Wednesday, August 15, 2012

selepas defragmen

selepas dua minggu bertarung nyawa.. ececeh bertarung nyawa lah sangat.. terseksanya hidup aku masa tu bagai bertarung nyawa sungguh-sungguh. minggu kedua ramadhan aku telah diberikan cuti special. so, aku tak bangun sahur walaupun dah bersomi..... berlagak macam bujang-bujang dulu.. time berbuka pun aku tak makan sebab dah terbiasa dan dididik oleh ayah aku, orang tak berpuasa tak boleh makan berbuka sama-sama dengan orang berpuasa, so, lepas masak aku berehat dengan jayanya menonton upin ipin... ngeh ngeh ngeh...

seminggu berlalu, kesan akibat tak makan dah mula melanda. bermula dengan mual-mual dan loya aku start muntah bile makanan masuk ke mulut. balik kerja minggu berikutnya aku dah macam orang tak makan 3 tahun. menggeletar satu badan, berpeluh-peluh dan pitam. aku diberikan cuti sakit. :(... mata pon tak terbuka dah.

makan minum semua lelakiku aku yang hidang. rumah dia kemas, baju-baju pon dia yang basuh dan sidaikan. mata aku plak memang tak celik-celik dah. kalau buka mata, mula pitam dan muntah. kalau orang tengok mesti sakan ucapkan tahniah, padahal aku tersiksa mengandungkan kesakitan. bukan ngandungkan baby pon. kalau real preggy aku tak tahu macam mana dasyat lagi agaknya. syukur ada lelakiku yang banyak membantu.

minggu last pose ni, rasa badan kurus susut dan lisut. berjalan pon menggigil-gigil kepala lutut macam orang somalia tak makan beberapa hari. memang aku tak makan pon.

ni alhamdulillah rasa segar balik. dah start berperang kat kat dapur macam selalu. cuma makan kurang nafsu, takut muntah. buat kerja pon slow-slow takut pitam balik. lelakiku cakap aku ni macam komputer. ada time defragmentasi, format system. time tu memang server down, system hang. tapi bile dah setle update and scan antivirus, aku macam pc baru. kembali normal.thanks lelakiku :)

2 comments:

Cak Kra WaLa said...

tu la..lain kali gunalah "KAPA SKY"..anti virus terkini, "AVIRA" dh tak bleh pkai...

Apepun, selamat sehat kembali..;)

makissa said...

@Cak Kra WaLa
syukur kepada allah