sebelumnya. silap-silap aku tidur kat tangga jer sebab tak larat dah..

24/11/2010
ari ni trio. menggila pujuk budak-budak team untuk main betul-betul. nasib baik ada sorang yang serius walaupun ade seorang lagi yang mengayat jer keje nya. dan disebabkan bulan sedang jatuh ke riba, angin aku memuncak dan gunung berapi memuntahkan laharnya. pin-pin boling kecik besar-kecik besar je aku tengok. dan, balingan pertama STRAIGH. horaayyyy.. gempaq jer rasa.

tengok kanan, kontinjen johor kalut jer. tahulah wakil semua lelaki. tak adil. sebelah kanan plak sarawak. ha? sarawak lagi. jenguk-jenguk ke belakang. fuhhh lega, coach sarawak tak ada. hari ni kontinjen sarawak mambatu. penat dah kot. tiga hari berturut-turut mempoyo kan diri.

dan akhirnya! aku berjaya naik pentas, disarungkan madle, dapat sejambak bunga. klik! klik... waa cam artis.. ramai sangat yang ambil gambar. bukan gambar akulah. gambar pemenang gold. aku dapat bronze jer. kecewa. dua tahun pegang juara, hari ni aku tewas gara-gara tak ada wakil perempuan. wooiiii perempuan, jomlah main boling. ( untuk kategori aku lah.)

petang ni balik wilayah. berehat untuk beberapa hari. selamat tinggal melaka.

2 comments:

honey said...

dgr khabr 'geng lama' nk joint bowling taun depn....

tahniah diucapkan...........dpt gak bronze

makissa said...

sape nak main boling?