perbualan telefon di antara kak nora (k.nora) dan kak iza (k.iza)
k.iza ; kak, kenapa tak bagu tahu saya dia ada perempuan lain? kalau akak tak kesiankan saya atau tak suka kat saya pun kesiankanlah anak-anak kami, anak-anak buah akak juga.
k.nora ; bukan macam tu. dia memang dah lama berkawan dengan betina tu. tapi akak tak sampai hati nak bagi tahu. kang cakap akak saja mengapi-api kan kamu. kamu pun tahu kita tak berapa mesra, takkan kamu percaya apa yang akak sampaikan nanti. mcam mana kamu boleh tahu cerita ni?
k.iza ; saya jumpa gambar dia dalam handset suami. kami pun bertengkar. lepas tu kan kak betina tu hantar email, mesej dan telefon saya. maki hamun saya dan cakap bukan-bukan. dia cakap saya kacau hubungan mereka.
k.nora ; kamu tak payah fikir-fikir dah, lebih baik kamu ke mahkamah. nak tunggu apa lagi? lelaki macam tu, dia takkan pernah puas. tinggalkan aja dia, ambil anak-anak semua. perempuan ni boleh jer hidup tanpa lelaki.
***
k.iza ; apa pendapat adik kalau akak bercerai? akak dah tak tahanlah dik. akak nak bawa anak-anak akak pergi jauh. tapi adik janji dengan akak jangan bagi tahu sapa-sapa yer?
adik ; akak dah fikir msak-masak ker?
k.iza ; adik pun perempuan kan. mana ada perempuan yang nak hidup berkongsi. akak tak sanggup nak bergaduh hari-hari. kesian kat anak-anak. tertekan mereka.
adik ; maaflah kak adik nak cakap sikit. adik tahu adik budak lagi dan belum kahwin. tapi sebagai seorang perempuan adik tahu betapa peritnya bermadu. tapi hidup menjanda pun bukan benda mudah kak. akak tahu tak, bila terdetik jer niat mcam tu, syaitan lompat-lompat gembira. ntah-ntah siap buat parti meraikan kejayaan mereka merobohkan masjid akak.
k.iza ; akak dah tak tahan dik. akak tak tahu nak buat apa dah. akak tertekan. akak nak balik kampung, jumpa mak ayah, minta ampun maaf dan minta nsihat sekali.
adik ; baru sekarang akak nak balik kampung? dah jadi macam ni baru akak ingat yang mereka masih wujud? kak, semua ni berlaku kerana sikap akak juga. allah nak tunjuk. tengok sekarang? apa dah jadi?
k.iza ; akak tahu akak banyak salah dik. akak nak minta ampun, maaf. nak sujud kat kaki mak. akak menyesal dik
adik ; macam ni lah kak. akak cuba pergi jumpa kaunselor minta nasihat. dalam masa yang sama akak pergi jumpa ustaz-ustaz minta pendapat dan air penerang hati. mana tahu, boleh lembut dan bukakkan hati akak suami isteri.
k.iza ; tapi dik, akak nekad hujung minggu ni nak keluar rumah. akak nak bawa anak-anak semua.
adik ; akak ni, bukan itu jalan selesainya. cuba akak nasihatkan isteri-isteri lain supaya mereka bercerai dengan suami mereka. dia orang nak tak? mesti tak nak kan kak? tak ada perempuan yang nak diceraikan. pengaruh lelaki dalam hidup perempuan kuat kak. sebab tu mana ada kes lelaki lari ikut perempuan. ada tu memang ada. tapi kebanyakan, perempuan lari ikut lelaki, sanggup gadai maruah, tinggalkan mak ayah, anak-anak dan keluarga sendiri. memang senang bercakap kak. yang menanggungnya akak. adik pun perempuan. soal perasaan kita tak boleh nak tipu.
***
adik ; mak, adik kecewa dengan kak nora. ada ke dia suruh kak iza cerai?
mak ; natah lah dik. kau pun dah besar. kau boleh fikir. nanti kalau dah kawin jangan pulak kau dengar cakap orang ke tiga. tetapkan pendirian. ada otak, boleh fikir cerdik-cerdik. apa guna mak hantar sekolah tinggi-tinggi? suami segala-galanya selepas ibu bapa. macam mak ni ha. dah tak ada mak ayah, ayah kau lah segala-galanya. adat rumah tangga, sedang lidah lagi tergigit.
.....
No comments:
Post a Comment