dari pagi lagi aku memang dah plan takmo tambah entry untuk hari ini hingga habis bulan lima. tapi tetiba berlaku satu insident yang buat aku mula berfikir betapa pentingnya berfikir. aku juga mula memahami maksud pepatah kaum vateran, malu bertanya sesat jalan.
jalam 15.15 pm aku mendengar satu perbualan telefon di antara staff unit aku dengan klien yang bergelar guru.
pihak kita menerima tunai daripada pasangan guru tanpa sebarang notis, makluman atau dokumen. mengikut prosedur bila berurusan dengan egensi kerajaan berkenaan bayaran, seseorang itu perlu menggunakan over draf, cek, dan wang pos. mengirimkan wang tunai adalah tidak digalakkan sama sekali terutamanya jika jumlah bayaran yang tinggi.
inilah yang berlaku. seorang guru telah menjelaskan bayaran kepada kita dengan mengirimkan sejumlah wang tunai menggunakan pos berdaftar tanpa sebarang notis surat, makluman atau dokumen. tapi mungkin nasib menyebelahi pasangan guru terbabit apabila kiriman wang tunai tersebut sampai dengan selamat kepada kita dan penerima yang membuka sampul berdaftar tersebut telah diterapkan nilai-nilai kejujuran. maka, wang tunai yang berjumlah hampir rm1 000.00 itu terus di deposit kan dengan kadar segera selepas menghubungi pasangan guru tersebut untuk mendapatkan makluman.
aku tak salah guru tu bodoh sombong. tapi tak juga mengakui aku bijaksana. tapi tak logik kita bagi sesuatu tanpa mention apa-apa. sebarang andaian boleh diberikan. dan kalau sistem keselamatan pos tersebut tiba-tiba berlaku masalah macam mana? pasti saling salah menyalah antara kita dengan client kan?
7 comments:
RM 1ooo , pos macam tu je?...ishhh
RM 1ooo pos cam tu je ke?...
@ mungkin cikgu tu tergesa2 kot...
mungkin cikgu tu tergesa2 kot.
maksud tergesa2?... rse nye klu call lg cpt. call gov n dpt kn infomation. tak pon internet kn?
kalau fkir positifnya, mungkin dia ada masalah kat sana.
kalau fkir negatifnya, mungkin dia malas.
bukan mls, tp dia tak fkir panjang..
Post a Comment