ade sorang pakcik ni. sangat terkenal kat kawasan felda kampung makissa. orang panggil dia Bakar wiyering coz kehebatan dia dalam membaikpulih masalah elektrik dan pempaipan. aku panggil dia pakcik Bakar lah kan. takkan nak panggil Bakar jer. mau nye mak aku 'bakar' mulut aku nanti.
suatu petang.....
pakcik Bakar dengan motor honda EX5 yang aku tak ingat plat nombornye datang ke rumah aku. kak nor..kak nor.. (nama mak aku, yang diabaikan sebutan R nye) jerit pakcik Bakar. (aku pelik, setiap kali dia datang umah aku, dia tak pernah panggil nama ayah aku. nama mak aku juga yang dipanggilnya.). bang Kadir, kak Nor ader? (dalam slanga melaka nya, kerana dia asal dr melaka bandaraya bersejarah.)
tatkala dia nampak jer muka mak aku keluar dari pintu bilik, dia pon mula buka cerita.
kak Nor nak tahu, aku tengok lembu jantan beranak... cerita pakcik bakar bersungguh-sungguh.
kek mano? kau takyah buek tembeghang lah Bakar. bilo pulak lombu jantan beranak. (gaya bahasa emak yang tak pernah berubah atau diubah sejak lahirnya lagi.). lombu yang mano satu bakar? yang Jantan kandangkan kek kobon tue ko? (gaya bahasa ayah juga seperti emak hendaknya). dengan muka suci tanpa rasa bersalah ayah mengajukan soklan sambil menyedut asap pradadahnya. huhuhuhu. sepeti biasa, pakcik Bakar akan kuciwa bilamana taktiknya untuk mengenakan orang tidak menjadi.
arakian diterangkan oleh pakcik Bakar kepada emak yang masih terkebil-kebil tidak faham. jantan yang yang dimaksudkan bukanlah jantina kepada lembu tersebut, tetapi tuan empunya lembu yang namanya pakcik Jantan. Memang kebiasaan manusia akan mengaitkan binatang peliharaan atau nama perempuan dengan nama pemiliknya. seperti emak aku contohnya, orang panggil kak Nor Kadir, sebab ramai sangat Nor kat kawasan rumah aku tue. lain-lain contoh. macam, lembu Karim, kambing Hassan, kedai Pian dan lain-lain yang dikaitkan dengan nama tuan empunya.
macam tu jugaklah dengan lembu Jantan. sebenarnya yang dimaksudkan ialah lembunya si pakcik Jantan.
hantu kau Bakar, kau kono kan Nor yo.
kahkahkahkahkah.....
No comments:
Post a Comment