Showing posts with label Angan-angan. Show all posts
Showing posts with label Angan-angan. Show all posts

Friday, March 9, 2012

hadiah besday

hadiah.... iyer... aku belajar meminta hadiah

Thursday, July 28, 2011

INDAHNYA HIDUP NI KAN?.....

aku teringin sangat nak pakai produk skII, pergi shopping kat poh kong sambil bawa bag channel, pakai kasut guess, naik caldina. balik rumah banglo 2 tingkat siap ada guard. sampai jer pembantu aku dah bukakan kereta, barang-barang suma dah di bawa oleh pembantu rumah aku masuk ke dalam. duduk kat sofa empuk kulit binatang edisi khas yang diimport  dari new zealand (ada ke?..gelia lah aku nak duduk) best kan hidup macam tu.. bila rasa boring, keluar shopping beli toyota ke, mitsubishi ke, subaru. bosan arh.. rasa macam nak brakfast kat australia. tengahari nati balik kampung jap jumpa mak ayah.

petang ni rasa letih sangat, so nak tidur awal. eh! tidur siang rasa tak puas lah. apalagi? terbang lah ke london. kan malam. sampai sana dah malam. boleh tidur. esok pagi balik sini balik. amacam? nak ikut tak?... no hal lah.. aku boleh bayarkan. stakat korang satu family tak luak pon duit aku kat dalam bank tu. jom-jom...

baju tak payah bawa banyak-banyak. aku bese travel selai sepinggang je. nanti beli jer yang baru kat sana. leceh lah bawa barang banyak-bayak. kau tahu-tahu jer kan aku ni tak suke tepati masa. takut delay eh... tak pe nanti aku sewa lah mana-mana flight. senang sikit nak arrange time nanti. cam ne? nak ikut tak ni? aku serius ni. jangan risaulah pasal duit. aku sponsor...

GILER PUNYA TAK SEDAR DIRI KALAU MACAM NI? HHAHAHAHAHA

Friday, November 19, 2010

CUTI & KAMPUNG

huhuhuhu...salam aidiladha untuk semua umat islam di seluruh dunia (macam lah ramai sangat yang baca blog aku ni yer?)

seronok tak terkira bila balik kampung. aku dilayan bagai tuan puteri. makan minum terhidang. sampaikan ayah beli sos tomato tak nak beli sos cili, nanti pedas, sakit perut plak anak dara dia sorang ni. alahai terharu aku tau.. emak plak, ayah tak bagi pergi kebun, nanti sapa nak teman aku kat rumah. sampai cenggitu sekali. rupa-rupanya best jugak duduk merantau ni kan? sesekali balik kampung, orang tua sambut, hidang masakan kampung. mak tanya itu, ayah tanya ini. wahhh.... tapi, tak boleh selalu sangat balik kampung. sesekali boleh lah. kalau kerap sangat busan plak orang tua tu nanti. dikatanya aku menghabiskan beras dia jer nanti. hahahaha.

yang pasti aku makin berat hati nak balik ke wilayah. emak, ayah! boleh tak tolong sain surat cuti adik? bagi cuti adik lelama sikit....ermmm kalaiu lah mak ayah yang bos dan aku ni anak bos.. indah nya dunia, bertuah nya hidup....... kepala hotak kau(kata korang dalam ati) hikhikhik

aku berangan jer. tak payah lah nak marah2 aku. aku tahu aku sapa. SAYA YANG MENURUT PERINTAH.

Thursday, October 21, 2010

sebab-sebab aku tak kahwin lagi

sebab apa aku tak kahwin lagi? setelah diundi secara peribadi, ditapis dan dipilih dengan telus, aku mendapat beberapa keputusan. disebabkan aku suka nombor 9, makanya keputusan yang dipilih hanya ada 9 jawapan.

1- sebab aku pemalas. so, memang aku serender bab kahwin. nanti aku tak boleh nak malas-malas.

2- tak suka bangun pagi. nak buat breakfast suami lah.

3- bila hari raya, kena balik rumah mentua. aku nak raya dengan mak ayah aku.

4- risau tak boleh nak jadi isteri yang soleh dan patuh. berdosa nanti tau

5- takut tercurang

6- aku takut dapat mak mentua macam mak aku (mak aku garang dengan menantu-menantu perempuan dia. balik raya pun dia boleh buka khutbah. oh!no...

7- aku takut dapat suami macam ayah aku. terlalu sayangkan aku sampai semua benda dia kontrol

8- aku tak tunang lagi

dan..... yang menjuarai carta 'sebab kenapa aku tak kahwin lagi ialah.....
jeng...jeng...jeng...ajeng....

9- mak aku suruh study ;p

Tuesday, October 19, 2010

aku ker?

bila difikir-fikir balik baru aku sedar, betapa nikmatnya hidup jika....

menikmatinya atas usaha dan kerja keras dari orang lain. tak payah fikir nak keluarkan tenaga, masa dan wang ringgit. just goyang kaki, tunggu orang bagi hasil. bila orang tu taknak tolong, anggap jer dia sebagai musuh. fikirkan yang dia tu penting kan diri sendiri, tak mahu tolong kawan paling tidak pun ungkit balik apa yang aku dah buat untuk dia. senang jer. mesti dia rasa bersalah. lepas tu dia akan tolong dan tunaikan apa yang aku minta. tak kisahlah dia terpaksa pon. janji masalah aku selesai.

dia sempurna, dia ada seseorang di sisi, dia punya segala kemudahan mana mungkin dia boleh mengelak untuk tolong aku. batul tak? kalau dia cuba mengelak, aku pasti dia sengaja mencipta alasan. bukan aku tak tahu perjalanan hidup dia. aktiviti harian dia pun aku tahu. tak payah ade hati nak 'kencing' kan aku.

aku peduli hapa? duit minyak ke? kesihatan dia ke? hal peribadi dia ke? hal keluarga dia ke? dia makan ke tidak? duit poket dia ke? hubungan dia goyah sebab aku ke? aku langsung tak ambil tahu. yang pasti aku akan terus mendedami dia jika dia menolak setiap permintaan aku.

tapi aku memang benci orang aniaya dia. cuba pijak-pijak dia. aku tahu dia tersiksa. kesian dia. dalam tak sedar sebenarnya aku lagi kejam dari orang tu. takpe lah. aku terpaksa. bukan aniaya pun. dia tak pernah merungut pun. seronok ade dia. semua perkara selesai. dia tak pernah merungut. senyum jer. harap-harap dia terus macam tu. bia senang semua kerja-kerja aku.

Wednesday, October 6, 2010

easy come, easy go

4 bulan terakhir ni perbelanjaan mengalir bagai air terjun. tiada road block mahupun kesesakan lalulintas. lancar, berkesan dan penuh yakin. yehaaaa..

poket kegersangan, namun hati puas. segala titik peluh berhasil tanpa meyusahkan orang lain. berkat usaha dan kesabaran, tiada siapa boleh mengungkit. segalanya memuaskan hati. biar lambat asal selamat. alah membeli menang memakai. janji tiada siapa boleh mengata "sudah lupa diri", "tak kenang budi", "biar papa, asal bergaya", "menindas kerana mahu menyohor"...

alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar. andai ada mulut-mulut yang bersuara. tidak segan silu lagi untuk menyiat-nyiatnya buat hidangan piranha.

kue tepung pelita, tako, kue sampan

aidilfitri lepas ashi berpeluang belajar benda baru. menyedari minat dan bakat dalam masakan, ashi menggilapnya agar lebih menyerlah. sekembalinya ke negeri wilayah, ashi mencuba nasib mempraktikkan apa yang dipelajari. alhamdulillah berjaya.

benarkah ketiga-tiga kuih diatas berbeza? pada aku, asalkan kuih itu di buat dalam daun pandan, ia adalah tepung pelita. sedap dan menjadi kegemaran aku sejak melangkah di perantauan. (cam lagu raya)

abaikan... janji tidak perlu membelinya lagi. buat sendiri lagi sedap.

untuk tempahan sila hubungi ashi... hahahahahah... sempat promote.

Thursday, August 19, 2010

teringin sangat-sangat. sabar.....



teringin sangat kuih tepung pelita. teringin sangat-sangat. sangat-sangat-sangat.
memanglah ada jual kat bazar. tapi kat sini aku tengok bazarnya penuh sesak. hari hujan pun pengunjung tetap ramai. aku bukan minat macam tu. alahai tepung pelita.

Wednesday, May 19, 2010

NAIK PELAMIN


kami tak dipaksa. kami dengan rela hati melangsungkan majlis ini. walaupun sederhana( baju putera raja tak mampu ditempah sebab tak ade saiz) tapi kami bahagia


muka macho dah, tapi isap puting. adoii potong line btul r.


pengantin pompuan


aku dimadukan.. sadisnya...


import dari jepun kot aweq ni...

Friday, May 14, 2010

BieSayang

"bie...sayang nak naik bas g keje boleh tak. boleh balik awal nanti. kalau tunggu bie lambat... stanby bila bie xde, pegi kursus ke, ape ker?"

"jangan nak mengada-ngada boleh tak?"

..........diam...........

" sayang, minggu depan bie kursus 2 minggu. sayang naik bas tau. hati-hati jaga diri"

" apa? naik bas? bie tak sayang kat sayang ke? tak risau ada kucing langgar sayang ke nanti? kena ngorat dengan pakcik driver bas cam ne? kalau salji turun macam mana? nanti luka-lukalah kaki sayang. habis cair make up. calar muka sayang kena habuk. kalau abang bangla bawa sayang lari g lombok sapa nak jawab?..hurmmm sampai hati bie.."

(dalam hati) lor macam tu plak. bila disuruh tak nak. kalau dilarang beriya-iya sangat. ajak kahwin tolak. nak bawa lari, aku sendiri tak boleh berlari.

..................................lumrah manusia.....................

(dalam hati lagi..) yang penting bie cintakan sayang.

Monday, May 10, 2010

shidalelah (cindarella)

makissa menoleh syiling. silau cahaya lampu menambahkan kekuyuan mata bundar makissa. makissa pejam mata. terasa nikmat bilamana lena pengakhiran angan-angan. makanya mimpi-mimpi indah penyambung segala cerita. makissa lentokkan kepala. mohon si pari-pari muncul bersama kekabu empuk buat alas tidur. pasti pari-pari itu hadiahkan sayap putih untuk selimut tubuh ramping makissa.


pari-pari itu perlu berada di sisi makissa. tiada nyamuk diizin menghampiri, tiada bunyi bising kedengaran. makissa lena di buai mimpi. bagai anak kecil dalam buaian yang kekenyangan susu.


owhh indahnya lena itu.


slurrrppp....liur basi meleleh ke pipi. makissa pisat-pisat bangkit. tengkuk rasa sakit, lengan terasa lenguh-lenguh. si pari-pari menjadi CC.. makissa curi tulang lagi.

Tuesday, April 20, 2010

letak jawatan

gadis kata aku pakar penasihat peribadinya. segala macam bende gadis rujuk dan minta nasihat aku. dari hal keluarga, kerja, study, rumahtangga, pasangan kewangan, pakaian, percintaan hinggalah hal peribadi. kadang-kadang aku terpaksa jadi penceramah bebas yang tak berbayar untuk gadis atau sesiapa yang memerlukan seperti encik jejaka, puan mak angkat, dan kengkawan yang sespesis yang lain.

tapi aku rasa macam nak letak jawatan pula. ermmm...orang kata, banyak bercakap, banyak juga salahnya. so, aku bercadang nak tutup mulut dan angkat kaki jer. biarlah apa nak jadi pun asalkan tidak mengganggu-gugat hidup aku. aku perlu bersabar untuk beberapa purnama jer. lepas ni aku tak perlu lagi menyedekahkan air liur pada mereka. khidmat aku selepas ini adalah untuk emak dan ayah pula. terima kasih pada gadis bagi jawatan tu pada aku.

semoga lepas aku tiada nanti mereka ingat segala ceramah percuma aku tu dalam kepala masing-masing. memang aku tak pernah record kan semua ceramah-ceramah aku tu. buat membazir CD je. so, pandai-pandai lah nanti ye. pepehal kau orang cantact jer aku. masing-masing ade simpan nombor aku kan? kalu hilang, buatlah entry kat blog, nanti aku komen.

setiap pertemuan, pasti diakhiri dengan perpisahan sama ada berpisah hidup, atau mati. lumrah kehidupan kita sebagai manusia.

Monday, April 12, 2010

tiba masa..

mungkin dah tiba masanya untuk aku melangkah pergi. langkahku tak sejauh mana. sekadar jauh dari pandangan kalian. aku harus pergi. mencari restu duniawi dan keberkatan illahi. aku harus pergi agar aku tidak lagi sendiri.

ku fikir, kalian telah selesa dengan tempat baru. kalian punya tempat berlindung yang baru dan kawan-kawan baru. demikian kiranya, aku mahu pergi. setakat ini aku mampu terus di sisi kalian. di masa hadapan, kalian akan mengerti menagapa aku melangkah pergi.

maaf kan aku. pemergian ini bukan aku benci. jauh sekali aku sakit hati. kesihatan yang menurun, dan situasi persekitaran memaksa aku berhijrah lebih jauh. aku pasti kalian boleh menerima keputusan ini. ku kira kalian pasti mengecap bahagia sepertimana aku juga.

mohon ampun segala onar dan luka yang terpalit di dada. halal segala rezeki yang dikongsi bersama. tiada kata lebih indah melainkan ucapan terima kasih dan salam persahabatan untuk kalian. andai masih punya izin dan ingatan kalian, kita bertemu sebagai penyambung hubungan.

salam kasih sayang buat sahabat dan kekasih hatiku.