what you give you get back. aku suka betul dengan ayat ni. sememangnya aku percaya dengan ayat ni. memang betul pun. apa yang kita buat, apa yang kita bagi, itu akan berbalik kat kita.
yang aku pelik, kita ni nak macam-macam dari orang lain. tapi kita sendiri tak mahu untuk menyumbangkan apa-apa. mana boleh macam tu. setakat di mulut boleh lah. cuba laksanakan, buktikan betul-betul barulah orang percaya.
kita akan hebat bila kita buat orang lain hebat. kita akan berjaya bila kita tolong orang lain untuk capai kejayaan dia. bukannya syok sendiri, bukan tamak dan bukan jadi penghalang. untuk kita jer. untuk orang lain tak boleh.
tak salah kita lepaskan dia, kita bagi apa dia nak. dia buat untuk dia. bukan menyusahkan kita pun. bila dia dapat apa dia nak mesti dia gembira. kita pun tumpang bahagia. asalkan kita tak sekat-sekat kemahuan dia.
jangan asyik fikir yang negatif jer. cuba fikir jauh-jauh.
- apa yang aku buat, apa plak yang dia dah buat?
- apa yang dia dapat, apa plak yang dia dah dapat
- apa yang dia bagi, apa plak yang aku dah bagi.
- apa yang aku nak, apa plak yang dia nak,
-macam mana dia dapat sesuatu, macam mana pulak aku dapat sesuatu tu?
setiap benda bukan minta balasan, bukan harap pun dibalas. tapi kita boleh balas dari aspek lain. contoh nya dia bagi kita bunga, tak semestinya kita kena bagi bunga kat dia semula. kalau kita tak mampu cukup sekadar kita benarkan dia beli bunga untuk diri dia sendiri.
sebabnya, dia permudahkan kita... tak salah kita permudahkan pulak urusan dia.
kalau kita asyik rasa dalam hati, asyik fikir sampai pening-pening kepala tak guna. cuba realisasikan. cuba buat. cuba amalkan. kau akan rasa. apa yang kau rasa itulah yang dia rasa bila dia yang kena. memang susah nak buat apa yang kau tak suka, macam tulah dia juga. dengan syarat kau buat dari hati. dengan ikhlas dan hati yang terbuka. kau pasti puas dan gembira.
bukan kerana nak balas jasa, bukan kerana nak tamatkan perbalahan. keikhlasan kau mampu menjadikan sesuatu itu lebih suprise dan special. serius aku cakap. kau akan rasa puas bila kau dapat bagi apa yang dia nak. kau kena sokong dia.
bukan sokong benda yang berkepentingan jer. asalkan benda tu ada faedah untuk kau, kau sokong dia sebab kau tahu, kau yang dapat untung, kau yang dapat hasil.... bukan, bukan...
kau kena sokong dia walaupun kau tak dapat apa-apa hasil. sebab keperluan setiap manusia berbeza-beza. kehendak, minat dan kemampuan juga berbeza-beza antara kita walaupun kita sama-sama jantina. so, 'bebas' kan dia. jangan jadi penghalang. contohnya
1. mentang-mentang kau dah besar, kau halang adik-adik kau main masak-masak
2. disebabkan kau dah tua, kau bising bila budak-budak pandai IT.
3. oleh kerana kau tak tahu dan tak minat benda tu, kau tak mahu dia beli.
4. mentang-mentang kau dah kahwin kau anggap orang bercinta tu buang masa.
mana boleh macam tu. sepatutnya kau kena profesional. open minded sikit. baru orang respect. oepen minded jangan sampai orang boleh ambil kesempatan. profesional, tunjuk kematangan.
suatu hari, kita tak pasti, ntah-ntah dia lagi hebat dari kita. sekurang-kurangnya kita kena berani terima benda baru. berani terima perubahan. seronok mengeksploitasi pembaharuan. terima minat orang lain. tak nak joint pon tak pelah. janji kau tak jadi penghalang.
ini tak. kau tak minat benda tu.. kau halang dia buat. macam dia ganggu kau, macamlah dia susahkan kau. itu lagi buat kau tensyen. dia memberontak nak buat, kau memberontak tak bagi. padahal kalau kau lepaskan dengan berhemah dan matang. selesai... small matter jer pun.
kalau kau sendiri tak mampu nak tolong, cukup sekadar kau biarkan, lepaskan dan bebaskan. maksud aku keizinan, sokongan kau dah cukup mambantu. dah lebih dari berharga dari kau sekat-sekat. kepercayaan tu perlu. kau mesti simpan kepercayaan yang dia buat tu ada sebab. jangan cepat melenting.
benda-benda ni kena buat oleh semua orang. tak kisah suami-isteri, ibubapa-anak, abang-adik, sahabat, kekasih, bos-pekerja dan sebagainya. sebab apa yang biasa berlaku pangkat membezakan segalanya. mentang-mentang pangkat dia tinggi, dia guna kuasa veto.
bukan jer pangkat jusa tu semua. contoh
1.kalau kau sebagai ibu/bapa - mula bertindak nak control anak-anak & menantu
2. kalau kau suami - mula rasa hebat sebagai seorang lelaki bergelar suami sampai hilang respect pada isteri
3. kalau kau abang/ kakak - mula nak tindas adik-adik, tak mahu terima pendapat adik-adik. rasa hebat sebab kau lebih tua. mula membeza-bezakan zaman kau kecik-kecik dengan zaman dia sekarang... woii! kalau nak cerita zaman dulu-dulu, mak aku pun muda lagi.
tak salah kau nak take care orang. kalau kau mampu berkongsi minat orang lain, kau akan jadi orang yang paling di senangi. dia pun selesa dengan kau. biarkan apa dia nak buat. asalkan tak memudaratkan. manusia ni, selagi tak nampak hasil, selagi tu dia tak puas. kau kena hargai keistimewaan dia. kelebihan yang dia ada. tak baik kalau kau cubasekat-sekat dia. nanti dia makan hati, culture shock dan seterunya terpesong.
please lah... what you give you get back. malu lah sikit. ada yang lebih hebat lagi. allah hu akbar..
No comments:
Post a Comment