Tuesday, February 2, 2010

kesian aku tengok makissa. mengeletar kepala lutut tatkala keganasan itu berlaku. tak sangka, hening pagi itu berubah menjadi pagi yang gelap dan menggerunkan. aku lihat makissa pucat lesi menahan takut. perasaan benci bercampur baur dalam hati. mengapa masih ada manusia begitu? punya segala. cukup kaki tangan dan sempurna paras rupa. langkah lurus, lengkap segala harta di dunia. apa lagi mahumu? aku lihat makissa melangkah lemah. penuh seksa melihat gaya langkahnya yang bagai orang menari dalam keadaan mabuk.

manusia itu terus bersuara lantang. melepaskan segala lumpur, dan keladak yang terkumpul di dalam hati. dalam wajah yang tenang, makissa pinggirkan diri. elak menjadi mangsa keadaan dan bermusuhan.

manusia, manusia, manusia. kuat di dalam hati makissamahu keluar dari tempat ini. tempat ini bukan tempat makissa. makissa tak layak berada di sini.

3 comments:

Gemini said...

sabar la makissa. kita ni x boleh lari dari bermacam-macam masalah. masalah menunggu kita dan mengejar kita. selagi kita masih bernyawa.jangan tewas dengan masalah.

selalunya, kita akan di uji, sebelum DIA meletakan kita di tempat yang terbaik.

makissa said...

dduk kt tempat terbaik lagi kne uji. ujian dr DIA 2 bentuk... kesenangan n kesusahan. sumer cra nk tgok sejauh mne kita ingat DIA.

Gemini said...

ingat mengingati...