kalau aku cantik
yer aku akui aku punya kelebihan pada paras dan rupa. inilah ciptaanNYA. aku peminjam sementara. sampai satu ketika, DIA punya kuasa mengambil keistimewaan aku ini.
lurah manusia sukakan kecantikan dan kesempurnaan. lumrah juga untuk setiap manusia yang sukakan pujian. begitu juga aku. tapi andai pujian terlalu melambung tinggi, pasti ada sesuatu yang tak kena. aku berasal dari kampung, so, memang standard orang kampung berwajah comot dan tak terurus. demikian maknanya aku juga biasa dikeliling orang yang punya paras rupa sendiri (mengikut cara mereka menguruskan penampilan). apa yang kita miliki bukankah milik DIA? DIA yang mencipta. apa sahaja bentuknya, bersyukurlah. menghina ciptaanNYA, bermakna kita menghina DIA.
lelaki!... lelaki memang suka perempuan yang cantik. perempuan pun macam tu juga. suka lelaki yang cantik. tapi bab kawan memang aku tak memilih. selagi dia tahu batas-batas dalam hubungan semua aku kawan. sebab tu aku punya ramai kawan.
No comments:
Post a Comment