Tuesday, June 19, 2012

my idea is mine

tiba-tiba aku sentap. bukan jiwa kacau makan dalam rasa nak nangis sob..sob... macam tu. aku sentap rasa nak naik minyak.... hengat gajah jer pandai naik minyak. walaupun aku tak sebesar gajah, tapi kalau aku naik minyak rasa-rasanya boleh setanding anak gajah. paling hebat pon, 2tanding, 3tanding anak-anak gajah yang lain.

mana aku tak emo... emo (marah)... aku memerah keringat mencurah idea. ingat senang ke nak cari idea? nak berfikir? nak buat benda baru?... kau plak senang-senang dapat nama.. tak malu ke? haishhh... siap publish kat orang plak tu. ha?! siapa?...adalah orang tu.

aku memang jenis suka privasi, tak suka sama dengan orang lain. waima fesyen baju, dressing sekalipun, aku anggap diri aku limited. tak payah cakap aku sama dengan kau. kita tetap beza. dari fizikal dah terang-terang berbeza. kalau betul sama, try kau berjalan macam aku. boleh tak? tak boleh kan? so jangan anggap kita sama.

kalau agak-agak tak ada idea, tak payah curi idea orang. kalau iyer pon ade idea yang sama, tukarlah cikit. kreatifkanlah idea tu. janganlah sebijik-sebijik sebulat suara tiru idea aku. kalau orang tengok pon mesti orang perasaan ada persamaan antara kita. sorry to say okey. bukan aku yang tiru kau!!!

iyer.. entry ni boleh buat orang lain sentap. tapi kena ingat, kenapa aku sentap.
lebah... kalau kau tak kacau sarang nya. dia pon tak kan usik kau. siap bagi madu lagi. ada faham?

1 comment:

honey sa said...

like...like..like...like