Monday, July 30, 2012

hantu puasa

buat kali pertamanya aku pulang ke rumah mentua setelah dua bulan bergelar menantu hantu... mengikut perancangan, kami memulakan perjalan selepas isyak. "sejuk sikit" luah lelakiku. sebagai isteri mithali yang comel, aku menurutinya tanpa sebarang bantahan mahupun pindaan. kerana aku tahu, aku pasti lena dibuai air-corn Saga FL. krohhh kreehhhh.... ZZZZzzzzZZZZ..........


keluar jer petronas, aku mula mencari keselesaan............... (dah tak sedar apa dah)

sesekali aku buka mata, kelam malam disimbahi cahaya kenderaan yang menderu-deru ke destinasi di tuju. maklumlah, lebuhraya ke kampung lelakiku sangat berjimat tenaga elektrik. melepasi petrol pam temerloh, lelakiku berhenti berehat, lalu aku terjaga. mesej dari adik ipar bertanyakan lokasi kami, buat aku yakin mereka masih belum tidur kerana menunggu kehadiran kakak ipar tercinta. jadi aku mengambil keputusan untuk tidak terus tidur dan membetulkan raut wajah agar nampak lebih segar.

perjalanan diteruskan. lelakiku bernyanyi riang bagai dalam perjalanan pulang di hari raya. namun melihatnya sesekali menguap, aku percaya dia sedang berusaha melawan keletihan. melepasi tol terakhir, lelakiku bercerita kejadian sepanjang aku tidur tadi. tiada apa yang menarik bagiku kalau setakat lori menyusur laju memotong kenderaan lain, jalan lengang dan keseronokan memecut. dari 5 bintang aku bg dia 1 setengah bintang jer..

tiba-tiba satu kenderaan tersangat laju datang dari arah belakang dan memotong kenderaan kami. aku lihat lelakiku sedikit cuak. mungkin kehadirannya yang tiba-tiba. kereta persona berwarna hitam yang memotong kami tadi terus memperlahankan kenderaan. aku mula berang. lelakiku sedia maklum bahawa aku bosan perjalanan yang perlahan. lelakiku memberi isyarat untuk memotong. namun persona menekan minyak tanda mahu memecut. tahulah kami, dia mengajak kami 'bermain'. aku mula memperbetulkan kedudukan sambil pot pet pot pet bagi syarahan. "kita ni dah nak dekat dah, tak payah lah nak berlumba-lumba. elok-elok boleh sampai dengan selamat terus tak sampai. raya nak dekat ni. time-time gini benyak kemalangan yang tak dijangka." bla bla bla bla........"

kami terus mengekori kenderaan tersebut. di dalam kereta tersebut jelas kelihatan dua benda putih tergantung dengan tengah-tengahnye gelap hitam. aku menyangkakan itu adalah pelindung matahari yang digantung di cermin belakang mempunyai wajah artis kesayangan. untuk mengatakan ia adalah penumpang agak mustahil kerana 'kepalanya' sangat tinggi, bujur mencecah bumbung kereta. aku amati betul-betul. perasaan ingin tahu wajah yang terpapar pada 'pelindung matahari' tersebut menebal.

sampai di satu kawasan, beberapa kereta datang dari arah bertentangan. cahayanya melimpah menembusi kereta persona dihadapan kami. Kosong!. tiada pelindung matahari, tiada penumpang, dan tiada pemandu. apa? aku diam. terus merenung dua benda putih berwajah hitam yang memandang ke arah kami, bergoyang-goyang mengikut keadaan jalan yang berlubang-lubang. aku membuat kesimpulan. mungkin itu penyandar kepala pada kusyen tempat duduk penumpang di belakang. tapi... kenapa putih dan berwajah? kenapa tinggi mencecah bumbung dan punya tocang di kepala.

beberapa kereta datang lagi dari arah bertentangan. apa yang aku lihat tadi kembali kosong pabila disuluh cahaya kereta......... lelakiku memberi isyarat membelok ke kanan. persona memecut laju, tidak sampai 5 saat hilang bersama kelam malam. jam menunjukkan 12.15 malam.

kami sampai ke destinasi...... lelakiku bertanya. "bulan pose ade hantu tak"? dua ekor pocong dalam persona hitam menjadi cerita kami sepanjang bercuti di kampung.




3 comments:

Cak Kra WaLa said...

mungkin ada cerita di sebalik apa yang berlaku tu....WVQ...siapakah itu?....

makissa said...

@Cak Kra WaLa

lain kali biarlah cuaca panas, jangan perjalanan 'panas'

Cak Kra WaLa said...

jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....