seiring, seiya dan sekata dengan tajuk. sememangnya negara ini menjadi tanah tumpah darah rakyatnya sendiri tidak mengira umur, bangsa dan negara. jika diselidiki, apakah punca sebenar harga darah manusia bagai diperjudikan? adakah kerana sikap manusia itu sendiri? atau masalah kewangan @ ekonomi? barangkali kepimpinan yang tidak sistematik menjadi punca setiap yang berlaku. ada juga yang berpendapat, kemodenan dan masalah sosial menjadi sebab-sebab uatama berlakunya pelbagai kejadian tidak diingini.
kebanjiran bangsa asing, kenaikan harga barang terutama keperluan harian, keruntuhan nilai matawang negara, kelalaian dan pengaruh laman sosial yang melekakan, adakah ini juga punca-punca harga darah bagai tiada nilai? jumlah kenderaan yang terlalu banyak yang berkait rapat dengan tiada pengurusan masa yang betul menjadi salah satu penyebab kesesakan di jalan raya yang mampu mengakibatkan kemalangan pada bila-bila masa.
tiada pengawalan penjualan cecair asid berbahaya seperti cuka getah yang sering diguna sebagai senjata untuk menyerang atau melepaskan dendam. kekurangan pekerjaan menjadikan ramai pemuda-pemudi dan lepasan-lepasan IPTA/IPTS menganggur punca berlakunya kes-kes buang bayi dan maksiat apabila keinginan untuk berkahwin tepaksa dipendam dek latar belakang diri yang tiada berpendapatan tetap.
* tiada didikan islam dalam jiwa dan hati seseorang itu, terpesonglah segala aqidah
*kerajaan yang berjaya, adalah kerajaan yang mengamalkan sistem berlandaskan agama Allah
*dunia dan akhirat perlu seiring. usah rasa hebat bilamana sudah menguasai ilmu akhirat sedag masyarakat sekitar sering mencemuh.
No comments:
Post a Comment