bunyi enjin kenderaan yang masuk di celah tingkap buat makissa tak lena tidur. puas dibalik-balikkan tubuhnya bagai ikan sedang di panggang, namun mata bundarnya masih bercahaya memerhati tirai jendelanya menari mengiringi rentak tiupan angin kipas siling. cahaya lampu jalan dipersalahkan. konon makissa terganggu dengan silauannya. untuk seketika kamar tidurnya diterangi kilauan lampu bagai kelab malam. mungkin abang peronda sedang menjalankan tugas. tujuannya memastikan makissa terus selamat dikediamannya.
bertukar posisi ke kiri. mencari keselesaan tubuh yang lenguh-lenguh. pelik. betapa degil mata makissa malam ini. bukan untuk malam ini sahaja. sejak sendirian dia sukar melelapkan mata. deruan enjin kenderaan buat degup jantung makissa kencang. luas jalan raya bagai terbentang bak lautan membiru. demikian buat makissa gusar. langkah perlu diteruskan. setelah kakinya patah, dia perlu terus melangkah. walau dengan tongkat sekalipun. mengalah bukan jalan terbaik.
sekadar melepaskan diri sendiri sudah memadai buat gadis seperti makissa. sekurang-kurangya dia tidak menumpang tuah orang lain. "mak tahu adik tabah. menangislah tatkala kau jatuh. bangkit dan melangkahlah kembali. usah kau fikir apa kata sekeliling. sekadar lepas untuk diri sendiri, kau pasti bahagia, mak bersyukur" kata-kata perangsang bonda kekasih tercinta bekal mengiringi langkah terutama saat melintas jalan raya :)
No comments:
Post a Comment