giler ke hape? kes macam ni pon dikatakan hadiah.. memang giler.. giler sangat-sangat. bukan ke allah melaknat penceraian. bergegar tiang arash bila berlaku penceraian dikalangan anak adam.
Showing posts with label Negatif MoOd. Show all posts
Showing posts with label Negatif MoOd. Show all posts
Thursday, June 28, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Tuesday, June 19, 2012
my idea is mine
tiba-tiba aku sentap. bukan jiwa kacau makan dalam rasa nak nangis sob..sob... macam tu. aku sentap rasa nak naik minyak.... hengat gajah jer pandai naik minyak. walaupun aku tak sebesar gajah, tapi kalau aku naik minyak rasa-rasanya boleh setanding anak gajah. paling hebat pon, 2tanding, 3tanding anak-anak gajah yang lain.
Thursday, February 16, 2012
ikut sunnah nabi
masih lagi dalam bulan kelahiran nabi kekasih allah, aku ada sedikit cerita nak cerita kat cni. cerita pasal sunnah nabi dan lelaki. memang berkait rapat. bukan nak menyebelahi kaum wanita. tetapi sebagai seorang wanita aku nak kaum lelaki ni buka mata sikit tentang perkara yang selalu dikaitkan dengan sunnah nabi.
Wednesday, February 8, 2012
2 in 1 story
tarikh makin hampir. aku pula makin seiring dengan belon yang sedang ditiup alahai.. macam mana boleh jadi macam ni. dulu-dulu kenapa boleh jer muat semua seluar baju anak-anak buah. sekarang ni baju mak pon aku dah boleh sarung ke badan. muat-muat jer plak tu. ermmm salah baju tu kot. baju tu mengecut.
bukan cerita mael lambong
siapa tak terasa. setiap kali borak-borak dia jer yang dapat nama. dia jer yang kena puji melambong-lambong ngalahkan mail lambong. aku tunduk jer lah. aku sedar aku sapa. aku sedar mana tempat aku...
Friday, January 13, 2012
rebel seperti kakak
terasa ingin menendang tong sampah seperti Kak Lili ketika merebel. aku juga terfikir sesuatu yang sama. pasti mereka akan bilang, 'tak padan dengan rupa, gaya dan cara kerja'. aku bak meludah ke langit. tapi andai aku lebih usaha, lebih berjaya dan lebih perhatian mereka juga akan mengomel ' maklumlah, dia anak kesayangan. anak emas, semua yang dia buat dapat pujian. buat tak elok pon lepas jer'
tak sedar diri
boleh ke dia ni jadi idola pada kanak-kanak? aku rasa dia lebih jadi idola pada lelaki hidung belang. yang suka cuci mata, cuci tangan dan cuci nafsu.
Monday, January 9, 2012
meroyan
dah lah gemuk, pendek, tak ada gigi. mulut celupar memekik melolong macam orang kena rasuk jin shamsudin. iya, aku sedang menghina kau. kalau kau punya budi bahasa, aku tak akan nilai fizikal kau. tapi kalau dah maki-maki orang. ape kes?
Wednesday, December 28, 2011
tanah tumpahnya darahku
seiring, seiya dan sekata dengan tajuk. sememangnya negara ini menjadi tanah tumpah darah rakyatnya sendiri tidak mengira umur, bangsa dan negara. jika diselidiki, apakah punca sebenar harga darah manusia bagai diperjudikan? adakah kerana sikap manusia itu sendiri? atau masalah kewangan @ ekonomi? barangkali kepimpinan yang tidak sistematik menjadi punca setiap yang berlaku. ada juga yang berpendapat, kemodenan dan masalah sosial menjadi sebab-sebab uatama berlakunya pelbagai kejadian tidak diingini.
Tuesday, December 27, 2011
hati yang kau sakiti
kau ingat lagi tak hari tu? hari kau tudung-tuding jari sambil mengjegilkan biji mata ke arahku? hari kau mengaibkan aku dihadapan kawan-kawanku? hari dimana kau buat aku mengunyah nasi yang berendamkan air mataku? hari kau rasa hebat kerana kekhilafanku? ingat lagi tak? harap kau ingatkan hari itu walau aku sendiri lupakan tarikhnya. kerna hari itu cukup-cukup tersimpan dalam hatiku. hari aku terluka dek kata-kata kesatmu.
Sunday, October 30, 2011
Aku tengok.... Orang lain pun nampak juga.
banyak soalan yang aku nak tanya kat dia.. banyak sangat-sangat. bukan dengki. bukan iri hati. apa lagi benci. uma aku rasa malu. meluat dan menyampah. walaupun kau berhias bak tuan puteri, pakai berjenama dari itali, bercakap macam anak menteri, hakikatnya orang tahu
kantoi suda
dia pikir dia sudah hebat..
tak mahu berkongsi, takut kantoi. maklumlah.
jarak umur mungkin membezakan pemikiran
. maaflah sayang. walaupun aunty lahir tahun
tak mahu berkongsi, takut kantoi. maklumlah.
jarak umur mungkin membezakan pemikiran
. maaflah sayang. walaupun aunty lahir tahun
Thursday, September 8, 2011
kisah hati
Langit mendung semendung sebuah hati. Angin dingin menghembus rakus namun tak mampu menandingi kehangatan hati yang membara. Hati makin pilu, mengendong manic jernih yang entah bila kan mengalir keluar. Hati terus dicengkami rasa gundah. Serba tak kena. Hati dan akal saling bertelingkah arah.
Duhai hati, andai benar keikhlasan yang dibawa bersama, genggam eratlah hatinya, agar tidak hati itu pergi bersama hati lain andai sebaliknya, lepaskanlah hati itu. Biarkan ia pergi dan tabahlah wahai hatiku...
Ya rabbal alamain. Andai benar hati itu milik hatiku. Berilah petunjuk, panjangkanlah pertemuan ini, lindungilah dari sebarang noda, prasangka dan keburukan, pimpinlah ke jalan yang di redhai olehmu.....
Tapi seandainya hati itu bukan milikku, aku bermohon padamu ya allah, berikanlah aku kekuatan untuk menerima kenyataan yang senyatanya. Sesungguhnya engkau yang maha pemurah lagi maha penyayang. Ku bermohon agar tidak sesekali perasaan menguasai diri. Biarlah iman menguasai hati dan akalku. Sesungguhnya aku yang dicipta olehmu amat kerdil dan jahil.
Ya tuhan... aku berserah segalanya padamu

Wednesday, September 7, 2011
kisah sebuah cinta
Kenapa perlu cinta yang tak kesampaian disimpan dalam benak hati? Apakah kesudahannya? Adakah mampu bersatu bagai sebuah kisah cerpen atau novel cinta?
Mengapa cinta yang tidak kesampaian hadir saat-saat bahagia datang bertamu? Atau sekadar hadir menggoyang kasih yang rapuh agar runtuh bak bangunan diletupkan bom motar?
Bagai sebuah gunung berapi aktif yang memuntahkan lahar panas. Cinta yang dipendam terus membara dan memdemdam rasa menunggu penuh pasti agar mimpi menjadi reality. Mungkinkah cinta yang dahulunya terputus ditengah jalan adalah cinta sejati seperti kata-kata si pujangga cinta. Cinta sejati tidak mungkin bersatu, lihat sahaja contohnya. Uda dan dara, laila dan majnun, ia sekadar lagenda cinta setia yang tiada berpenghujung. Cinta yang tak terluah dek kata-kata lalu dipendam –simpan di dalam lubuk hati.
Tapi haruskah cinta itu hadir menggoncang hati sebuah kebahagian sedang dulu cinta itu pergi jauh menebal hati meninggikan ego diri. Cinta yang dulunya diharap membahagiakan, melambai tangan membina cerita baru dari air mata ini. Kini cinta itu kembali, mengetuk pintu hati yang sedang asyik-masyuk dengan nikmat nya kebahagian. Cinta yang hampir pudar ditelan masa, kembali segar merungkai rindu semalam. Memujuk, merayu, minta dikasih-disayang.
Kisah sebuah cinta yang tidak kesampaian dek sikap terlalu memendam rasa mengharap pihak di sana menyelongkar sendiri hati ini. Mengharap kata-kata hati di dengar walau sendiri tidak pernah meluah. Ah! Bodoh benar mejadi seorang perindu jika sekadar dipertengahan jalan. Akhirnya pasti dia muncul kembali menyata sesal, menghemburkan maaf dan meluah kasih. Pastinya keterpaksaan dan belas ihsan dengan pengundurannya yang konon mengalah dengan takdir. Lakonan semata-mata. Benar kata orang. Hargai ketika ada. Perginya, sudah hak orang, mungkin.
Memang mudah melafazkan sanggup dan rela. Hakikatnya tiada siapa tegar berkongsi kasih walau payung emas menjadi habuan. Kesempurnaan menjadi satu cabaran. Kehebatan pasti meruntuhkan semangat. Pengunduran bukan jalan penyelesaian. Benteng tidak harus mudah roboh. Persetankan watak tambahan itu. Andai hati benar ikhlas, cinta pasti bersatu. Nasib manusia di tangan manusia itu sendiri. Segalanya dengan izinNYA.

Monday, May 23, 2011
sudah!
hari itu, aku bagaikan dicabar. kesabaran yang aku cuba bina tiba-tiba goyah. tapi aku masih cuba berdiam. aku tak berupaya meluah pada sesiapa. tiada siapa yang akan faham apa di hati ini...
terkejut bila aku disoal bagai pesalah. soalannya lebih kepada tuduhan yang membuatkan aku benar-benar terasa hati. tanpa salam, tanpa apa-apa intro aku bagai dipersalahkan. tak tahu apa hujung, apa pangkal. sumpah! aku hilang sabar. kekadang aku cuba menepis ingatan untuk masa lalu. kenangan yang banyak menghimpun pendustaan. oleh yang demikian, kini aku tegar membina kebahagiaan tanpa mana-mana gunting dalam lipatan. kepercayaan yang ku berikan, rupa-rupanya sia-sia.
maaflah. aku benar-benar terasa hati setelah aku puas berkata "tak kesah"

Wednesday, April 13, 2011
:(
YA ALLAH YA TUHANKU. KURNIAKANLAH AKU KESIHATAN YG SEPURNA UTK MENEMPUH HARI- HARI YANG MENDATANG.
Wednesday, March 2, 2011
pengorbanan @ berkorban
TAK PERLU KAU UCAP SAYANG,
ANDAI HATI BERBELAH BAHAGI,
APA GUNA KAU LAFAZKAN LAMARAN
ANDAI TIADA KEPERCAYAAN,
TAK GUNA KAU MEMILIKI,
SEDANG KAU TAK MEMAHAMI,
TAK USAH UCAP KASIH,
ANDAI KAU SENDIRI YANG MENYISIH.
tanya pada diri,
KENAPA?
MENGAPA?
BAGAIMANA?
DI MANA?
APA?
usah dipertikai apa yang berlaku. tapi fikirkan pada diri, apa yang pernah dilakukan.
jangan hanya nampak apa yang orang buat, renungkan apa yang telah kita sendiri buat.
kuasa dan tanggungjawab berbeza. bezakanlah setiap makna, perkataan, erti dan perbuatannya.

************
kau asyik memikirkan perasaanmu yang terluka. namun pernahkah kau fikirkan perasaanya yang berdarah?
kau asyik mengungkit kecurangan yang berlaku, sedangkan kau mengabaikan penghinaan yang ditelan olehnya
dapatkah kau membezakan erti sebuah pengorbanan?
pernah kau terfikir betapa sakit dia tatkala cuba melakukan pengorbanan?
ya! pengorbanan sebuah perasaan.
pengorbanan untuk mencari sebuah kekuatan.
pengorbanan membina mahligai kasih dan sayang.
pengorbanan bergelar seorang teman (isteri), dengan meninggalkan kekasih (emak / ayah)
pengorbanan menutup kisah pahit demi sebuah kebahagian.
kau hanya melihat zahirnya yang gembira. pernahkah kau cuba menyelami perasaanya yang sebenar?
kau mengenalinya setelah sekian lama dia cuba merawat luka lama,
pernahkah kau cuba sama-sama merasai sakitnya luka itu?
luka dikhianati cinta cuba dirawat bersama segunung hinaan dan cacian. pernahkah lafaz maaf kau ucap? atau ucapan terima kasih demi sebuah PENGORBANAN? sedang kau hanya mentafsir apa yang kau lihat, bukan apa yang sedang berlaku. lihatlah dengan mata hati. bukan mata kasarmu yang kadang dihantui cemburu dan curiga.
pengorbanan sebuah perasaan tidak ternilai. hargailah selagi ia masih wujud sebagai hati yang merendah diri.
Friday, February 11, 2011
memaksa terpaksa dipaksa paksakan
Scan
Kau Dipaksa Aku Terpaksa
Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki
Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah
Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara
( 1 )
Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan
Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita
( ulang dari 1 )
Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Friday, December 24, 2010
PATUT KER?
tengok, baca dan fahami kat SINI
patut ker? orang lain mungkin cakap MEMANG PATUT PUN, tapi bagi OKU bergelar ATLIT, macam aku ni haa memang tak patut lah sangat. dah lah dibayar ciput, makan tak sedap (makan penting tau - tenaga untuk mendapatkan pingat), dapat pingat pula, dibayar cam tak dibayar. atlit normal lain, kaya bila bersukan. baju, jaket dan barang2 lain di beri berguni-guni. tak masuk elaun training, imbuhan dapat pingat dan lain2.
aku puas lah terkinja-kinja berlawan nak dapatkan pingat. orang cacat cam aku ni, dapat bunga sejambak pon dah tak lena tidur. kalau tak caya tengok dalam kreta, ada lagi bunga yang aku dapat paralimpiad itu ari.
nanti aku update entri lain. ni aku pening..

Subscribe to:
Posts (Atom)