kelam malam ini aku berselubung rindu. kedinginan angin malam selepas hujan tidak aku rasakan. kehangatan cintanya mengalahkan segala. aku tewas. aku rebah menyerah diri mengaku aku sedang rindu. ku akui aku mula jatuh cinta. cinta padang pasir barangkali. kehangatan cinta ini buat aku lebih berani.
ahh.. sialan mulut-mulut itu. mereka hanya tahu berbicara. sedang mereka bahagia, cintaku porak peranda dibuatnya. mungkin kehadapan ini tidak lagi. aku pasti membina benteng, mencipta perisai untuk melindungi cinta ini.tiada lagi cinta selepas ini. aku pasti. ya! aku yakini.
No comments:
Post a Comment