Tuesday, March 9, 2010

cantik

aku akui kebenarannya. dia sememangnya cantik. senyuman, lirikan mata malah tutur bahasanya yang lembut juga menyerlahkan kecantikannya. tiada siapa atau apa-apa yang boleh menyangkal kelebihannya itu. setiap kali dia tersenyum banyak hati yang runtuh bergoyang.

aku akui aku cemburu. apa sahaja pakaian yang membaluti tubuhnya nampak sesuai dan sentiasa cantik. walau dia sakit dan letih, dia masih cantik. walau tika dia menangis atau marah dia tetap manis. wajahnya menenangkan, melembutkan hati yang bertentangan, menyejukkan bara.

apakah rahsia dia? setahu aku dia tak menggunakan susuk, botox mahupun ilmu hitam. aku percaya dia tak melakukan pembedahan. ya, aku yakin dia sememangnya cantik semulajadi.

dia punya ramai kenalan. semua mereka selesa berdamping dengannya. adakah kerana kecantikannya? kalau begitu aku juga mahu secantik dia. aku juga mahu seperti dia, disenangi dan punya ramai kenalan. benar aku mencumburui dia.

tapi bagaimana jika suatu hari nanti kencantikan itu berubah menjadi hodoh? bagaimana nanti bila usia meningkat? pasti wajah cantik itu dihiasi bintik-bintik hitam dan garis-garis penuaan. pasti wajah muda itu diganti dengan kedut-kedut seribu. bagaimana jika semua itu berlaku nanti ya? hilangkah semua rakan-rakan seperjuangan? pergikah semua kenalan-kenalan yang mengimpikan senyuman dan wajah cantiknya dulu?

ahhh aku benar-benar keliru. apa sebenar yang mereka mahu?

1 comment:

Cak Kra WaLa said...

makissa jangan khuatir akan semua tu, sebab semua mahkluk kat dunia tidak akan kekal kecantikan, kehensemannya jikalau HATI kita tak seindah wajah.

kerana HATI adalah segala2nya. Jika HATI suci,suci jugak lah wajahnya walau usia meningkat, wajah dah berkedut sana sini,
dan kalau HATI busuk, wajah seindah mana pun tetap akan nampak hodoh, walau ditampal bedak sejuk setebal2nya, tetap sama.

HATI adalah segalanya.
seperti mana makissa pernah cerita dulu.