Thursday, October 29, 2009

kekasihku


Benar kata pujangga. Demi kekasih sanggup ku korbankan. Rela aku yang yang dicerca. Rela aku yang dipijak hancur. Sanggup aku dicincang lumat. Pasrah aku dirobek rakus. Namun, pantang kekasih disentuh. Pantang jua rambutnya gugur walau sehelai. Nyamuk pun tak ku izin singgah pada kulit nya. Dia kekasihku. Kekasih dunia dan akhirat. Syurgaku dibawah telapak kakinya. Sungguh tercabar jika kekasihku menangis lagi. Tiada air mata lagi untukmu kekasihku.
Kekasihku, tiba saat untuk dirimu berbahagia. Menimati hidup, mengumpul pahala, menghimpun doa dan mebina keberkatan. Tiada lagi kegusaran buatmu. Percayalah. Tiada siapa lagi akan menyentuh rakus dirimu. Yakin lah. Dirimu dilindungi.

Beza

Benarlah, antara kita tetap ada jurang. Tiada laluan untuk kita berhubung, tiada ikatan yang menghubungkan kita. Aku dianaktirikan. Aku dipinggir ketepi. Aku dibuang tak bersisa. Kini aku semakin mengerti, tiada sesiapa disisi antara kalanganmu. Ruang ku sempit untuk bersamamu, tembok paling tinggi menghalang antara kita, benua yang luas memisahkan kita. Entah lah. Kau dan aku bagai langit dan bumi, jauh panggang dari api. Ku berkira-kira, biarlah selamanya kita begini. Sampai bila pon kau tidak akan mengerti bahawa aku makan hati.

Tuesday, October 27, 2009

lelah ku bawa hingga lena


Malam mula melabuh tirai. Bertukar gilir dengan mentari yang bertugas sejak terbitnya pagi. Aku yang penat masih tersisa di setiap otot-otot tubuh semakin ergoda dengan pujuk rayu si kelopak mata. Seakan-akan membicarakan madah-madah cinta bersama lambaian tilam empuk dan bantal busuk. Leganya tatkala sampai ke rumah. Bagai diselamatkan sang putera raja dari genggaman penjnayah rakus. Aku semakin asyik dengan angin kipas. Lena bertamu mengubat lesu.

Saturday, October 24, 2009

RINDU merindui, CINTA dicintai

di tabir katil RINDU berselimpuh. merenung rembulan nan suram. hari berganti bulan, bulan bergati tahun, tahun pula silih berganti. namun RINDU masih setia. tak pernah berputus asa menanti CINTA yang tak kunjung tiba. siapa CINTA? di mana CINTA?

siapa CINTA? buah hati pengarang jantung RINDU suatu masa dahulu. namun, dalam keterpaksaan, RINDU lepaskan CINTA.
di mana CINTA? dalam hati RINDU.

RINDU tak pernah mengalah. masih menaruh harap CINTA-nya kembali. mungkin suatu hari nanti, CINTA sunting RINDU jadi permaisuri.

hati RINDU hanya tuhan yang tahu, siapa CINTA di hati RINDU.