kau ingat lagi tak hari tu? hari kau tudung-tuding jari sambil mengjegilkan biji mata ke arahku? hari kau mengaibkan aku dihadapan kawan-kawanku? hari dimana kau buat aku mengunyah nasi yang berendamkan air mataku? hari kau rasa hebat kerana kekhilafanku? ingat lagi tak? harap kau ingatkan hari itu walau aku sendiri lupakan tarikhnya. kerna hari itu cukup-cukup tersimpan dalam hatiku. hari aku terluka dek kata-kata kesatmu.
hari itu. hari yang meruntuhkan jiwa ku. meruntun hati dengan tuduhan palsumu. fitnah kau lempar, aku diaibkan. harga diri aku dipijak-pijak. seperti engkau lebih mengenali dia daripada aku. fikirkah kau siapa dia, dan siapa aku?
nah, lihat hari ini. bukan niat membalas onarmu. namun aku sekadar puas dengan apa yang berlaku. apa yang ingin kukatakan, bersedialah, banyak lagi yang sedang menunggu. lukaku masih tidak terubat.
************************
nak tanya satu boleh? kenapa kau menipu? susah benarkah untuk berterus terang denganku. atau aku yang tidak layak menerima ketulusan kata-katamu? atau jua aku bukan yang terbaik untuk menerima sebarang berita benar darimu? tapi kenapa bila kekusutan yang berlaku, kau cari aku? tak terfikirkah malu? tanpa kau mohon maaf dariku, kau bongkar khilaf orang lain. sedangkan kau sendiri melakukan khilaf dihadapanku.
kenapa harus menipu. hakikatnya nanti kau akan datang kepadaku, mengadu. memberitahu aku mulia pada pandanganmu. pernah fikirkan hatiku? menjadi bakul sampahmu? menerima segalanya dari mu. dan tak pernah sekali kau mengambilnya semula apatah lagi meluah maaf atas ketelanjuranmu.
apakah alasanmu? hina sangatkah aku?... andai aku begini dan begitu, kenapa aku yang kau cari dulu, ketika masalah menimpamu?
***************************
tolonglah buka mata tu sikit. jangan terperuk dek asal usul kau yang tiada tamadun tu. lihat sikit sekeliling kau. belajar kehidupan dalam bermasyarakat. dek jiwa kau, kau tak betah menerima dunia orang lain. tanpa kau sedar kau terpinggir kerana kau fikir kau betul. tiadakah rasa bersalah? dunia ini bukan sekadar keluargamu. andai sesuatu berlaku, bisakah kau menerima kenyataan, kritikan dan kutukan?
***********************************
selepas ini siapakah mangsamu? setelah satu keturunanku kau perhambakan. ada lagikah mangsa-mangsa yang masih dalam senarai. setelah satu keluargaku kau porak-perandakan, apalagi permainanmu? bongkarkan segalanya. agar aku berupaya menyediakan perisai. mengahadi setiap seranganmu....
****************************
wahai kalian. apa yang ingin ku katakan. secalit gurisan yang kau lakarkan di hati ini, bermakna tiada kata maaf untuk kalian. sampai mati aku dendami. deraian air mata dikala bersendirian di malam sepi, tiada ubat sebagai penawarnya. kan kupastika kau jua merasainya.sumpah! tiada maaf untukmu.
No comments:
Post a Comment