Tuesday, July 6, 2010

15 minit


saat mata ku pejam tanpa lena,
tiada sebarang khuatir ku fikir,
ku percaya kau jujur setulusnya,
demikian cinta kita tak kan berakhir

kelopak mata ku angkat perlahan,
cahayamu bagai permata bergemelapan,
fikiranku menerawang, menerjah tembus langit ke tujuh,
sesaat kuhilang pedoman akal dan fikiran,

kau impianku, kau ku mahu,
aku pasti mustahil ia berlaku,
aku tak mampu!

tapi kini, kau disisi ku,
menghiasi kekosongan tangan kiriku,
terus bersamaku saban waktu,
menghitung waktu demi waktu,

kau tanggungjawabku,
kau teristimewa buatku,
kau hadir tanpa dugaku,
kau hadiah dari cinta hatiku,

1 comment:

pelangi said...

moga bahagia ek.....
doakan aku....
huhuhuhu....