Tuesday, November 15, 2011

A B C D E F G H

untuk menjadi seorang yang berkualiti, mana-mana kita pergi perlu ada A B C D E F G H. apa tu eh?

A - ADAB
perlu ada budi bahasa. adab sopan. jangan kurang hajar. main terjah tanpa fikir hak orang lain. haluan dan jalan manusia berbeza-beza. perlu hormat kerpeluan, kekurangan dan kepentingan orang lain.

B- BANTU
saling bantu-mambantu. kau tolong aku. insyaallah nanti aku boleh tolong kau dengan senang hati. tak gitu?
  rajin tolong orang, insyaallah allah permudahkan urusan kita pula. bila kita membantu, kita pun pasti dibantu.

C - CERIA
masuk kerja ari isnin jam 8.00 pagi, muncong dah panjang sedepa. boleh gantung sepuluh hanger. per cer? cuba senyum cikit. ceria, berfikiran fositif. barulah lah hati ada munga-munga. hari isnin kan hari kelahiran nabi kita. keluar dari umah langkah kaki kanan, baca bismillah. lagi elok pakai cantik-cantik. tak semestinya kena pakai yang baru..

D - DEDIKASI
berdisplin dan mengikut undang-undang dengan hati yang terbuka tanpa sebarang rungutan dan syak wasangka. berdedikasi menjadikan hidup kita lebih sistematik teratur dan nampak hebat. mesti orang respect tabik spring toingg toinggg kat kite. cer try buat..

E-EXCELENT
nampak lebih berkeyakinan, bersemangat dan bersungguh-sungguh. E juga sesuai untuk EQUANA. untuk sesetengah tempat, kawasan dan keadaan, kita perlu menjadi pelakon yang hebat bagi menyembunyikan aib sendiri atau sekadar menjaga hati orang lain yang mengaibkan. hahahahahaaaa.

F- FUN
jadikan hidup ini umpama hiburan. menyeronokkan, releaks dan santai. barulah kita tak stress, menyampah atau bosan. semangat kobar-kobar rasa.

G- GAME
kalau dah memang tensyen, stress tahap laut dalam, boleh cari game yang bersesuaian dengan jiwa dan masalah yang dihadapi. kalau shi, shi main boling. bila tengok pin tu kecik-besar, kecik besar jer... kompem straigh.. hahahaa

H -HELLO
hello-hello dengan orang tersayang. sahabat handai, saudara mara, kaum kerabat dan yang sama waktu dengan nya. mengeratkan silaturrahim. kita lebih dihargai.

2 comments:

Gemini said...

Hello awak...;)...

makissa said...

owhhhh... sedang mengeratkan silaturrahim yer?