Monday, July 9, 2012

penderitaan berbalas

seorang wanita tua separuh abad terhincut-hincut melangkah meneruskan perjalanan dan melakukan aktivti hariannya. walaupun sakit lutu yang dihidapinya semakin serius namun dia tetap gagahkan diri melangkah dan terus melangkah. dia memiliki lima orang zuriat yang dilahirkan selang beberapa tahun yang sangat berbeza. semasa mudanya, si tua itu tidak pernah memikirkan masa tuanya. digunakan segala tenaga dan memerah keringat yang ada membanting tulang membesarkan anak-anak dan menguruskan keperluan suami tercinta. tidak langsung difikirkan kesihatan diri, penat lelah, lapar dan dahaga.


kehidupan anak-anak si tua sangat sempurna. walaupun si tua itu sendiri berbaju rabik, rambut tak terurus, wajah berkerut seribu menampakkan dia semakin dimamah usia, keperluan anak-anak tidak pernah terabai. segala yang diminta, segala yang di impi, sedaya upaya si tua tunaikan. sukar benar melihat air matanya mengalir. apatah lagi melihatnya berputus asa jauh sekali berasa kecewa.

anak-anak si tua semakin membesar, dan berkeluarga. membawa langkah sendiri bersama keluarga. si tua masih seperti dulu. tidak ade sebarang perubahan walau berdekad-dekad berlalu. hatinya meruntun sayu. hanya sejadah tempat dia berteleku dan mengadu. menadah tangan kepada yang SATU. si tua masih tersenyum. ketawa dan terus gembira. tiada siapa tahu isi hatinya. seraut wajah yang cukup tenang dan menyejukkan pandangan.

tiada siapa peduli penderitaan si tua. hari demi hari dipendam segala duka. sendirian bertemankan lara. hidup sederhananya dinilai hina. si tua redha. dia sedar dia hanya hamba sahaya. di miskin dia diperhamba, tatkala berada, dia dikata-kata.

rezeki si tua bak dedaun di musim luruh. gugur bertimpa-timpa mentupi akar pepohonan. namun dia masih seperti dulu. merendah diri, patuh kepada suami malah tidak pernah meninggalkan tuntutan illahi. dari jauh ku menadah sepuluh jari. mohon DIA, agar kau dilindungi. semoga sihat hari demi hari. dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. dunia hanya sementara, penderitaanmu ku fikir berbalas pahala, malahan mungkin syurga. walau ujian bertimpa-timpa, kau gagah mengharungi segala, kau tegar sujud lima waktu dengan rela. alhamdulillah. semoga kau bahagiad di dunia. selamat di akhirat hendaknya. kau lah bidadari syurga yang tiada galang gantinya..

No comments: