Monday, July 5, 2010

WARKAH BONDA

ASSALMMUALAIKUM MAK..

MAK. ADIK BENAR-BENAR RINDUKAN MAK. DAH HAMPIR SEBULAN ADIK TAK PULANG KEKAMPUNG RASA EMPAT KURUN LAMANYA. MAK, DEMI RASA CINTA, KASIH DAN SAYANG ADIK PADA MAK, ADIK TURUTI SEGALA KEMAHUAN DAN KEHENDAK MAK. KALAU DIPINTA NYAWA INI SEKALIPUN, AKAN ADIK SERAHKAN DENGAN RELA HATI.

MAK. ADIK TERPALING JAUH. TERUS MELANGKAH DAN HAMPIR HILANG PEDOMAN DAN ARAH TUJU. TAPI TERIMA KASIH MAK, ADIK TERDENGAR SAHUTAN SUARA MAK SERU NAMA ADIK. ADIK TERSEDAR. CEPAT-CEPAT ADIK PELUK MAK. ADIK MENYESAL PERGI JAUH. ADIK LEKA DENGAN KEINDAHAN DUNIAWI. ADIK LALAI DENGAN TANGGUNGJAWAB ADIK. SYUKUR MAK BERSAMA.

MAK. SURATAN TAKDIR ADIK LAHIR MACAM NI. TAK SEMPURNA UPAYA, CACAT ANGGOTA. TAPI MAK TAK PUTUS ASA. BAGI ADIK MASAK SEDAP-SEDAP, BAGI ADIK MAKAN KENYANG-KENYANG BIA ADIK SIHAT DAN MEMBESAR MACAM KANAK-KANAK LAIN WALAUPUN ADIK SELALU SAKIT DAN DEMAM. MAK HANTAR ADIK KE SEKOLAH, MAK AJAR ADIK BERJALAN. MAK BERHABIS DUIT HANTAR ADIK BERUBAT DAN BERGOLOK BERGADAI MASA BESARKAN ADIK.

MAK. MAK SANGGUP LANGGAR POKOK GETAH SEBAB NAK BELAJAR BAWA MOTOR SEMATA-MATA UNTUK HANTAR ADIK KE SEKOLAH. TAPI MAK TABAH. MAK KUAT SANGAT. MASA ADIK SEKOLAH ADIK TAK PERNAH PAKAI BAJU MURAH-MURAH. MAK CAKAP ADIK KENA PAKAI BAJU MAHAL SEBAB ADIK SELALU JATUH NANTI BAJU KOYAK SANA SINI. KASUT DAN BAG PUN MACAM TU JUGA. SAMPAI KAWAN-KAWAN CAKAP ADIK ANAK ORANG BERADA. TAPI TAK SEBENARNYA. ADIK KAYA KERANA MAK LAH HARTA ADIK.

DAH BESAR NI PUN MAK ANGGAP ADIK MACAM BUDAK-BUDAK LAGI. HARI-HARI MAK TELEFON BUAT LAPORAN HARIAN. KITA BERTUKAR CERITA, PENGALAMAN DAN KENANGAN. SERONOK BILA DENGAR SUARA MAK GELAK. KADANG-KADANG MULUT GATAL NI SERING MENYAKAT MAK SEBAB NAK DENGAR SUARA MAK MEMBEBEL SEKURANG-KURANGNYAMENIGGIKAN SUARA. SERONOK RASA BILA ADIK BERPELUANG MENYELAMI JIWA MAK.

MAK. SETIAP KALI MAK TAK ADA KAT RUMAH, SEDARA-MARA YANG DATANG RUMAH AKAN TELEFON ADIK TANYA MAK KAT MANA WALAUPUN ADIK SENDIRI JAUH KAT SINI. KADANG-KADANG KELAKAR JUGA. ADIK-BERADIK LAIN PUN SELALU TANYA MANA MAK BILA MAK TAK ADA DI RUMAH ATAU TAK DAPAT DI HUBUNGI.

MAK. KALAU MAK BACA ENTRY NI, APA PERASAAN MAK YER? DALAM NI BANYAK CERITA PASAL MAK. SUSAH ADIK NAK KONGSI DENGAN ORANG LAIN. MAK JER YANG TAHU SUKA DUKA HIDUP ADIK. MAK CAKAP APA YANG ADIK LALUI SAMA MACAM APA YANG MAK TEMPUHI SEPANJANG KEHIDUPAN MAK HINGGA KINI. BEZANYA, ADIK ADA MAK UNTUK MENGADU. DAN SEKARANG MAK ADA ADIK UNTUK MENGADU JUGA.

MAK.... ADIK RINDU MAK SANGAT-SANGAT. TERASA DALAM HATI NI, MAK TENGAH FIKIRKAN ADIK DAN NAK ADIK DI SISI. INSYAALLAH. KITA BERJUMPA LAGI.

No comments: