Wednesday, June 1, 2011

Termetrai Ikatan Pertunangan

setelah hubungan cinta yang dibina menginjak ke usia tiga tahun, ia dieratkan lagi dengan ikatan pertunangan berkat restu dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. terima kasih ayah, terima kasih mak, terima kasih ibu mentua ku, dan terima kasih tunangku.

tarikh 28/5/2011 dipilih setelah 3 kali aku menukar tarikh untuk memilih tarikh yang sesuai dan kelapangan. memilih rona biru-putih untuk pembalut tubuh, aku dihias ringkas untuk nampak lebih bersedia pada tarikh itu. lima dulang beronakan biru-putih berbalas tujuh dulang beronakan hitam-putih menjadi pilihan kami sebagai hantaran merangkap pengiring cincinku.

dalam majlis pertunangan yang serba ringkas, jari manisku disarung cincin tunang, dan cincin risik oleh ibu mentuaku sebagai tanda merestui ikatan kasih ini.

alhamdulillah. semuanya selesai dengan sempurna walaupun pelbagai yang datang melintang. namun berkat bantuan penduduk kampung, saudara mara, ipar-duai, adik beradik serta mak dan ayah kenduriku berlangsung dengan meriah sekali. terima kasih juga buat keluarga sebelah tunangku kerana sudi menerima diri ini sebagai salah seorang ahli keluarganya. terima kasih juga buat tunangku kerana sudi melamarku sebagai suri hati.

tiada janji, tiada harapan, tiada permintaan yang ingin ku katakan. semoga ALLAH merestui perhubungan kita, melindungi kita sekeluarga dari segala keburukan, fitnah, hasutan dengki dan kecelakaan. terimalah diri ini seadanya. carilah secebis keistimewaan disebalik segunung keburukan dan kelemahan yang ada pada dri ini. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diriku semata-mata. bimbinglah, pimpinlah diriku kejalan yang di redhai. moga Allah merahmati..

2 comments:

Cak Kra WaLa said...

amin. i Love u Sayang***

Akak said...

Tahniah dari akak untuk kamu berdua :)

Muah!