banyak soalan yang aku nak tanya kat dia.. banyak sangat-sangat. bukan dengki. bukan iri hati. apa lagi benci. uma aku rasa malu. meluat dan menyampah. walaupun kau berhias bak tuan puteri, pakai berjenama dari itali, bercakap macam anak menteri, hakikatnya orang tahu
kau siapa. pandangan pertama orang dah nampak siapa kau. kau membebel lah dalam bahasa penjajah tanpa henti sekalipun, orang tetap tahu asal usul kau dari kampung.
please lah perempuan. apa yang kau bangga kan sangat sebenarnya? kau tunjuk apa yang kau ada? tak ada apa beb. setakat cakap orang tak pandang. orang nak tengok depan mata. orang nak tengok hasil.. bukan pung pang - pung pang berapi, tapi habuk pun tarak.
mungkin aku berkata kenarana aku tahu kau siapa. tapi manusia bukan bodoh. aku pasti mereka pun tahu kau siapa. kau tak mampu sembunyikan kegemaran kau pada budu, dan sambal belacan. kau tak boleh berpura-pura urband sedangkan order kfc pon kau tak pandai. kau tak perlu pura-pura millenium sangat sedangkan kau masih menggunapakai hp monitor gedabak. kau tak perlu lagak exsecutif sedangkan kau masih ke hulur hilir bawa resume lusuh.
pelase lah minah. ramai dah meluat dengan kau. tapi kau tak sedar. kau tarik muka anggap orang dengki. tak memahami..
cuba kau contohi dia. simple but casual.di belakang tapi sentiasa dicari-cari. manis tak jemu dipandang. tutur kata sopan, ramah dan senang bergaul. semua senang dengan dia. ringan tulang. walaupun kau rasa kau hebat, tapi semua orang nampak dia lagi hebat. jauh lebih hebat dari kau sebenarnya. sebab apa?
sebab dia tunjuk apa yang dia ada. tapi kau tunjuk apa yang kau tak ada. kau mesti tak fahamkan...
dia tahu keaslian wajah dia, jadi dia tak perlu berias lebih sebab dia menerima dengan terbuka.
kau.. kau sedar kekurangan kau, kau pastikan kau nampak hebat di setiap mata-mata yang melihat. tanpa kau sedar, kau sedang mempamirkan kelemahan kau sendiri.
orang tak nak tengok apa yang kau ada. tapi orang pandang apa yang kau tunjukkan dan sembunyikan.. kau makin jelek aku tengok. tak apalah. asalkan kau bahagia, walaupun hakikatnya kau gundah gulana hohohoho :)
No comments:
Post a Comment