Friday, October 7, 2011

Dulu-dulu

nilai duit...
dulu 15sen mak boleh dapat secupak beras. kalau bagi anak-anak belanja 10sen tu kira kaya sangat dah. boleh beli nasi lemak, air dan ballance boleh simpan dalam tabung buluh. sekarang?

teknologi...
ayah cakap, orang yang buka kedai makan jer yang ada tv. ayah dengan mak dulu sanggup bawa pundung api, redah malam, bayar 20sen nak tengok cerita Bobby atau Sanggam. cerita tu memang famousdalam family aku. sejak abang aku dalam perut aku dah diajar tengo hindustan. aku pun boleh terhafal lagu-lagunya. tapi masa tu tv hitam putih. kecik jer skrin nyer. petinya jer yang besar nauzubillah. sekarang?

sosial...
mak dulu mandi sungai lagi masa umo sekolah rendah. mandi ramai-ramai bercampur lelaki-perempuan. alhamdulillah, tak ada lagi kes rogol, liwat, cabul atau bunuh. sekarang?

makanan...
dulu nak makan kena gali (sayur tanam sendiri), kena sembelih (ayam itik, lembu kambing pelihara sendiri) sendiri. kalau tak ada sendiri punya, harap ehsan jiran-jiran yang ada kalau dia nak memberi. barulah merasa. sekarang?

pendidikan...
alang dulu pergi sekolah guna kalam dan kain buruk. dah tulis padam balik. harap ingat kat kepala jer lah. tahu tak kalam tu apa? bayangkan jer menulis guna arang atas papan. tapi sediakan kain buruk untuk pemadam. kira macam tu lah. sekarang?

guru dan anak murid
bila nampak jer cikgu masuk pagar sekolah, along berebut berlari dengan kawan-kawan mengejar cikgu, menolong cikgu bawa beg buku semua. kalau jumpa luar kawasan sekolah, jangan harap nak melintas depan cikgu. follow jer lah sampai cikgu tu lepas. takut dengan cikgu. hormat cikgu sangat-sangat. tapi sekarang?

penderaan...
kalau nak cerita bab pukul, dah lama mak dengan ayah kena penjara seumur hidup. along dan alang dulu separuh nyawa kena balun dengan ayah. lepas tu siap tak bagi makan minum sebagai denda. birat-birat, lebam-lebam tak usah cakap lah. memang tak heran dah tengok. alasan nyer... "aku rotan nak jadikan kau jadi orang, bukan nak membunuh". padahal nyawa-nyawa ikan dah. alhamdulillah hidup juga lah sampai sekarang. tapi sekarang?

suami isteri
mak tak pernah tengok bapak mak dulu turun ke dapur. tapi nenek kau cukup hormat datuk kau tu. tak berani nak bermesyuarat tingkap apetah lagi tidur meninggi hari. perempuan dulu-dulu patuh suami, tak ada melebihkan anak-anak. suami sudah makan, isteri yang tolong basuhkan tangan. punyalah hormat dan sanjung suami. sekarang?

anak beranak
ateh pernah kena rotan dengan ayah sebab merokok. tapi ateh lari. puas ayah kejar dengan rotan. agak-agak dah jauh dari ayah, ateh tunggu, takut ayah jatuh ke masa mengejar ateh. bila dah dekat ateh cabutttt.. sekarang?

PIBG... (Persatuan Ibu Bapa & Guru)
masa adik dulu ayah daftar masuk sekolah menengah bawa rotan sekali. ayah bagi rotan kat cikgu tu dan cakap "cikgu, hari ni saya hantar anak saya dan pertanggungjawabkan cikgu mengajar dia. ni rotannya. kalau dia buat tak elok, jahat kat sekolah cikgu rotanlah. jangan sampai mati, patah riuk sudah. kalau balik rumah dia mengadu, tahulah saya nak buat apa"


                                                       *****
alaaaa kalau nak bandingkan dulu dengan sekarang memanglah banyak beza nya.... DULU..... aku pun belum lahir lagi.. ape daaaaa. (ayat nakal)

hurmmmm

4 comments:

Gemini said...

Beza dulu dan sekarang. Sebenarnya, kehidupan orang dulu2 banyak mengajar kebijaksanaan yang membuatkan anak2 jadi bijaksana walau tak bersekolah tinggi melangit. Tapi budak2 sekarang walau belajar tinggi melangit hakikatnya mereka "BODOH melangit"...BEZA DULU & SEKARANG. renung2kanlah.

makissa said...

BERPELAJARAN belum tentu BERILMU...

Gemini said...

Mak Bapak pun main peranan dalam hal ni. Makbapak sekarang terlalu bagi muka @ terlalu manjakan anak2, turuti segala kehendak anak2...turut segala kemahuan yang pelik2 dari anak2...itu yang jadi punca masalah yang berlaku.

makissa said...

minta dijauhkan dari semua tu...