mulut akak macam longkang. segala bangkai, smapah sarap kau letak ke kawasan orang. kau bela diri "saya yang kemas rumah akak. saya yang tebas rumput semak samun ni supaya bersih. akak boleh pulak tuduh saya menceroboh." meman kau menceroboh pon. biarlah lalang setinggi langit pon, ular besar gajah pon duduk situ, kau tak boleh sesuka hati 'menumpangkan' barang-barang kau kat rumah orang. siap bakar sampah dalam rumah orang. apa kejadahnya semua tu?
benda yang patut kau jaga, kau jual. bersih licin rumah tu. kau gantikan dengan bangkai motor. ntah-ntah motor tu motor curi. tak psal-pasal tuan rumah dituduh bersubahat nanti. lepas tu kau salahkan tuan rumah bising. kau pertikaikan arahan tuan rumah mengeluarkan barang-barang kau dari rumahnya. "dah lah akak tuduh saya menceroboh, akak suruh saya keluarkan barang-barang tu sekarang. tak ada langsung bagi tempoh." tempoh? apa yang kau faham tentang tempoh? kau bukan penyewa. kau menceroboh. memang patut kau kena kemaskan rumah tu dengan kadar segera tanpa sebarang alasan.
sambil terpekik-pekik, terlolong-lolong kau meroyan satu taman. semua jiran tetangga keluar ingin tahu. kau balik dituding jari. hah! baru kau tahu. tanpa disuruh, kau masuk dan menghempas pintu. kenapa diam? tiada siapa yang berpihak pada kau kan? memang patut pun. kau dah bersalah. bukan mereka tak kenal kau siapa. ntah-ntah mereka diam selama ni kerana letih dengan perangai kau.
anak-anak pun kau ajar mengikut langkah jejak kau. tak pasal-pasal WUY terpalit calar. disebabkan aku ni pengecut jer aku diam. pengecut? iyer. aku kecut time tu sebab aku 'berdarah manis'. nanti terpotong anggota plak pompuan tu akibat kencing manis.
inilah balasannya bila buat sesuatu tanpa pengetahuan mak ayah.
2 comments:
itu la, lain kali minta izin dulu...
peace your ...;)
dah la meceroboh, nak di suruh bagi tempoh nak kemas-kemas. masalahnya dia menyewa ke rumah tu?... Kalau dia nak pertahankan hak dia, suruh dia tunjukkan bukti hitam putih (surat kebenaran) untuk dia meletakkan segala sampah sarap dia kat rumah tu. Apa jenis manusia la tu...
bese r... samseng kampung dusun...
Post a Comment