Monday, October 18, 2010

perasan kekadang

sehingga dewasa kini, adik tidak pernah mendengar luahan emak mengenai perihal adik. seronok ke punya anak seperti adik? benci ke? kecewa ke?.. tapi tidak pernah sesekali emak bercerita tentang itu. kadang, adik sengaja melengah-lengahkan bangun pagi, mencuri dengar perbualan emak dengan ayah atau dengan adik kesayangan emak. namun hampa. kisah antara emak dengan adik bagai disimpan dalam fail sulit tidak boleh dilupus akan disimpan di arkib hatinya.

hari ini adik terpanggil untuk membaca beberapa tampalan dari ibu bapa si anak sepastik. anak-anak seperti adik juga. bezanya, mereka tidak mampu mengurus diri seperti adik. mereka kekejangan dan sentiasa terbaring. perlu pengawasan setiap masa. hurmmm... kisah mereka betul-betul menyentuh hulu hatiku yang sememangnya sebak tentang kisah-kisah seperti itu.


kebanyakan tampalan megharapkan keajaiban, si anak mampu mengurus diri sekurang-kurangnya. mahu melihat anak-anak senyum, terkekek-kekek ketawa, lincah berlari, dan bersera makan. mengimpikan si anak memanggil nama ibu, mama, ummi, abi, ayah, @ papa. ke sekolah, mengejar cita-cita dan bekerja mengurus kerjaya pasti cukup membanggakan orang tua.

tiada satu tampalan yang ku jengah meluah rasa keluh kesah menjaga si anak. tiada ibu yang merungut tak cukup tidur melayan karenah si manja istimewanya. melainkan, harapan doa dan impian melihat anak terus bernyawa dan semakin baik dari semasa ke semasa. tiada ibu yang mengizinkan si anak dijemput illahi.

hanya kesabaran yang bergunung-gungung, kekuatan yang berbakul-bakul, kesungguhan seluas lautan dan doa yang berpita-pita diperlukan. DIA MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA BIJAKSANA.

sesuatu yang masih berbekas dalam ingatan adik. 5 tahun kebelakang. sememangnya sepurnama sebelum itu adik mewakilkan emak ayah mengambil sumbangan untuk OKU di sekitar kampung. sumbangan berupa kain pelikat, beras dan sedikit makanan ringan. hari itu emak menghubungi adik menggunakan talian TELEKOM (sekarang dah tukar ke TM).

emak bertanya khabar dan perancangan untuk pulang ke kampung. namun aktiviti harian yang penuh kerana adik baru sahaja berdaftar masuk ke asrama terpaksa membatalkan semua perancangan ke kampung. tiba-tiba emak senyap.

adik : kenapa mak diam?

emak : maso omak ambik sumbangan OKU dongan ayah kau aghi tu, ado bogheh (beras) skali. kalau simpan lelamo kang, dimakan dek bubuk tak pon kumbang bersarang.

adik : abih tu, mak masak lah. makan dongan ayah. yang poie simpan sapo soghoh?

emak : takpo ko omak masak? ayah kau maghah kang. itu kan ahmad albab yang punyo, eh, kau yang punyo.

adik : laaa hai. bogheh yo pon. mak makan lah, dah jimat. tak payah boli. kalau baghi kek adik pon camno adik nak masak kek asrama ni?

emak : tak do lah. itu kan sumbangan untuk kau. bodoso kalau orang lain yang makan. sodangkan sisir rambut anak yatim bosar pahalo, nikan pulak, rambut ea gugur. tak ko bosar doso ea?

adik : itu anak yatim. adik anak Kadir. tau dek ayah mak tukar2 namo ayah, mau di paghang (parang) dek ayah kang.

emak : ayoooo botuah boto lah. omak cakap boto ni. mak tak nak bodoso.

adik : mak ayah yang lahirkan adik. makan yolah. tak do salah ey do. kain pelikat tu, bg kek ayah. tak payah pikir2 lah.

emak : kau halalkan kan yo? omak minta maaf banyak2. omak terpakso. kang simpan lamo2 bogheh tu, langsung tak buleh makan.

adik : makan yolah... jangan beghobot (berebut) dengan ayah sudah. tu laie bodoso.

*************************

1 comment:

Gemini said...

banyak betol "O" dio yo...hehehe...
bertuah dapat makayah macam tu, klau dapat kat orang lain yang tak berfikiran macam tu, habehhh hak2 orang cacat macam kite ni.musnah di bueknyoo....