Friday, July 27, 2012

usah menjadi lalang

Sejak kebelakangan ni berita panas tentang seorang artis wanita bergelar ibu tunggal yang baru berjinak-jinak dengan imej bertudung berpendapat bertukarnya pemerintahan Negara kepada parti pembangkang akan memberi rezeki, peluang dan ruang lebih kepada artis wanita yang berhijrah kepada imej bertudung. Benarkah?

Pendapat aku.
Aku ni memang tak berminat dengan politik. Siapa sahaja yang memerintah kita, tapi mentality kita sendiri tidak berubah tiada gunanya juga. Kalau kafir sendiri yang memerintah pun, tapi iman kat dada kita ni cukup, hidup berpendirian, hati tak berubah, sentiasa berfikiran fositif, insyaallah, allah melindungi ummatnya. Sedangkan nabi sendiri tidak memusuhi agama lain. Malah baginda berbuat baik sesame manusia dalam pada masa yang sama berdakwah untuk agama allah.
1.       Kenapa harus ragu-ragu untuk berubah kepada kebaikan sehingga mempertikaikan punca rezeki? Langit dan bumi ni milik DIA, DIA yang maha berkuasa, DIA yang maha kaya. Rezeki kita dari dia. Tanpa rezeki, kita diuji. Diberi rezeki jua kita diuji sebenarnya.
2.       Kenapa mengaitkan parti politik untuk meyakinkan rakyat selamat dan Berjaya? Kalau pemimpin seorang alim ulama’ sekalipun tetapi beliau tidak menyeru kepada kebaikan apa gunanya. Kalau pemimpin berbudi pekerti sekalipun, tetapi mentality rakyatnya yang masih dijajah, masih dahagakan keseronokan dan berfikir sempit mundur kebelakang, masih tiada gunanya juga.
3.       Sebagai seorang anak seni yang dikenali ramai, sudah semestinya beliau boleh mampu mengambil kesempatan status diri untuk menjadi contoh dan tauladan kepada peminat dan orang lain diluar sana. Contoh seperti sekarang, tanpa sebarang pelawaan atau arahan, ramai remaja-remaja masa kini meniru gaya k-pop, j-pop. Tanpa perlu bertukar politik pon. Masih ramai yang berpusu-pusu meniru penampilan, menonton persembahan dan meminati mereka. (k-pop/j-pop)
4.       Kehadiran yuna dalam industry muzik bagai membawa satu revolusi dalam pemakaian shawl / hijab / jubah dan fesyen berunsur islamik. Tanpa melibatkan mana-mana parti, yuna masih gagah berdiri di mata dunia, membawa nama ke persada seni antarabangsa.  (Tapi penampilannya perlu diperbaiki)
5.       Ceramah agama dari penceramah-penceramah hebat masa kini yang dianggap meletop kebaboom seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don mampu memenuhkan dewan ceramah tanpa kehadiran artis-artis terkenal. Persoalannya disini, “adakah input yang diberikan oleh penceramah menyedarkan pendengar atau JENAKA YANG DIBERIKAN MENJADI SATU HIBURAN/KESERONOKAN? Ini dapat dilihat jika terdapat ceramah dikawasan tempat kerja / tempat tinggal. Nama penceramah sangat dititik-beratkan sebelum orang ramai rela hati melangkah bersama-sama menjadi pendengar bukannya tajuk ceramah dan input yang di ambil beratkan. Dan, keluar dari dewan ceramah, kebanyakan perkara yang di ingat dan disimpan merupakan perkara-perkara yang lucu dan tiada input. So? Tepuk dada Tanya iman.
Kembali kepada tajuk tadi. Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih. Usah bealasan untuk itu dan ini. Mahukah jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan?

No comments: