sepuluh tahun dah berlalu. tapi aku tak pernah melupai mu. wajah, nama dan suaramu kdang aku rindu. kita akrab sekali. jarang sekali kita betikam lidah. segala kekhilafan kau fikirkan positif sahaja tentang aku. namun kini hampir setengah dekad kita tak bertemu. kita melangkah membawa haluan sendiri. kau bersama suami, lelaki yang kau kenali sejak kau merantau selepas spm.
bercerita pasal suami aku teringat sesuatu tentang itu. kau bilang kau mahu lelaki anak tunggal yang tak punya ibu bapa. kata kau, lelaki begitu mudah di ajak berunding. tak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung siapa bila hari raya, kau tak perlu makan hati bila lelaki itu yakni suamimu melayan lebih ibunya. kau berpendapat lelaki begitu tiada tanggungjawab kepada keluarganya, selain kau sahaja. pelik betul pandangan kau. aku benar-benar terkasima. bukan tidak bersetuju, tapi aku kagum dengan cara kau berfikir. teliti, sistematik dan penuh hati-hati.
beberapa purnama lepas aku dikejutkan. ayahandamu pergi dijemput pencipta kita. berita yang benar-benar menambahkan rinduku yang sedia menggunung. aku cuba meringankan jemari menghubungi dirimu yang pasti masih bersedih.
alhamdulillah. kau masih mengenali diri ini. kau katakan kau kini yatim dan piatu. ya, aku tahu. ibumu pergi hampir dua dekad yang lalu. tersentuh dengan kata-katamu. ku beritahu, kau masih ada aku, kau ada saudara darah dagingmu dan paling penting, kau punya suami. punya mentua yang sangat menyayangimu, punya ipar-ipar yang menghormatimu.
telahanmu tersasar jauh kawan. suami yang kau kahwini berbeza dengan kata-katamu sedekad yang lalu. sebaliknya, kata-kata itu berbalik kepadamu. wallahhualam. suami mu anak sulung yang tentunya punya tanggungjawab pada keluarga. dan tentunya kini kau tak perlu bising mengatur giliran kampung siapa untuk berhari raya. kau yang perlu beralah kawan. kau seorang isteri sayang. kau tak mampu menguasai suamimu. kau hanya manusia. tak berupaya menongkah langit mennetukan jalan hidupmu. kau perlu berpijak di bumi yang nyata. di mana bumi di pijak, di situ langit perlu kau junjung. ingat tu kawan..
No comments:
Post a Comment