Bob Lokman ditahan kerana tiada tauliah untuk menyebarkan / berucap mengenai agama. ish ish ish... makin dasyat dunia kita ni kan kawan-kawan? macam-macam hal. bob tu buat benda salah ke? berdosa ke? kenapa undang-undang makin mengharamkan yang halal, menyalahkan yang benar?
Artis 1 dan Artis 2 kenapa masih bebas bersuara bagaikan tidak takut dosa, tidak akan mati dan macam tak pernah belajar agama? sedangkan si Superman Malaysia yang kini popular dengan lagu Karma pernah melalui saaat kontroversi yang panas dan kalau tak salah pernah di gam kerana aksi beraninya.
setahu akulah kan, malaysia ni ada undang-undang berpakaian. ada akta yang boleh dikanakan kepada sesiapa yang berpakaian menjolok mata. kalau tak salah aku lah. korang yang baca artikel tolong google kan untuk aku boleh. kalau aku salah tolong betulkan yer?
berbalik kepada kisah penahanan bob lokman. bukan ke rasulullah ada berkata. 'berpesan-pesan walau dengan satu ayat'.. macam tu lah lebih kurang. wallahhualam. (kalau aku salah tolong betulkan iyer. kalau tak, kita sama-sama berdosa). salah ke apa yang si bob tu buat? sama juga macam penceramah-penceramah bebas yang lain. berhak bersuara, menyampaikan pesanan, berucap untuk sesama umat demi bangsa agama dan negara.
aku akui, aku pun jahil bab agama. sembahyang aku pun fail. tapi itu bukan alasan untuk korang amik mudah tajuk nie. kalau korang rasa ada info lagi kuat. please fikir-fikirkan kebenarannya. aku terlalu jahil, tapi aku takut dengan dunia sekarang.
subhanallah. wallahhuallam. sesungguhnya yang baik itu dari Dia, yang buruk itu dari aku seadanya.
No comments:
Post a Comment