Monday, January 9, 2012

2012

       jatuh bangun, jatuh bangun dah tahun baru. aku memilih 9hb baru nak wish new year sebab aku suka nombor 9. dah! jangan pertikaikan kenapa. aku dah suka, aku punya sukalah. hahahaha! (gelak jahat) kejamkan?

    tahun 2012? apa impian aku? apa erk.. rumah besar, kereta besar, gaji besar, dan suami yang besar kasih sayang untuk aku. aku nak kekayaan, kesihatan, kecantikan dan kasih sayang yang berpanjangan. kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagian hidup di akhirat bersama-sama insan-insan yang tersayang dan menyangi diri ini. dengan ucapan. lurve u allsss muahhhh..

      tahun 2011 dah berlalu. ada orang berpendapat, kalau dah melangkah jangan menoleh kebelakang lagi. tipu! kita kena toleh ke belakang juga, sebab kita tak ada side miror. sesekali toleh tengok asal usul. kenang balik hidup masa lalu. baru kita tahu erti bersyukur.

     adakah impian 2011 terlaksana. yup! aku berjaya melaksanakan impian orang. itu lah impian aku setiap tahun. menunaikan impian dan cita-cita orang dan membahagiakan orang. bila berjaya buat orang berjaya, kita rasa puas. tak adalah tertekan dengan perasan hasad dengki yang berbuku di hati. ececeh....

      aku suka cari masalah. bagi aku bila masalah yang timbul aku berjaya harungi. bermakna aku hebat. tahun ni lagi besar masalah akan timbul, insyaallah lagi besar nikmat yang akan aku terima. besar periuk, besarlah keraknya. peace your! salam 2012 untuk semua.

2 comments:

Gemini said...

tiru ayat orang "peace Yourz"...ecececece...

makissa said...

peace you allzzzz