Monday, November 29, 2010

20/11/2010

hari yang sepatutnya aku telah berada di melaka, tapi ianya tidak berlaku. bangun awal-awal pagi. makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak. kunun-kununya, nak terus balik. tapi bincang punya bincang. akhirnya pincanglah jawapan. merayap sampai ke tampin. surprise

***********************************************************************************

selamat ulangtahun mak. dah 57 tahun usia emak sekarang. masa mak lahirkan adik 24 tahun yang dulu umur mak 33 tahun. sampai sekarang, sampai adik besar dah, kerja tetap, gatal nak berlaki dah, mak masih macam dulu. kalut masak, mengemas, mencuci dan ke hulur-hilir tak tentu arah bila adik balik. tak keruan nak buat apa, macam sibuk sangat jer tengok. tapi adik? relek jer duduk-duduk dengan ayah. tengok tivi. hehehehe. adik tahu. mak tak marah. mak sayang adik kan?

dah 24 kali mak sambut hari lahir dengan adik. tak pernah miss. banyak dah yang adik bagi kat mak. kepayahan, kasusahan, penat, lapar, dahaga, kecewa, malu dan marah. tapi bila plak adik nak bagi mak kekayaan, duit juta-juta, duduk goyang kaki-jaga rambut, jaga kuku. bagi mak makanan sedap-sedap. ni tak lagi-lagi mak yang berlapar. mak, mak tak pernah mengeluh kan. minta hadiah hari lahir jauh sekali. bukan macam adik. sebulan sebelum adik dah request nak hadiah apa.

hari ni hari lahir mak. adik berat hati nak tinggalkan mak. sebab tu adik tangguh-tangguh kan. adik nak tengok mak potong kek. tiup lilin. mesti mak comel. mak tak pandai makeup, berhias dan melaram apatah lagi. tapi mak lagi cute bile tidur. rasa nak terkam dan cium laju-laju. bila mak membebel mencarut itu ini macam suara siti nurhaliza. bak buluh perindu. sedap dengar. tambah lena tidur. tapi bila mak diam jerk... aduhai, rase macam dapat kategori baru iaitu pekak bisu. oh, no!

adik ada beli hadiah untuk mak, dua lagi tu. satu adik dah bagi dah. dan satu lagi adik ada bawa, selalu adik bawa. cuma tak berani nak bagi. takut ayah marah. mak nak tahu apa hadiahnya. (menantu lelaki) hikhikhik...  uik... gurau jerlah. itupun nak marah.






ayah ni bias(obses) dengan camera. memang fanatik lah kiranya. sebab tu semua gambar kat atas ni ayah jer yang pandang camera. mak? pemalu. like me. uhuiii...

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

selamat hari lahir mak.;)